Identification of Microbial Population during Oil Palm Frond (OPF) Composting using Light and Scanning Electron Microscopy

Fadzilah K., Saini H. S., Atong M.

Abstract

This investigation highlights the activity and diversity of fungal population observed on oil palm fronds (OPF) during composting process employing Scanning Electron Microscope (SEM) and conventional identification methods. Composting is a controlled biological decomposition process, which converts organic wastes into humus-like material. It is a process that involves microbial degradation of complex organic materials under moist, self-heating and aerobic conditions; and characterized by a succession of various microbial populations. Two white rot fungi species were introduced as inoculant, namely Trametes versicolor and Schizophyllum commune. The main objective for inoculation was to shorten the composting period and produce high quality compost. In this study, the oil palm fronds (OPF) were composted for 14 weeks, with four treatment; i) control (untreated OPF), ii) OPF treated with T. versicolor, iii) OPF treated with S. commune, iv) OPF treated with both T. versicolor and S. commune, and four replicates for each. A total of eight genera of fungi namely Aspergillus, Trichoderma, Absidia, Geotrichum, Trametes, Schizophyllum, Syncephalastrum and Beauveria species were isolated and identified from composted OPF. Although T. versicolor and S. commune were introduced as accelerating agents, the presence of other fungal species perhaps occurred due to the indigenous microflora that already existed on OPF, leading  to a succession of various fungi species based on the complexity of biological process in composting substrate.

 

Keywords: Composting, oil palm frond, white-rot fungi, inoculants, Trametes versicolor, Schizophyllum commune

 

ABSTRAK

Kajian ini menumpukan kepada aktiviti dan kepelbagaian populasi kulat yang terdapat pada pelepah sawit sepanjang tempoh pengkomposan, dengan menggunakan Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM) dan teknik identifikasi konvensional. Pengkomposan merupakan proses penguraian biologi terkawal, yang menukarkan sisa organik kepada bahan-seperti-humus. Ia adalah suatu proses yang melibatkan penguraian mikrob terhadap bahan organik kompleks dalam keadaan lembap, pemanasan-diri dan aerobik; dan proses ini dicirikan oleh sesaran pelbagai jenis populasi mikrob. Dua spesies kulat pereput putih iaitu Trametes versicolor dan Schizophyllum commune telah diperkenalkan sebagai inokula dalam pengkomposan pelepah sawit. Objektif utama inokulasi adalah untuk memendekkan tempoh pengkomposan dan menghasilkan kompos berkualiti tinggi. Dalam kajian ini, pelepah sawit dikomposkan selama 14 minggu, dengan empat rawatan yang digunakan iaitu; i) kawalan (pelepah tidak dirawat), ii) pelepah dirawat dengan T. versicolor, iii) pelepah dirawat dengan S. commune, iv) pelepah dirawat dengan T. versicolor dan S. commune, dengan empat replikasi. Secara keseluruhannya, terdapat lapan genus kulat, iaitu Aspergillus, Trichoderma, Absidia, Geotrichum, Trametes, Schizophyllum, Syncephalastrum dan Beauveria telah diasingkan dan dikenalpasti dalam kompos pelepah sawit. Walaupun T. versicolor dan S. commune telah diperkenalkan sebagai agen pecutan, kehadiran pelbagai populasi kulat lain mungkin dipengaruhi oleh mikroflora semulajadi yang hadir dalam substrat pengkomposan, serta proses sesaran pelbagai spesies kulat yang bergantung kepada proses biologi kompleks yang berlaku dalam substrat pengkomposan. 

 

Kata kunci: Pengkomposan, pelepah sawit, kulat pereput putih, inokula, Trametes versicolor, Schizophyllum commune

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.