MENEROKA KESEJAHTERAAN SOSIAL KAREN DAN ROHINGYA DI SEKOLAH PELARIAN MYANMAR DI CHOW KIT

Khadijah Alavi

Abstract

Pelarian Karen dan Rohingya merupakan satu fenomena yang amat mengerikan dalam sejarah hidup manusia moden yang serba canggih teknologi media masa. Kebencian dan kebengisan kerajaan Myanmar dalam pembunuhan beramai-ramai, penafian kerakyatan, mendera dan merampas segala harta benda masyarakat Karen dan Rohingya. Maka tempat tumpuan untuk mencari perlindungan pelarian beratus ribu masyarakat ini adalah Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah meneroka kesejahteraan sosial dalam kalangan masyarakat Karen dan Rohingya di Malaysia. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu kesejahteraan sosial pelarian Karen dan Rohingya terutama adaptasi persekitaran, pendidikan dan keperluan asas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah di Sekolah Pelarian Myanmar Chow Kit, Kuala Lumpur. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama keperluan asas masyarakat Karen dan Rohingya kurang kebersihan misalnya tidak memakai baju, tidak gosok gigi, tidak mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Kedua, daripada aspek pendidikan tidak boleh membaca dan menulis. Ketiga, komuniti Karen dan Rohingya tidak disediakan untuk menjalani kehidupan harian biasa atau persediaan pemulangan ke negara asal mereka. Implikasi kajian ini mencadangkan program intervensi dan outreach  untuk menghadapi masa depan kehidupan Karen dan Rohingya lebih terjamin melalui pendidikan keusahawanan dan pendidikan asas kebersihan diri dan persekitaran.

 

Full Text:

PDF

References

Dover & Joseph, Barbara Hunter Randall 2008, human needs: overview. in terry mizrahi & larry davis (eds.), the encyclopedia of social work (20th ed., pp. 398-406). new york: oxford university press and national association of social workers.

Maizer 2011, networks and economic life l smith-doerr, ww powell the handbook of economic sociology, 379-402

Maslow, A. H. 1943, a theory of human motivation. psychological review, 50(4), 370-396. http://dx.doi.org/10.1037/h0054346

Mohamad 2014, no evidence of antibody to human foamy virus in widespread human populations m ali, gp taylor, rj pitman, d parker, a rethwilm, aids research and human retroviruses 12 (15), 1473-1483

Norazira Ali 2014, cabaran-cabaran pelarian rohingnya muslim: kajian kes di Pulau Pinang, isbn 978-967-11473-1-3

UNHCR in Malaysia. 2017, laporan statistik pelarian di malaysia. retrieved from http://www.unhcr.org.my/cms/basic-facts/statistics

United Nations High Commissioner for Refugees, UNHCR. 2005, refugee status determination: identifying who is a refugee. department of international protection: office of the united nations high commissioner for refugees.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.