KEPEMIMPINAN DALAM NOVEL PERANG SANGKIL: SATU BACAAN PENDEKATAN PENGURUSAN

Saravanan P. Veeramuthu

Abstract

Abstrak

Pendekatan Pengurusan dalam jagat kritikan kesusasteraan menjadi salah satu kaedah baharu yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) dan boleh digunakan oleh ahli akademik dan pengkritik untuk mendekati karya-karya kesusasteraan. Namun demikian aspek pengurusan dilihat sebagai suatu entiti yang terasing dan terpinggir dalam dunia sastera walaupun pendekatan pengurusan dalam sastera ini bersifat rentas disiplin. Novel Perang Sangkil (2007) naratif nukilan Akiya, sebenarnya mengetengahkan suara-suara masyarakaat Orang Asli dari pedalaman yang selama ini jarang ditonjolkan. Malahan karya ini dipilih kerana membawa wacana yang mengangkat polemik yang telah mewarnai masyarakat Orang Asli dan hal ini menarik dan wajar diteliti. Makalah ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pendekatan pengurusan menonjol dalam karya ini. Tumpuan akan diberikan kepada Prinsip Kepimpinan, yakni dimensi pentadbiran yang akan diselami melalui aspek struktur teks iaitu dari segi watak dan perwatakan Dirik yang terdapat dalam novel ini. Kaedah analisis teks akan digunakan. Penelitian akan tertumpu kepada tiga peristiwa terpilih yang akan melihat bagaimana watak pemimpin memperlihatkan ciri-ciri pemimpin karismatik dalam novel ini merancang dan memberi reaksi kepada penyeksaan serta menghadapi keterpaksaan masyarakatnya.  Dapatan membuktikan Dirik menggunakan pengurusan sebagai wahana dan mekanisme yang bijak dan berpandangan jauh. Selain itu pendekatan ini memperlihatkan perspektif kemampuan dan keupayaan Dririk sebagai seseorang pemimpin yang berkeupayaan untuk mempengaruhi, menerajui atau mengendalikan masyarakatnya. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penulis telah mencipta watak Dirik dengan begitu baik dan ideal. Kepemimpinan yang matang dalam diri Dirik membantu masyarakatnya untuk mengharungi cabaran serangan yang telah menghancurkan masa depan Orang Asli pada era 1890-an.

Kata Kunci: Pendekatan Pengurusan, Perang Sangkil, Akiya, Orang Asli, Dimensi
                         Pentadbiran

Abstract

The Management Approach in the world of literary criticism has become one of the new methods introduced by Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) and it can be used by academicians and critics alike in examining literary works. Nevertheless, the management aspect is seen as a separate entity altogether in the literary world, even though the management approach in this literature is characteristically across (various) disciplines. The novel Perang Sangkil (2007), a narrative written by Akiya, actually highlights the voices of the Orang Asli community living in the interiors, of which all these while was rarely given prominence. In addition, this novel is chosen because it portrays the polemical discourse of the Orang Asli community and this is considered interesting and should be scrutinised further. This article aims to see how far the management approach stands out in this novel. Prominence will be given to the Leadership Principle, meaning which, the administrative dimension will be delved into, via/through the structural aspects of the text with respect to the character and the characterisation of Dirik, found in this novel. The text analysis method would be used here. The analysis will concentrate on three chosen incidents/episodes which will see how the leader character displays the attributes/traits of a charismatic leader, who plans and reacts to the torture and compulsion faced by his community, in this novel. Findings prove that Dirik uses management as an avenue and a mechanism that is intelligent and foresighted. Apart from that, this approach portrays the perspectives of Dirik’s capability and capacity as a leader who has the ability to influence, lead or handle his community. By and large, this research shows that the author has created the character of Dirik in an apt and ideal manner. The maturity of leadership in Dirik has helped his community to face the challenges of attack, which had ruined the future of the Orang Asli people in the 1890s.

Key words: The Management Approach, Perang Sangkil, Akiya, Orang Asli, Management aspect

Full Text:

PDF

References

Ab. Aziz Yusof, 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Universiti Utara Malaysia

Abdul Halim Ali, (2012). “Satu Analisis Pengkisahan Semula Sastera Melayu Tradisional dalam Perspektif Baharu” Jurnal Perspektif Vol. 4 (2): 16-27.

Achom Luji, 1984. “Kebudayaan Orang Asli dan Kebudayaan Kebangsaan dalam Simposium Pembangunan dan Masa Depan orng Asli Semenanjung”, Bangi, UKM: Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Akiya, (2007). Perang Sangkil. Batu Caves, Selangor: PTS Fortuna,

Andi Nurfitri, Suhana Saad dan Azmi Aziz, (2015). “Membangun kepimpinan organisasi berasaskan budaya lokal: Suatu analisis perbandingan”. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(9):54-66.

Azhar Haji Wahid, (2016). “Perang Sangkil: Membina Keunggulan Patriotisme Masyarakat Peribumi dalm. Seri Lanang Jaya bin Rohani, Dlm. Sang Budiman. Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.: 315-322.

Azlina Zid, (2001). “Hubungan antara tingkah laku kepemimpinan transformasional jurulatih bola sepak dengan kepuasan prestasi individu pemain-pemain bola sepak sekolah-sekolah menengah di sekitar Daerah Alor Setar, Kedah” Tesis Ijazah Kedoktoran. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Badrul Redzuan Abu Hassan, (2005). Orang Asli Talks in Akiya’s Tuntut. Sari 23: 3 – 14.

Cogner, J. A. & Kanungo, R. N. (2011). “Toward a behavioral theory of charismatic leadership in organizational settings”. Academy of Management Review, 12: 637-647.

Cribbin, J. (1972). Leadership strategies for organizational effectiveness. New York: Amacon.

Dentan Robert Knox, A. (2009). Overwhelming Terror: Love, Fear, Peace, and Violence among Semai of Malaysia. Petaling Jaya: Rowman & Littlefield.

Hanafiah, (2010). “Aspek-aspek sejarah dalam karya sastera di zaman kerajaan Islam Acheh pada abad ke-19”. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Heikkila, K. (2016).” In situ testimonies: The witness of whetstones and Semai Orang Asli toponyms to the Rawa Malay slave raids”. Erdkunde: 341-353.

Ishak Mad Shah, (2006). Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam organisasi. Penerbit UTM, 2006.

Juli Edo, (1990). Tradisi lisan masyarakat Semai (Vol. 16). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mariam Md. Salleh, Mohammed Sani Ibrahim dan Siti Rahayah Ariffin. (2009). “Kepimpinan dan Pengurusan Strategik di Institusi Pendidikan MARA”. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 219 – 233

Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016). Syarahan perdana: pengurusan dalam kritikan kesusateraan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya,

Mohamad Mokhtar Abu Hassan, (2013). “Pendekatan pengurusan: Satu metode dalam kritikan sastera”. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Perguruan Sultan Idris, 4-5 Oktober.

Mohamad Saleeh Rahamad. (2014). “Perang Sangkil: Antitesis Terhadap Gema Subaltern?”. Dewan Sastera. Februari 2014: 33-39.

Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, (2016). “Dimensi Perancangan dalam Hikayat Malim Dewa”, Jurnal Akademi Pengajian Melayu, Jilid 27: 1-19.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hasan. (2015). “Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan”. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 26: 95-116.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hasan. (2014). “Keintelektualan pemikiran melayu dalam cerita lipur lara”. The Journal of Business and Social Development, Volume 3 (2):1-16.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, (2015). “Kepimpinan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari Perspektif Pendekatan Pengurusan”, Jurnal Akademi Pengajian Melayu, Jilid 26: 66-95.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). “Prinsip kepimpinan: Analisis berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda”. Dlm. Prosiding 3rd International Language Conference (IlC), Centre for Languages and Pre-University Academic Development (Celpad), International Islamic University Malaysia (IIUM) 4th-6th Jun, 2014.

Mohamad Zuber Ismail. (2017). “Kajian Cerita Lipur Lara Terpilih Berdasarkan Pendekatan Pengurusan”. Tesis Ijazah Kedoktoran.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nicholas, C. (1990). “In the Name of the Semai? The State and Semai Society in Peninsular Malaysia”.in Ghee, Lim Teck and Alberto G. Gomes (eds.), 1990. Tribal Peoples and Development in Southeast Asia. Kuala Lumpur: University of Malaya

Nicholas, C. (2000). The Orang Asli and the contest for resources: Indigenous politics, development, and identity in Peninsular Malaysia (Vol. 95). International Work Group for Indigenous Affairs; Subang Jaya, Malaysia: Center for Orang Asli Concerns.

Nicholas, Colin (2002). “Power and Politics”. Kyoto Review of Southeast Asia. Issue 1 (March 2002).

Norazimah Bt Zakaria, (2014). “Peranan Pengarang Tradisi dalam Melahirkan Masyarakat Pemikir”. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 134: 259 – 269. Doi: 10.1016/j.sbspro.2014.04.247

Sara Beden, (2015). “Prinsip perancangan dalam Hikayat Khoja Maimun”. Pelita Bahasa: 24-27.

Siti Fatiemah Sa’at & Jama’yah Zakaria. (2013). “Masa Depan Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Jakun”. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman): 83 – 88.

Supardi Djoko Damono. (1978). Sosiologi Sastera Sebuah Pengantar Ringkas. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Wan Zawawi Ibrahim. (ed). 2001. Tuntut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.