KEARIFAN BERKAITAN MODAL SEMULA JADI DALAM KALANGAN PENAN DI SARAWAK

Benard Upieh

Abstract

Abstrak

 

Kaum Penan dan modal semula jadi adalah sinonim kerana penempatan dan kehidupan mereka di kelilingi oleh hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Malah, kaum Penan memperoleh manfaat dari modal semula jadi dengan memanfaatkannya demi menyertai sistem arus perdana. Bagi meneliti realiti tersebut, makalah ini meneroka pemilikan kemahiran kaum Penan berkaitan dengan modal semula jadi. Kajian telah dilaksanakan ke atas kaum Penan di Batu Bungan, kampung Long Lesuan dan kampung Long Ludin, Baram Sarawak. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian di lapangan. Hasil kajian mendapati, kaum Penan mempunyai empat (4) kemahiran khusus berkaitan modal semula jadi, iaitu 1) memburu, 2) kemahiran menggunakan sebagai simbol/ oro’, 3) membuat kraf tangan dan 4) kemahiran untuk tinggal di dalam hutan. Kemahiran tersebut, kesemuanya diperoleh melalui hubungan langsung dengan modal semula jadi dan juga melalui proses pembelajaran. Kajian ini mencadangkan agar kemahiran kaum Penan berkaitan modal semula jadi didokumentasikan serta terus digalakkan dari aspek pemilikan serta penggunaannya kerana ia merupakan identiti kaum Penan dan menjadi ‘alat’ kelangsungan hidup mereka untuk menyertai masyarakat arus perdana. .

 

Kata kunci: Kaum Penan, kemahiran, modal semula jadi, kelangsungan, kearifan.

Full Text:

PDF

References

RUJUKAN

Amir Zal, W. A., Salleh, H., Omar, M., & Halim, S. (2014). Kebolehcapaian dan Keterancaman Modal Semula Jadi Orang Asli Lanoh di Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(2), 178-188.

Bending, T. (2006). Penan Histories: Contentious narratives in upriver Sarawak. Feiburg: Kitlv Press.

Chan, H. (2007). Survival in the rainforest: Change and resilience among the Punan Vuhang of eastern Sarawak, Malaysia. Research Series in Anthropology. 21 (10), 44-69.

Chua Yan Piaw. (2009). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:Asas Statistik Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Doris P.S., Hamidah Y., Sivapalan S., Lyndon N. (2015). Getting The Malaysian Native Penan Community Do Business For Inclusive Development And Sustainable Livelihood. Selangor. PERKEM 10.

Faridah S. & Rahah H., (2012). Innovation In Orang Ulu Indigenous Crafts. K. Samarahan. Jurnal of Borneo Kalimantan, UNIMAS.

Fee, Y. L. (2004). Kedinamikan kecinaan dan identiti orang Cina di Malaysia. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22, 167-181.

Hood, S. (2006). Peoples and traditions. Kuala Lumpur: Star Standard Industries (Pte) Ltd.

Levang, P., Sitorus, S., & Dounias, E. (2007). City life in the midst of the forest: a Punan hunter-gatherer’s vision of conservation and development. Ecology and Society, 12(1), 88-106.

Mackenzie, I. Davis, W., and Kennedy, S. (1995). Nomads of the Dawn. The Penan of the Borneo Rainforest. California: Pomergranats Artbooks.

Malone, P. (2014). The Peaceful people. The Penan and their fight for the rainforest. Puchong: Vinlin Press Sdn.Bhd.

Reeves, S., Kuper, A., & Brian, H., (2008). Qualitative Research Methodologies: Ethnography Toronto: University of Toronto Press Ltd.

Ritchie, J. & Maddocks, C. (2009). Penan on the move: a reporter's travelogue.

Selvadurai, S., Er, A. C., Lyndon, N., Sum, S. M., Saad, S., Manaf, A. A., & Ramli, Z. (2013). Penan natives' discourse for and against development. Asian Social Science, 9(8), 72.

Sercombe, P.G. and Sellato, B. (2008). Beyond The Green Myth. Copenhagen: NIAS Press.

SUARAM Komunikasi. (2010). A Wider Context of Sexual Exploitation Of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia. Selangor: Polar Vista Sdn.Bhd.

Unit Sukarelawan Penan Sarawak (2000), Kuching: Sarawak

Unit Perancang Negeri Sarawak (2010).

Uluk, A., Sudana, M., dan Wollenberg, E. (2001).Ketergantungan Masyarakat Dayak Terhadap Hutan di Sekitar Taman Nasional Kayan Mentarang. Bogor Barat: Center for International Forestry Research (CIFOR).

Zawawi, I. dan Noorshah, M.S. (2012). Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Ketertpinggiran dan Jatidiri. Puchong: Vinlin Press Sdn.Bhd.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.