PENDANAAN WAKAF MENURUSI WAKAF BERTEMPOH (MUAQQAT): SOROTAN KAJIAN DI NEGERI TERENGGANU [WAQF FUNDING THROUGH DURATIONAL WAQF (MUAQQAT): LITERATURE REVIEW IN STATE OF TERENGGANU]

Authors

  • Mohd Ridzuan Mohamad Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
  • Ahmad Azrin Adnan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Keywords:

wakaf muaqqat, MAIDAM, Enakmen Wakaf Terengganu (2016), Peraturan Pendaftaran Wakaf Terengganu 2019, Pendanaan Wakaf

Abstract

Inovasi dalam tadbir urus merupakan perkara positif yang diinginkan. Dalam konteks pengurusan wakaf, pendekatan wakaf muaqqat salah satu bentuk inovasi yang boleh memberi nilai tambah khusus dapat meningkatkan hasil pendanaan wakaf. Walaubagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh walaupun mempunyai dasar perundangan atau peraturan kerana perkara tersebut tidak dilihat secara positif atau lebih serius bagi peningkatan pendanaan wakaf. Bagi mengenal pasti cabaran tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian perpustakaan (library research) dan proses temubual di lapangan. Data yang diperoleh dianalisis secara kaedah kandungan selari dengan pendekatan deduktif. Artikel ini mendapati bahawa wakaf muaqqat adalah dibenarkan mengikut hukum Syarak berdasarkan taqlid mazhab Maliki. Di Terengganu, wakaf ini juga telah diperuntukkan dalam Enakmen Wakaf Terengganu (2016) dan Peraturan Pendaftaran Tanah Wakaf (2019). Dari sudut pelaksanaannya, perkara penting yang diperhatikan adalah proses pulangan semula kepada pewakaf sama ada harta wakaf dalam bentuk aset alih atau tidak alih. Sekiranya perkara ini tidak diperhalusi maka bebanan akan ditanggung kepada pihak pemegang amanah iaitu MAIDAM. Bagi memastikan hasrat peningkatan pendanaan wakaf melalui wakaf muaqqat, maka setiap mawquf yang hendak diwakafkan sewajarnya dalam bentuk amaun yang besar bagi aset alih manakala aset tak alih pula mempunyai pulangan hasil sewaan yang munasabah untuk dimanfaatkan.

Innovation in a certain governance serves as a desired positive element. In context of waqf management, muaqqat waqf approach is a form of innovation that can provide specific added value which can increase waqf funding value. However, challenges faced by State Islamic Religious Councils (MAIN) cause it to be not practiced comprehensively despite having legal and ruling basis as the subject is not viewed positively or more seriously to improve waqf funding. To recognise the challenges,  this study employed qualitative method through library research and field interview process. Data obtained were analysed through parallel content method by deductice approach. This article found that muaqqat waqf is allowed by Islamic laws based on taqlid of Maliki sect. In Terengganu, this waqf is also allocated under Terengganu Waqf Enactment (2016) and Waqf Land Registration Rules (2019). From implementation perspective, the important point emphasised is the process of returning waqf property to waqf provider either in movable or immovable form. If this matter is not examined carefully, then the burden would be upon the trustee which is MAIDAM. Therefore, to secure the intention of improving waqf funding through muaqqat waqf, then every mawquf to be made waqf should be in a large amount for movable asset while for immovable asset should provide reasonable rental yield to be benefited.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

PENDANAAN WAKAF MENURUSI WAKAF BERTEMPOH (MUAQQAT): SOROTAN KAJIAN DI NEGERI TERENGGANU [WAQF FUNDING THROUGH DURATIONAL WAQF (MUAQQAT): LITERATURE REVIEW IN STATE OF TERENGGANU]. (2024). International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 3(1), 10-20. https://journal.unisza.edu.my/inspire/index.php/inspire/article/view/52