Perbezaan Qiraat Mutawatirah dan Aplikasinya dalam Ayat-Ayat Munakahat

Authors

  • Siti Fatimah Salleh Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA)
  • Mohd Zulkifli Muda

Abstract

Qiraat al-Mutawatirah is knowledge on Quranic recitations and the disagreements among the reciters narrated the form of recitations. The variation in the recitation will convey different meanings and hukm. Thus this paper discusses the implications of qiraat al-Mutawatirah on matrimony, such as problems relating to sexual intercourse, khulu’, breastfeeding, or the consolation of divorce, inheritance of women, prohibition of causing harm and inconvenience to his wife, claims to preserve the honor of the wife and the prohibition from displaying herself to the public. The methodology includes review of the books of qiraat, commentary, lughah, hadith and fiqh. Among the findings of this research it can be seen, that the variability in the quranic recitation leads to multiple meanings and consequences hukm, while in some other instances it strengthens and explains the hukm in the form of munakahat.

Keywords: Qiraat Mutawatirah; Munakahat 


Abstrak

Qiraat al-Mutawatirah ialah kepelbagaian bentuk bacaan al-Quran dan perselisihannya berdasarkan imam yang meriwayatkan bentuk bacaan tersebut. Kesan daripada kepelbagaian itu memberi perbezaan pada makna sesuatu kalimah dan hukum sesuatu ayat. Artikel ini membincangkan tentang implikasi Qiraat al-Mutawatirah dalam ayat-ayat munakahat yang berkaitan dengan sesuatu hukum seperti masalah jimak, khulu’, penyusuan, pemberian mut’ah atau sagu hati, mewarisi perempuan, larangan menyakiti dan menyusahkan isteri, tuntutan supaya isteri memelihara kehormatan, larangan kepada isteri mempamerkan perhiasan diri dan tuntutan supaya isteri berada di rumah. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan dengan merujuk kitab qiraat, tafsir, lughah, hadis dan fiqh. Dapatan kajian ini mendapati kepelbagaian bacaan dalam ayat-ayat munahakahat memberi lebih daripada satu makna yang mendatangkan perbezaan pada hukum sesuatu ayat dan ada yang berbentuk menjelaskan dan menguatkan kehendak sesuatu hukum dalam ayat tersebut.

Kata Kunci: Qiraat mutawatirah; Munakahat

 

Author Biography

  • Siti Fatimah Salleh, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA)
     

Downloads

Published

2014-02-23

Issue

Section

Articles

How to Cite

Perbezaan Qiraat Mutawatirah dan Aplikasinya dalam Ayat-Ayat Munakahat. (2014). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 4, 13-26. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/21