Penerimaan Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) terhadap Elemen Fiqh Semasa dalam Kursus Pendidikan Islam [Students Acceptance of the Teacher Education Institute (IPG) on Current Fiqh Elements in Islamic Education Courses]

Farah Farhana Rosli, Mohd Anuar Ramli, Firdaus Abdul Fatah

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penerimaan pelajar terhadap elemen fiqh semasa dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif dengan berbantukan teknik pengumpulan data seperti temu bual dan pemerhatian dokumen pelajar yang berada di Semester Dua pengajian. Dapatan data temu bual dan pemerhatian juga dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, pelajar memahami dan mengetahui konsep fiqh semasa yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang disifatkan sebagai fenomena dan realiti yang melanda dari perspektif hukum Islam semasa. Kefahaman dan pengetahuan itu disebabkan oleh strategi pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar guru Pendidikan Islam. Selanjutnya, proses berkenaan membawa kepada kesediaan pelajar dalam mencari dan meneroka bahan dan sumber yang berkaitan di samping perbincangan bersama rakan. Selain itu, pelajar turut memberi tumpuan dengan melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Pemantapan ilmu fiqh semasa turut diteruskan dengan pembacaan lanjut oleh pelajar sebagai refleksi pembelajaran bagi memantapkan penguasaan ilmu Pendidikan Islam masa kini. Oleh yang demikian, pengetahuan dan kemahiran guru memainkan peranan penting dalam membantu proses penyerapan dan penerimaan ilmu kepada pelajar. Malah, implikasi penerimaan ilmu Islam adalah positif dalam mendatangkan proses penghayatan dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar.

 

This research aims to study students' acceptance on contemporary fiqh in Islamic study among Institute of Teacher Education (IPG) students. This research uses qualitative method based on data collection through questionaire and observation on second semester students' documents. The finding of the questionare and observation is analize through thematic analysis. Based on findings obtained, students understand and learn the concept of current Islamic fiqh contained in the subject of Islamic education that deemed a hit phenomenon and reality from the perspective of Islamic law at the time. The understanding and knowledge that due to teaching strategies and the use of teaching aid education teachers of Islam. Further, the process leading to the readiness of students in the search and explore materials and related resources as well as discussions with friends. In addition, the students also focus on involvement in activities in the classroom. Strengthening knowledge of jurisprudence while also continued with further reading by the student as a reflection of learning in order to strengthen mastery of knowledge of Islamic education nowadays. Therefore, knowledge and skills of teachers play an important role in helping the process of absorption and acceptance of knowledge to students. In fact, the implications of the acceptance of Islamic knowledge is positive in most vulnerable process of appreciation and cultivate knowledge among students.

Full Text:

PDF

References

Abdul Kareem Zaidan. (2014). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah Nasyirun.

Abdull Sukor Shaari & Kalaidevi a/p Aplanaidu. (2012). Kesan pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca bahasa Melayu murid pemulihan sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 2(2): 94-105.

al-Ghazali. (2005). Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazim.

al-Na’miy, Abdullah Al-Amin. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Qaradawi, Yusuf Abdullah. (2008). Mujibat Taghayyur al-Fatwa fi ‘Asrina Tagayyur al-Fatwa fi Nashrina. Kaherah: Dar al-Shuruq.

al-Qaradawi, Yusuf Abdullah. (2004). al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Madrasah Hasan al-Banna. Kaherah: Maktabah Wahbah.

al-Qaradawi, Yusuf Abdullah. (2000). al-Tarbiyyah ‘inda al-Imam al-Syatibi. Beirut: Muassah al-Risalah li-Taba’ah al-Nasyr wa al-Tauzi’.

Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2): 1-11.

Basri Ibrahim. (2011). Metod Fatwa al-Qaradawi dalam Menangani Isu-isu Semasa. Selangor: al-Hidayah Publication.

Caine, G., Caine, R. N., & Crowell, S. (1994). Mindshifts: A Brain-Based Process for Restructuring Schools and Renewing Education. Arizona: Zepher Press.

Deswita. (2013). Konsep pemikiran Ibnu Sina tentang pendidikan akhlak. Jurnal Ta’dib, 16(2): 168-176.

Farah Farhana Rosli, Mohd Anuar Ramli, Zetty Nurzuliana Rashed, & Firdaus Abdul Fatah. (2017). Penerapan fiqh waqi’i dalam pengajaran pendidikan Islam. Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN, 34(2017): 72-83.

Farah Farhana Rosli & Mohd Anuar Ramli. (2016). Penerapan Maqasid al-Shariah Terhadap Fiqh Semasa dalam Pengajaran Pendidikan Islam di IPG. Dlm. Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Shahidra Abdul Khalil (ed). Maqasid al-Shariah: Aplikasi Dalam Aspek Sosial dan Perundangan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Fooi, F.S. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ibn Bayyah, Abdullah asy-Syeikh al-Mahfudh. (2014). Tanbih al-Maraji’ ‘ala Taksil Fiqh al-Waqi’: al-Taysir wa al-Tabshir wa al-Tazkir wa al-Tabsir. Beirut: Markaz Nama’ lil Buhuth wa al-Dirasat wa Dar al-Tajdid.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad Abi Bakr Ayyub Sa’ad Shams al-Din. (2003). al-Turuq al-Hukmiyyah fi as-Siasah as-Syarakyyah. Jeddah: Dar ‘Aalim al-Fawaid.

Ishak Baba. (2009). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dan Kaitannya terhadap Prestasi Akademik Pelajar UTHM, http://eprints.uthm.edu.my/5572/1/0486.pdf, retrived 15 May 2018.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor. (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia, http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/standardPAK21.pdf, Retrived 15 May 2018.

James H. McMillan & Sally Schumacher. (2010). Research in Education: Evidence-Based Inquiry. US: Pearson Education Inc.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri. (2012). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Louis Cohen, Lawrence Manion, & Keith Morrison. (2011). Research Methods in Education. US: Routledge.

Mahmood Zuhdi Abd Majid. (2010). Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam. Selangor: PTS Islamika.

Mahmood Zuhdi Abd Majid. (2006). Hukum Islam Semasa di Malaysia: Prospek dan Cabaran, dalam Melayu, Islam dan Pendidikan. (ed.) Hashim Yaacob & Hamedi Mohd Adnan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2012). Yusuf al-Qaradawi dan Pengaruhnya dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Negeri Sembilan: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhammad Firdaus Nurul Huda. (2002). Kesan Perubahan Sosial terhadap Hukum Islam. Kuala Lumpur: Thinker’s Library.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. (2004). Pandangan Yusuf al-Qaradawi terhadap Fiqh Semasa. Jurnal Islamiyat, 26(2): 69-81.

Nik Azis Nik Pa. (2014). Penghasilan Disertasi Berkualiti Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Noor Hisyam Md Nawi. (2015). Kesinambungan dan sinergisme konsep kesepaduan dan islamisasi ilmu. e-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization, 2: 60-68.

Noor Hisyam Md Nawi. (2012). Islamisasi Kurikulum Pendidikan Islam di Institusi Pendidikan Guru: Tribulasi dan Cadangan, http://umkeprints.umk.edu.my, Retrived 15 May 2018.

Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh, & Mohd Isa Hamzah. (2015). Kepelbagaian elemen budaya dalam pengajaran pendidikan Islam: Isu dan kepentingan. The Online Journal of Islamic Education (O-jIE), 3(Special Issue): 1-11.

Norazri Mohd Zaidin. (2015). Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ke arah Pembentukan Sahsiah Pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Disertasi Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nurul Syuhada Johari, Fathiyah Mohd Fakhruddin, & Asmawati Suhid. 2016. Pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat guru pendidikan Islam menurut perspektif murid. The Online Journal of Islamic Education (O-jIE), 4(2): 46-53.

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail, Shamsiah Mohamad, & Nor Hayati Md Dahlal. (2009). Konsep fiqh semasa dalam pembinaan Tamadun Islam Malaysia. Jurnal Fiqh, 6(Special Issue): 41-66.

Robert K. Yin. (2009). Case Study Research: Design and Methods. US: Sage Publications.

Saini Ag. Damit, Noorafini Kassim & Nor Ain Manap. (2016). Bahasa Arab dalam Ibadah: satu kajian kefahaman pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Journal of the Centre for Promotion of Knowledge and Langguage Learning MANU, 24: 67–89.

Samsudin Sihaili, Nazri Muslim & Rozita Ibrahim. (2011). Masyarakat Majmuk dan Pendidikan Pelbagai Budaya: Refleksi dan pengalaman Ahli Akademik IPTA. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional, 14-15 Disember 2011- Anjuran Majlis Profesor Negara.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sharan B. Merriam. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. US: Jossey-Bass Publishers.

Wiersma, W. (1991). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn & Bacon.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.