Pembentukan Sahsiah Pelajar dan Hubungannya Dengan Pelaksanaan Amalan Solat: Kajian Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan [The Development Of Muslim Student’s Character And Its Relationship With The Practice of Prayer: A Study in A Higher Education

Mohd Khusyairie Marzuki, Mohd Muhiden Abdul Rahman, Affendi Ismail

Abstract

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa kini termasuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilihat semakin membimbangkan. Krisis keruntuhan akhlak remaja lebih berkait dengan permasalahan sahsiah dan peribadi seseorang individu, manakala amalan solat pula secara umumnya sering dikaitkan dengan faktor pembentukan kualiti sahsiah individu, khususnya individu Muslim. Seorang pelajar yang menjaga amalan solat, sering dikaitkan memiliki sahsiah mulia. Sebaliknya, mereka yang cuai dengan pelaksanaan solat pula dikenal pasti menjadi salah satu faktor keruntukan akhlak. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pembentukan sahsiah dan pelaksanaan solat fardu dalam kalangan pelajar serta mengukur hubungan antara pembentukan sahsiah dengan amalan solat fardu. Bagi mencapai matlamat ini, kajian dijalankan terhadap 100 responden yang terdiri daripada para pelajar sepenuh masa ijazah sarjana muda di UiTM Kelantan kampus Kota Bharu yang merupakan salah satu daripada IPT di Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif; analisis deskriptif (min dan peratus) dan statistik inferensi (kolerasi Pearson) bagi menganalisis data kajian menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap amalan solat fardu mampu memberi impak kepada sahsiah mulia adalah baik skor (min=4.78). Analisis korelasi pula menunjukkan kekerapan solat fardu dan tahap pembentukan sahsiah adalah signifikan. Hal ini menunjukkan wujudnya indikator perhubungan positif yang kuat. Makalah ini merumuskan bahawa solat fardu dapat mempengaruhi pembentukan sahsiah pelajar. Dapatan makalah ini dapat memberi implikasi kepada pengurusan UiTM agar dapat memberikan penekanan yang serius terhadap pelaksanaan solat fardu dengan menjelaskan kepentingannya kepada para pelajar.

 

The demise of morals among teenagers today including students from Higher Education Institutions is on a worrying trend. Adolescent moral crisis is more related to the individual and personality of the individual while the practice of prayer is generally often associated with the factors of the character development of the individual, especially individual Muslims. A student who carries on the duty of prayer is often associated with a good character. On the other hand, those who neglect in performing prayers are identified as one of the factors of moral problem. This article aims to study the level of the character development and the practice of prayers among students as well as to measure the relationship between development characters with the practice of prayer. To achieve this aim, this study was conducted on 100 respondents of full-time bachelor degree students of UiTM Kelantan Kota Bharu campus which is one of the Institutions of Higher Education in Kelantan. This study used a qualitative approach, descriptive analysis (mean and percentage) and inferential analysis (Pearson correlation) for analysing data using SPSS 22.0 software. The result of the study showed that the respondents’ perception of prayer was able to give a good impression of a good character (mean = 4.78). The correlation analysis also shows that the frequency of prayer and characterisation of the character is significant. This indicates a strong positive relationship indicator. This paper concludes that prayer has a positive attitude with the development of student character. This finding also implicates that UiTM’s management needs to give a serious emphasis on the implementation of prayers by explaining its importance to the students.

Full Text:

PDF

References

Abdullah Nasih Ulwan. (1998). Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam. Kaherah: Darussalam.

Abi Bakr Jabir al-Jaza’iriy. (2000). Minhaj al-Muslim. Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-Ulum wa Hikam.

Ahmad Baie Jaafar. (2014). Solat yang Sempurna. Batu Caves: Marzuq e Media.

Ahmad Sunawari Long. (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Hisham Azizan. (2009). Solat dan Nilai-Nilai Spiritual Dalam Menangani Gelisah Dalam Kalangan Remaja Islam: Kajian di Sekolah Berasama Penuh Integrasi (SBPI), Selangor. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Coakes, S.J., Steed, L. & Dzidic, P. (2006). SPSS, Version 13.0 for Windows. Analysis without Anguish. Australia : John Wiley and Sons.

Hasan Salman. (2008). Kesilapan & Kekeliruan yang Sering Terjadi Ketika Solat. Puchong: Berlian Publications Sdn. Bhd.

Isyah Radiah Idris. (2000). Pendidikan Solat oleh Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak dan Remaja di Kota Bharu, Kelantan. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Lukman Hakimi Ahmad. (2014). Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Sahsiah Muslim: Kajian Terhadap Pelajar di Politeknik Pantai Timur. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohamad Yusri Yubhi Md Yusoff. (2004). Kefahaman dan Pengamalan Solat Berdasarkan Sunnah Rasulullah “Satu Kajian di Kalangan Masyarakat Islam di Singapura, Disertasi Sarjana, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Azlina Mat Jusoh. (2004). Keberkesanan Pembangunan Sahsiah Remaja Jabatan Belia Besut, Terengganu. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis dalam bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Othman Talib. (2015). SPSS Analisis Data Kuantitatif untuk Penyelidik Muda. Bangi: MPWS Rich Publications.

Rashidi Abbas. (2014). Pembangunan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia Menerusi Penerapan Kemahiran Insaniah. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Zaharuddin Abd Rahman. (2012). Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.