Amalan Sogit Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perspektif Hukum

Pg Ismail Pg Musa, Siti Zubaidan Ismail, Narizan Abdul Rahman

Abstract

Sogit adalah satu bentuk pampasan yang diperuntukan dalam Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri Sabah) 1995 sekiranya berlaku pelanggaran adat. Salah satu sogit ialah sogit “kapanasan kampung”. Berdasarkan amalan adat masyarakat anak negeri Sabah, sogit kepanasan kampung adalah satu amalan dan kepercayaan masyarakat pagan anak negeri Sabah bagi menggelakkan semangat yang menjaga mereka murka kerana pelanggaran adat yang dilakukan di kampung mereka. Mengambil kira orang Islam juga menjadi subjek di Mahkamah Anak Negeri, Objektif artikel ini adalah untuk mengkaji sejauhmanakah orang Islam dikenakan sogit kepanasan kampung di Mahkamah Anak Negeri dan apakah hukum sogit kepanasan kampung tersebut mengikut hukum syarak. Objektif ini akan dijawab melalui kaedah temubual terhadap Mufti Negeri Sabah dan Ketua-Ketua Daerah serta penelitian fail kes di Mahkamah Anak Negeri. Daripada 26 kes yang dikaji, terdapat 14 kes melibatkan orang Islam. Berdasarkan pandangan Mufti Negeri Sabah, sogit kepanasan kampung tersebut tidak boleh dijatuhkan kepada orang Islam kerana ia ada melibatkan isu akidah. Memandangkan sogit kepanasan kampung tidak bertepatan dengan hukum syarak, maka ianya juga tidak memenuhi matlamat syariah atau    yang pertama iaitu menjaga agama atau ad-din. Oleh kerana itu, sogit kepanasan kampung ini bukanlah satu adat atau urf yang terangkum dalam kaedah fikah “al-addah al-muhakkamah”. Sebagai sebuah institusi kehakiman yang di hormati, Mahkamah Anak Negeri perlu mengambil beberapa pendekatan yang lebih bertepatan dengan hukum syarak dalam menjatuhkan sogit kepanasan kampung kepada orang Islam.

Full Text:

PDF

References

Abdul Karim Ali. (1999). Nilai-nilai Semasa dan Setempat Dalam Penentuan Hukum: Satu Perbincangan Awal. Jurnal Syariah, 1(7), 97-103.

Abdul Fatah Haron Ibrahim (20020. “Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kebatinan”. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahmad Sufyan Che Abdullah & Ab Mumin Ab Gani. (2008). 'Urf dan Justifikasinya Dalam Analisis Hukum Fiqh al- Mualamat. Jurnal Syariah, 2(16), 393-428.

Anita Nasirin (2007), Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Syariah (Unpublished master’s dissertation)University of Malaya, Kuala Lumpur.

C.G Weeramantry (2001). “Islamic Jurisprudence An International Perspective”. Kuala Lumpur: The Others Press.

Ismail Awang (1992). “Pantang Larang Melayu yang Bertentangan Dengan Akidah Islam”. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Ismail Mat. (1986). Pemakaian Kaedah Antroplogogi dan Sains Perundangan Islam Dalam kajian dan Penilaian Kes Undang-Undang Adat. Isla`miyy`at 7, 13-37.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2011), “Dasar Akidah Muslim”. Johor Baharu: Penerbitan UTM.

Ken, D. W. T. (2009). Woolley and The Codification of Native Customs in Sabah. New Zealand Journal of Asian Studies, 11(1), 87-105.

James F. Ongkili (2003). The Problems of KadazanDusun Bumiputeraism: Promises, Privileges and Politics. Jurnal Kajian Malaysia, Vol. XXI,No. 1 & 2. m.s 197-209.

Jacqueline Pugh-Kitingan (eds)(2012). “KadazanDusun” Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Herman J. Luping (2009). “Indigenous Ethnic Cummunities of Sabah, The Kadazan Dusun”. Kuala Lumpur: Kementerian Maklumat, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia.

Kntayya Mariappan & Paul Porodong (eds)(2012). “ Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain Di Sabah”. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Low Kok On (2005). “Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun”.Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Md. Saleh bin Haji Md. @ Haji Ahmad. (2000). "Urf dan Adat Semasa di Malaysia sebagai Asas Penentuan Hukum yang Tidak dinaskan. In R. A. Paizah Hj. Ismail (Ed.), Fiqh Malaysia, Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan yang Terkini (pp. 99-126). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mohammad Akram Laldin. (2006). Introduction to Shariah and Islamic Jurisprudence. Kuala Lumpur: CERT Publication.

Mohd Salleh Haji Ahmad (1999), “Pengantar Syari’at Islam”. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Muhiddin Yusin ( 1990). “Islam Di Sabah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M.B Hooker (1980). “Native Law in Sabah And Sarawak” Singapore: Malayan Law Journal.

M.B Hooker (1976). “The Persenol Laws of Malaysia, An Introduction”. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Muhammad Jabran al-Alafi (1988)”al-Urf:Bahth Fiqhi Muqaran, Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, Juz.4, Bil 5, Al, Dawrah al-Khamisah.

Mohamed Azam Mohamed Adil (1994). Pengaruh Adat Arab dalam Perundangan Islam” Jurnal Syariah Jilid 2, Bil.2. m.s 1-9.

Mosli Tarsat (2009). Kerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarah. Sosiohumanika.Bil 2(2). M.s 227-250.

Noor Haslina Binti Osman. (2004). Adat Melayu Sebagai Sumber Hukum: Penilalain Dari Perspektif Teori al-'Urf wa al-'Adah. (Sarjana), Universiti Malaya.

Othman Ishak (2003). “Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peter R. Phelan., (2003). “The Traditional Legal System of Sabah”. Kota Kinabalu, Malaysia: Pusat Kajian Borneo Yayasan Sabah.

Regina Lim (2008). “Federal-State Relations in Sabah, Malaysia”. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Saidatul Nornis Mahali & Budi Anto Mhd Tamring (eds)(2011). “Pluraliti Dalam Kearifan Lokal Di Sabah” Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Siti Aidah Hj. Lokin (2007), “Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963)”. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Tamir Moustafa (2013). Judging in God’s Name: State Power, Secularism, and the Politics of Islamic Law in Malaysia. Oxford Journal of Law and Religion, Vol.3, No.1. m.s 152-167.

Wahbah al-Zuhaiyli. (1997). Fiqh al-Islami wa Adilatuhu. Beirut: Dar al-Fikr.

Wahbah az-Zuhaili. (1998). Usul al-Fiqh al-Islami' (2nd ed. Vol. 1). Damsyik: Darul al-Fikr.

Wu Min Aun (eds)(1999) “Public Law In Contemporary Malaysia”. Kuala Lumpur :Longman

Refbacks