[Stress Management in Individual Welfare Ecosystems According to an Islamic Perspective] Pengurusan Stres dalam Ekosistem Kesejahteraan Individu Menurut Perspektif Islam

  • Wan Nornajwa Wan Othman Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
  • Fadzila Azni Ahmad Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Abstract

An ‘individual well-being ecosystem’ is a term that portrays a balanced situation between individuals that have a relationship among themselves in a system or between individuals and the surrounding elements in a system. The individual well-being ecosystem can be disrupted when something disrupts the balance in the ecosystem. One form of disruption is when the individual experiences stress. An example of a disruption in the balance of an individual’s well-being ecosystem is when a stressed individual is capable of jeopardising his or her life or the life of others in the ecosystem. Hence, the question is how Islam interprets this situation. How can stress management from an Islamic perspective be implemented in an individual well-being ecosystem? Therefore, this article had two objectives. First, the focus of this article was to identify the individual well-being ecosystem from an Islamic perspective. Second, it intended to analyse the individual well-being ecosystem from an Islamic perspective in stress management scope. Data from journals and books were analysed using the qualitative document analysis method. The findings showed that the well-being ecosystem according to Islam was related to the individual and elements possessed by the individual. The individual well-being ecosystem from an Islamic perspective is closely related with the three dimensions of well-being, namely the relations between mankind and Allah swt, relations amongst mankind and relations between mankind and nature as well as the four elements of well-being – physical, intellectual, social and spiritual.

 

Ekosistem kesejahteraan individu merupakan satu istilah yang menggambarkan tentang suasana keseimbangan antara individu-individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain dalam satu sistem atau keseimbangan antara individu dengan unsur-unsur sekelilingnya dalam sesebuah sistem. Ekosistem kesejahteraan individu ini boleh terganggu apabila wujud sesuatu yang mengganggu keseimbangan ekosistem tersebut. Salah satu daripadanya ialah individu yang mengalami stres. Contoh gangguan keseimbangan ekosistem kesejahteraan individu ialah individu yang stres mampu menyebabkan nyawanya dan nyawa individu lain dalam ekosistem terancam. Persoalannya, bagaimanakah Islam melihat perkara ini? Bagaimanakah pengurusan stres menurut perspektif Islam boleh dilaksanakan dalam ekosistem kesejahteraan individu? Justeru, artikel ini bertujuan menjawab dua objektif. Pertama, fokus artikel ini bakal mengenal pasti ekosistem kesejahteraan individu menurut perspektif Islam. Kedua, artikel ini bakal menganalisis ekosistem kesejahteraan individu menurut perspektif Islam dalam skop pengurusan stres. Kaedah yang digunakan dalam menganalisis data adalah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen kualitatif ke atas jurnal dan buku. Dapatan kajian memperlihatkan ekosistem kesejahteraan menurut Islam berkait dengan individu dan unsur-unsur yang dimiliki individu. Ekosistem kesejahteraan individu menurut perspektif Islam didapati berkait rapat dengan kesejahteraan tiga dimensi - hubungan manusia dengan Allah,  hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan sumber alam serta kesejahteraan empat unsur – fizikal, intelektual, sosial dan spiritual.

Author Biographies

Wan Nornajwa Wan Othman, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Fadzila Azni Ahmad, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

References

Al-Ghazali, Abdul Hamid. (1984). Ihya’ ulumuddin, jld 4. Ismail Yakub (pent.). Singapura: Pustaka Nasional.

Amirus Sodiq, (2015). Konsep Kesejahteraan dalam Islam. Journal Ekonomi Syariah, 3(2), 380 - 405.

Appley, M.H., dan Trumbull, R. (1967). On the concept of psychological stress. In Appley, M.H and Trumbull, R. (eds), Psychological Stress: Issues in Research. New York: Appleton-Century-Crofts, 1-13.

Bradburn, N.M.(1969). The structure of psychological well-being. Chicago: Aldine.

Cotton, D. H. G. (1990). Stress management: an integrated approach to therapy. New York: Brunner/Mazel.

Dodge, R., Daly, A., Huyton, J., & Sanders, L. (2012). The challenge of defining wellbeing. International Journal of Wellbeing, 2(3), 222-235. doi:10.5502/ijw.v2i3.4

Fadzila Azni Ahmad. (2013). Konsep Pengurusan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Flesher, J. & Webber,T. (2017, 27 Januari). What is the EPA, and why is it in the hot seat? Boston.com. Diakses dari https://www.boston.com/news/politics/2017/01/27/what-is-the-epa-and-why-is-it-in-the-hot-seat.

Fordolin Hasugian. (2015). Perspektif Ekosistem Dalam Pekerjaan Sosial. Insani, 2(2), 52-58.

Ibn Katsir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (jld. 5). Beirut, Lubnan:Dar al-Ma‘rifat.

Iskandar Hasan Tan Abdullah, Sakinah Mat Zin, Rusnah Ismail, Nazlin Emieza Ngah, Ju Soon Yew & Kong Lai Kuan. (2011). Stres di kalangan jururawat hospital dan pengurusannya menurut perspektif Islam. Buletin Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi: Siri 1. Universiti Teknologi Mara, Terengganu.

Jorgensen, S. V. (2009). Ecosystem Ecology. Amsterdam: Elsevier.

Lazarus, R. S. (1996). Psychological stress and the coping process. New York: McGraw-Hill.

Millennium Ecosystem Assessment. (2005). Ecosystems and Human Well-being: Synthesis. Island Press, Washington, DC.

Mohd Razali Salleh. (2010). Pengendalian stres dan kebimbangan: penilaian kognitif dan tingkah laku. Universiti Sains Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh. (2003). Prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra.

Robbins, S.P. (2001). Organizational Behavior. (9th ed.). New Jersey: Prentice-Hall. Robert

Schulze, E.-D. (1994). Biodiversity and ecosystem functions. Berlin: Springer.

Selye, H. (1976). The stress of life. New York: Mc-Graw Hill.

Treas, L. S. & Wilkinson, J. M. (2011). Fundamentals of nursing 2nd edition, volume I. Philadelphia: F. A. Davis Company.

Wan Norhaniza Wan Hasan. (2014). Indeks Pembangunan Berteraskan Islam: Satu Analisis Konseptual (Tesis Ijazah Tinggi Tidak diterbitkan). Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Zastrow, C. (2004). Introduction to social work and social welfare. Belmont: Thomson Brooks/Cole.

Published
2018-09-11
How to Cite
Wan Othman, W. N., & Ahmad, F. A. (2018). [Stress Management in Individual Welfare Ecosystems According to an Islamic Perspective] Pengurusan Stres dalam Ekosistem Kesejahteraan Individu Menurut Perspektif Islam. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 19, 61-73. https://doi.org/10.37231/jimk.2018.19.0.283