Cabaran Pembelajaran Pelajar Lepasan Ijazah Pengajian Islam di Malaysia [The Learning Challenges of Post Graduate Students of Islamic Studies in Malaysia]

Abdul Munir, Norhisham Muhamad

Abstract

Penulisan ini bertujuan untuk melihat cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lepasan Ijazah Pengajian Islam di universiti awam bagi menyelesaikan pengajian peringkat master dan Phd. Terdapat masalah oleh pelajar pasca siswazah seperti masalah kewangan, pengurusan masa, kesesuaian bidang pengajian, penguasaan bahasa Arab dan Inggeris. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti pelbagai masalah dan cabaran oleh pelajar siswazah Pengajian Islam peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang responden dipilih mewakili universiti awam terpilih yang menawarkan kursus Pengajian Islam. Instrumen kajian mengandungi elemen demografi responden, permasalahan semasa merangkupi kewangan, keluarga, masa, kesesuaian bidang pengajian dan kemampuan menguasai bahasa Arab dan Inggeris. Kajian dianalisis menggunakan kaedah deskriptif iaitu dapatan dihuraikan secara mendalam terhadap sesuatu tema. Kajian menunjukkan pelajar siswazah Pengajian Islam di universiti awam menghadapi masalah kewangan dan dapat diatasi dengan cara pelajar bekerja sambilan. Cabaran dalam pengurusan masa seperti melakukan aktiviti tidak berfaedah, menghabiskan masa dengan gajet, kurang disiplin dalam penulisan tesis dan terpengaruh dengan persekitaran adalah faktor penyumbang pelajar gagal menyelesaikan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Kesesuaian bidang pengajian bagi memenuhi keperluan negara didapati pelajar siswazah memilih bidang kajian yang sesuai dengan keperluan semasa. Adapun aspek penguasaan bahasa Arab dan Inggeris menunjukkan pelajar siswazah Pengajian Islam dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan pelajar siswazah Pengajian Islam menghadapi cabaran yang bersifat sementara dan para pelajar hendaklah berusaha mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masing-masing masalah yang dihadapi.



Long-life learning among post-graduate students is a Government one of program to continuously improve the level of knowledge and skills to a higher level either Master's degree or Doctor of Philosophy at local universities. More the various problems faced by post-graduate students such as time management, family constraints, Arabic and English domination, financial difficulties and the fitness of the place of study. The objective of the study was to identify the various problems of post-graduate Islamic Studies students at the Masters and Doctorate levels. This study uses qualitative methods through semi structured interview methods. A total of respondents is four people each, 3 men and 1 women was elected to represent selected public universities offering Islamic Studies courses. The research instrument contains the respondents' demographic elements, problems involving financial, family, time, suitability of the field of study and the ability to master Arabic and English. The results of the study were analyzed using descriptive method. The findings of this study found that financial problems, constraints in managing learning time were a problem during the postgraduate of Islamic Studies students. The study concludes that the problem is temporary and the students should try to find solutions to solve each problem.

Full Text:

PDF

References

al-Quran Karim.

Ab. Halim Mohamad. (2007). Masalah Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan dalam Pengajian Islam ke-4 (hlm. 1-13). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap komunikasi dalam Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 1-14.

Abdul Halim, M. H., Hidzir, F. H., Woon, N. S., & Marriappen, G. K. (2011). Kajian maklumbalas mengenai penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam peperiksaan akhir di kalangan pelajar diploma akauntasi semester. Dalam Prosiding Seminar Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA 2011, 335-351.

Abdul Latif, A., & Abu Hanifah, A. (2010). Penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar PKPG kemahiran hidup Universiti Teknologi Malaysia (m.s 1-13). (Unpublished) http: //eprints. utm.my/10799/.

Akta Pendidikan (1996) Akta 550, Peraturan-peraturan & Kaedah-kaedah Terpilih. Kuala Lumpur: Internasional Law Book Services.

Aisyah Abdul Rahman & Wajeeha Zulkifly. (2016). Faktor penentu pengurusan kewangan: Kes mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (Determinants of financial management: The case of Universiti Kebangsaan Malaysia students. Jurnal Personalia Pelajar,19(2), 85-94.

Baharin, Jamaludin, Azmahani & Mohd Hidayat. (2006). Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus. Fakulti Kejuruteraan Awam. Universiti Teknologi Malaysia.

Berita Harian online bertarikh 14 Mei 2015. Ruangan Pendidikan bertajuk: Guru Rebut Peluang Meningkatkan Ilmu Menerusi Pendidikan Sepanjang Hayat.

Che Rugayah Che Ismail, (2001). Pengurusan Kewangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal Kepada Keperluan Kaunseling Kewangan. Tesis Master, Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHM.

Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohd Yahya Mohd Hussin & Fatimah Salwa Abdul Hadi. (2015). Kehidupan kelas menengah Malaysia: Satu kajian kes mengenai corak perbelanjaan guru dalam pemilikan aset dan pelaburan kewangan. Malaysian Journal of Society and Space, 11(11), 1-13.

Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor. (2006). Panduan Mencari Maklumat. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Hamizatun Akmal Md Yusof & Norzaini Azman. (2013). Perkaitan antara pengurusan masa dan stres dalam kalangan pelajar siswazah di IPTA. Jurnal AJTLHE 5(1), 1-11.

Hanani Izzah Abdul Ghani. (2007). Penilaian Penyeliaan Penyelidikan Pelajar Pasca Ijazah. Skudai. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2012). My3L Direktori Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2012/2013.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2001). Pengurusan Ekonomi Malaysia, Putrajaya.

Linamalini Mat Nafi & Kamarul Shukri Mat Teh. (2014). Kepelbagaian penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Arab (SPBA) dalam kalangan pelajar IPT Kelantan, The Online Journal of Islamic Education, Special Issue of ICIEd2014, (1-8).

Maharam Mamat. (2016). Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Di Ukm, Issues in Language Studies (Vol. 5 No. 2-2016). (m.s.28 - 42).

Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Mohd Alwee Yusoff. (2009). Motivasi, pembelajaran pengaturan kendiri dan prestasi akademik: Satu kajian di kalangan pelajar asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Journal of Al-Tamaddun, 4. 1-16.

Mohamad Hazrul Ismail. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding Perkem VII: 906-913.

Mohd Hasimi Yaacob, Mohd Helmi Ali & Nurhidayani Abd Wahab. (2017). Hubungan Penguasaan Bahasa Inggeris dengan Tahap Keberkesanan Kemahiran Insaniah Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 20 (2017).

Mohd. Nasran Abd Halim, Mohd. Isa Hamzah dan Zolkepeli Haron. (2016). Pendekatan Fleksibel Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Menggalakkan Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Daud. (2009). al-Akhta’ al-Lughawi Lada al-Darisin al-Malayuwiyyin: Dirasah Tahliliyyah. Kolokium Siswazah Pengajian Islam UKM, peringkat Kebangsaan.

Nadhirah Aznan. (2014). Persepsi Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) Terhadap Amalan Pengurusan Masa dalam E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014 Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2).

Robert Mills Gagné (1970). The Conditions Of Learning. Publisher: Holt, Rinehart And Winston; 2nd Edition.

Rofishah Bt. Rashid (2015). Kepimpinan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Masjid, Kuala Terengganu, Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2003). Mutiara Taman Adabi: Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat Dan Masyarakat. Kelantan, Dian Darulnaim Sdn Bhd.

Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya, Ramlah, Rosini, Rohani, Sharifah, Kamariah dan Habsah. (2008). Kemahiran Pengurusan Masa Pelajar Universiti Tempatan: Status dan Hubungannya dengan Pencapaian. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. Hlm. 49-64.

Yasmin Huzaimah Binti Aladdin dan Anuar Ahmad (2017). Tahap Literasi Kewangan Di Kalangan Mahasiswa. Prosiding dalam seminar International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity, UKM.

Refbacks

  • There are currently no refbacks.