[Sustainability of Tradition Elements in the Survival of Pondok Institutions in Kelantan] Kemapanan Unsur Tradisi dalam Survival Institusi Pondok di Kelantan

  • Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin Academy of Contemporary Islamic Studies, University Teknologi MARA, Perak Branch
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Khafizatunnisa’ Jaapar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Abd.Munir Mohd Noh Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
  • Abd. Nasir Musa Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah

Abstract

The pondok is the earliest formal institution in Islamic education established in Malaysia. The state of Kelantan is one of the earliest states in Malaysia to have a pondok institution around 18th century. This institution continues in contributing to the development of Islamic education in the state of Kelantan and Malaysia. However, the globalizations give an impact to this institution to faced challenges in terms of systems, practices also in teaching and learning in tradition methodology. The changes have caused some pondok institutions to transferred the teaching in modern education and lose their traditional identity. Therefore, this study will discuss the elements of tradition that are still practiced for the survival of pondok institutions in Kelantan. The methodology of this research based on qualitative methods including document analysis, interviews and observations to obtain research data. The content of documents will be analyzed and supported by interviews and observations to achieve the findings. The results show that the traditional elements practiced have maintained and contributed to the sustainable of the pondok institution today. Therefore, the survival of the pondok as an Islamic traditional education center still relevant even though the current education system is changing to the new aspect and methodology. The tradition methodology practiced by the pondok institution have contributed to the charismatic formation of the scholars, intellectual development, da'wah and the development of Islamic knowledge in the global Muslim community.

Institusi pondok merupakan pusat pengajian Islam berbentuk formal yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Negeri Kelantan merupakan antara negeri yang terawal di Malaysia mempunyai institusi pondok iaitu pada abad ke 18 M. Institusi ini terus berkembang pesat dalam menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Namun, dengan peredaran masa dan perkembangan zaman yang semakin moden menyebabkan institusi ini menghadapi cabaran dari aspek sistem serta praktis pengajaran dan pembelajaran yang sedikit sebanyak menggugat unsur tradisi yang diwarisi sejak turun temurun. Perubahan yang berlaku telah menyebabkan sesetengah institusi pondok kehilangan identiti kerana terpaksa mengubah sistem pendidikan berbentuk moden untuk disesuaikan dengan tuntutan zaman. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan unsur tradisi yang masih dipraktikkan dalam mengekalkan survival institusi pondok di Kelantan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode kualitatif merangkumi penilaian dokumen, temubual dan pemerhatian bagi mendapatkan data kajian. Data penilaian dokumen yang dikumpulkan daripada buku, jurnal dan prosiding akan dianalisis secara kandungan disertai dengan data temubual dan pemerhatian bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur tradisi yang dipraktikkan di institusi pondok kini telah berjaya mengekalkan identiti dan menyumbang kepada keutuhan survival institusi pondok sejak zaman berzaman. Justeru itu, kelangsungan institusi pengajian pondok sebagai pusat pendidikan Islam yang mengekalkan unsur pengajian tradisi masih kekal relevan walaupun elemen dalam sistem pendidikan semasa semakin berubah. Unsur tradisi yang dipraktikkan oleh institusi pondok telah menyumbang kepada pembentukan karismatik para ulama, pengembangan intelektual, dakwah dan perkembangan ilmu Islam kepada masyarakat Islam sejagat.

Published
2022-01-02
How to Cite
Zainal Abidin, M. Z. H., Mohd Noor, A. F., Jaapar, K., Mohd Noh, A., & Musa, A. N. (2022). [Sustainability of Tradition Elements in the Survival of Pondok Institutions in Kelantan] Kemapanan Unsur Tradisi dalam Survival Institusi Pondok di Kelantan. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(1), 1-16. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.523
Section
Articles