[New Norms of Open Distance Learning (Odl) among Students During The Covid-19 Pandemic Era] Norma Baharu Pembelajaran Secara Terbuka dan Jarak Jauh (Open Distance Learning (Odl) dalam Kalangan Mahasiswa Semasa Musim Pandemik Covid-19

Authors

  • Siti Aishah Sokhibul Fadil Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Hisam Satari Universiti Teknologi MARA (UiTM)

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.2.598

Abstract

The open and distance learning which system or better known as ODL is one of the delivery mediums in teaching and learning (PdP) is gaining attention in higher education institutions during the Covid -19 pandemic season. The shift from face -to -face learning to virtual learning has created new norms in terms of approaches and challenges to lecturers and students. Communication network systems and learning applications are often constrained in the process of meeting the learning outcomes of university courses. Therefore, this study was conducted to identify the background of Diploma in Halal Management students, UiTM Negeri Sembilan Branch who are involved in the ODL process in addition to analyzing communication networks and applications of ODL learning methods used by students. A quantitative approach was selected in this study through the distribution of questionnaires to 122 respondents’ and data were analyzed descriptively using IBM SPSS Statistics version 23 software. Elements of respondents’ background, communication network and application of ODL method were the main indicators in this study. The results of the study found that the majority of respondents live in rural areas and the level of communication network access during the ODL as a whole is at a moderate level. Nevertheless, access to the application of various ODL methods in teaching and learning (PdP) is still accessible with a high speed level mean score value among the majority of respondents. In conclusion, the government, Institutions of Higher Learning and the communications network industry should each play a role in creating broader and diverse initiatives to help students adapt to the new norms of PdP medium by ODL during the Covid-19 pandemic season.

Sistem pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai ODL merupakan salah satu medium penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang semakin mendapat perhatian di institusi pendidikan tinggi semasa musim pandemik Covid–19. Perubahan pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran alam maya telah mewujudkan norma baharu dari sudut pendekatan dan cabaran kepada pensyarah dan mahasiswa. Sistem rangkaian komunikasi dan aplikasi pembelajaran seringkali menjadi kekangan dalam proses memenuhi hasil pembelajaran kursus di universiti. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti latar belakang mahasiswa Diploma Pengurusan Halal, UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang terlibat dalam proses ODL disamping menganalisa rangkaian komunikasi serta aplikasi kaedah pembelajaran ODL yang digunakan oleh mahasiswa. Pendekatan kuantitatif telah dipilih dalam kajian ini melalui edaran borang soal selidik kepada 122 responden dan data dianalisa secara deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics version 23. Elemen latar belakang responden, rangkaian komunikasi dan aplikasi kaedah ODL menjadi indikator utama dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati majoriti responden tinggal di luar bandar dan tahap capaian rangkaian komunikasi semasa ODL secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Sungguhpun begitu, capaian aplikasi kaedah ODL yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih boleh diakses dengan nilai skor min tahap kelajuan yang tinggi dalam kalangan majoriti responden. Kesimpulannya, pihak kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan industri rangkaian komunikasi masing-masing perlu berperanan mewujudkan inisiatif yang lebih luas dan pelbagai bagi membantu mahasiswa menyesuaikan diri dengan norma baharu medium PdP secara ODL pada musim pandemik Covid-19. 

References

Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Arfah Ab Majid, Normala Othman, Norasyikin Azri & Nasrina M. Samir. 2020. Penerimaan pelajar terhadap aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Sains Insani 5(1): 73-78.
Au, O.T.-S., Li, K. & Wong, T.M. 2018. Student persistence in open and distance learning: success factors and challenges. Asian Association of Open Universities Journal 13(2): 191-202.
Borneo, Utusan. (2020, April 19). Capaian internet kekangan utama pelajar di luar bandar. Retrieved April 9, 2021, from Utusan Borneo Online: https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/19/capaian-internet-kekangan-utama-pelajar-di-luar-bandar.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor. (2020, May 27). Belajar dalam talian hingga 31 Disember. Retrieved April 8, 2020, from Harian Metro Online: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/583080/belajar-dalam-talian-hingga-31-disember.
Hafiza Haron, Supyan Hussin & Ahmad Rizal Yusof. 2020. Penerimaan teknologi Massive Open Online Course (MOOC) di kalangan pelajar di UKM: satu kajian rintis. Jurnal Sains Insani 5(1): 142-147.
Harits Asyraf Hasnan. (2020, April 12). Masalah internet, infrasruktur PdP di rumah jadi keluhan rakyat Malaysia. Retrieved April 12, 2021, from Astra Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-internet-infrastruktur-pp-di-rumah-jadi-keluhan-rakyat-malaysia-kajian-237984.
Mohan Rathakrishnan. (2020, July 14). COVID - 19 ubah pengajaran dan pembelajaran di rumah. Retrieved April 9, 2020, from Berita Harian Online : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/ 2020/07/710464/covid-19-ubah-pengajaran-dan-pembelajaran-dari-rumah.
Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. 2020. Isu dan cabaran pengguna MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy and Practice of Teachers and Teacher Education 10(1): 77-94.
Nur Amanina Haziqah Abdul Halim & NorHafizah Adnan. 2020. Implementasi video pengajaran dalam pembelajaran HTML melalui Massive Open Online Courses (MOOC). Jurnal Dunia Pendidikan 2(2): 205-212.
Rohaniza Idris. (2021, January 31). 6 Kategori pelajar dibenarkan kembali ke kampus 1 Mac. Retrieved April 8, 2021, from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/781661/6-kategori-pelajar-dibenarkan-kembali-ke-kampus-1-mac.
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Latifah Abdul Latiff & Mashitah Sulaiman. 2019. Blended Learning dalam kursus TITAS : Kajian terhadap penggunaan TITAS MOOC dalam kalangan pelajar UMS. Jurnal Sains Insani 4(1): 54-60.
Saima Ghosh, Joyshree Nath, Shalabh Agarwal, Asoke Nath & A K Chaudhuri. 2012. Open and Distance Learning (ODL) Education System: past, present and future - A systematic study of an alternatif and education system. Journal of global research in computer sains 3(4): 53-57.
Siti Hajar Taib, Mohd Azaharin Ismail & Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis. 2019. Inovasi kesepaduan dan strategi pengajaran dan pembelajaran di Era Revolusi Industri 4.0. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization 3(2): 38-54.
Syed Lamsah Syed Chear. 2017. Pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Whatsapp dan telegram di universiti swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(2):1-14.
UiTM, BHEA. (n.d.). Garis panduan penglibatan pelajar dalam pembelajaran terbuka dan secara jarak jauh (ODL) di UiTM. Retrieved April 9, 2021, from BHEA UiTM: https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/home.

Downloads

Published

2021-12-28

Issue

Section

Articles

How to Cite

[New Norms of Open Distance Learning (Odl) among Students During The Covid-19 Pandemic Era] Norma Baharu Pembelajaran Secara Terbuka dan Jarak Jauh (Open Distance Learning (Odl) dalam Kalangan Mahasiswa Semasa Musim Pandemik Covid-19. (2021). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(2), 173-184. https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.2.598