Pengaruh Ilmu Mantik Terhadap Polemik Kalimah al-Tawhid: Satu Kajian Terhadap Khatimah al-Sa‘adah. [The Influence Of Logic On The Polemic Of Kalimah Al-Tawhid: A Study On Khatimah Al-Sa’adah]

  • Mohd Saiful Aqil Naim Saful Amin Universiti Malaya
  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Universiti Malaya
Keywords: Ilmu mantik, ilmu kalam, kalimah al-tawhid, al-Jawhari, Khatimah al-Sa‘adah, Logic, kalam, kalimah al-tawhid, al-Jawhari, Khatimah al-Sa’adah

Abstract

Polemik kalimah al-tawhid merupakan polemik yang berlaku antara tiga orang tokoh ilmu kalam di Maghribi pada sekitar abad ke-10, 11 dan 12 H dalam pentafsiran ungkapan la ilaha illa Allah. Mereka ialah Abu Muhammad ‘Abdullah al-Habti al-Kabir, Abu ‘Abdillah Muhammad al-Kharrubi al-Tarabulsi dan juga Abu ‘Abdillah Muhammad al-Yasitani. Ketiga-tiga tokoh tersebut mempunyai tafsiran yang tersendiri dalam memahami ungkapan kalimah al-tawhid berdasarkan metode ilmu nahu, mantik dan juga ilmu kalam. Namun, perselisihan tersebut membawa kepada pertelingkahan yang serius sehingga Abu ‘Ali al-Hasan bin Mas‘ud al-Yusi mengatakan bahawa perselisihan ini menyebabkan setiap kelompok menyalahkan kelompok yang lain hingga ke tahap menyesatkan. Ahmad bin Hasan al-Jawhari menerusi Khatimah al-Sa‘adah cuba mengharmonikan perselisihan ini dan menjelaskan makna bagi kalimah al-tawhid berdasarkan kaedah ilmu nahu, mantik dan juga ilmu kalam. Memandangkan ilmu mantik mempunyai peranan yang mempengaruhi pentafsiran setiap kelompok tokoh tersebut, kajian ini menganalisis peranan dan pengaruh ilmu mantik dalam pemahaman kalimah al-tawhid yang dibahaskan menerusi metode kajian kepustakaan dan analisis teks berdasarkan teks Khatimah al-Sa‘adah serta dokumen karya ulama yang berkaitan. Hasil kajian mendapati ilmu mantik berperanan dalam memberikan kefahaman yang benar mengenai kalimah al-tawhid. Ini amat penting bagi memastikan kefahaman yang benar mengenai kalimah al-tawhid terjaga daripada sebarang kesilapan.

References

‘Abd al-Razzaq. (1993). Hilyah al-Bashar fi Tarikh al-Qarn al-Thalith ‘Ashar, ed. Muḥammad Bahjah al-Baytar. Cet. pertama. Beirut: Dar Sadir.

al-‘Attar. (t.t). Hashiah al-‘Attar ‘ala Sharh al-Jalal al-Mahalli ‘ala Jam‘ al-Jawami‘. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ahmad. (2019). Hashiah Qawl Ahmad ‘ala al-Fawa’id al-Fanariyyah, ed. Abu Ja‘far al-Zahiri. Cet. pertama. Istanbul: Dar Tahqiq al-Kitab.

Amin, M. S. A. N. S., & Rahman, S. M. H. S. A. (2023). Pengaruh Ilmu Mantik Terhadap Beberapa Penulisan Ilmu Nahu: The Influence of Mantic on Some of Nahu's Literatures. ALBASIRAH JOURNAL, 13(1), 70-82.

al-Ansari. (2020). al-Matla‘ Sharh Isaghuji fi ‘Ilm al-Mantiq, ed. Bilal al-Saqa. Cet. pertama. Damsyik: Dar al-Taqwa.

al-Azhari. (2000). al-Tasrih bi Madmun al-Tawdih fi al-Nahw. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Bajuri. (t.t). Hashiah al-Bajuri ‘ala Risalah Muhammad al-Fudali fi La Ilaha Illa Allah. T.t.p: t.p.

al-Bihari. (2017). Sullam al-‘Ulum fī ‘Ilm al-Mantiq, ed. ‘Abd al-Nasir al-Malibari. Cet. pertama. Kuwait: Dar al-Diya’.

al-Dusuqi. (1327). Hashiah al-Dusuqi ‘ala Sharh al-Qutb ‘ala al-Shamsiyyah. Beirut: Sharikah Shams al-Sharq li al-Khidmat al-Thaqafiyyah.

al-Dusuqi. (1355). Hashiah al-Tajrid al-Shafi ‘ala Tahdhib al-Mantiq al-Kafi. Kaherah: Matba‘ah Mustafa al-Halabi.

al-Dusuqi. (1929). Hashiah al-Dusuqi ‘ala Sharh al-Samarqandi ‘ala al-Risalah al-‘Adudiyyah. Kaherah: al-Matba‘ah al-Misriyyah.

Hamat, M. F. (2002). Kedudukan mantik sebagai mukadimah ilmu: Satu analisis pandangan al-Imam al-Ghazzali. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 3(1), 33-56.

al-Jawhari. (2022). Khatimah al-Sa‘adah wa al-Iltija’ ila Allah fi Ma‘na La Ilah Illa Allah, ed. Khalil Isma‘il Ilyas. Cet. pertama. Kuala Nerang: Pusat Pengajian dan Tarbiah Darul Hikmah.

al-Kalanbawi. (2020). Hawashi al-Burhan fi al-Mantiq, Cet. pertama. Beirut: Dar Ibn Hazm.

al-Katibi. (N.D.). al-Risalah al-Shamsiyyah fi al-Manṭiq, ed. Jadallah Bassam. Cet. .Amman: Dar al-Fatḥ.

al-Khabisi. (1355). al-Tadhhib ‘ala Tahdhib al-Mantiq. Kaherah: Matba‘ah Mustafa al-Halabi.

Khalil Isma‘il Ilyas. (2022). al-Zubdah fi ‘Ilm al-Wad‘: Su’al wa Jawāb. Kedah: Pusat Pengajian Islam dan Tarbiah Darul Hikmah.

al-Razi. (1393). Lawami‘ al-Asrar fi Sharh Matali‘ al-Anwar, ed. Abu al-Qasim al-Rahmani. Cet. .Tehran: Mo'assasa-e-Pajhuheshi Hekmat-o-Falsafeh 'Iran.

al-Razi. (1947). Tahrir al-Qawa‘id al-Mantiqiyyah Sharh al-Risalah al-Shamsiyyah. Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Riswanto, A. M., & Abdullah, W. S. W. (2021). On the Authorship of Fakhr al-Din al-Razi’s al-Khalq wa al-Baʿth. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 23(2), 171-224.

Saful, M. S. A. N. B., Saiful, A., & Rahman, S. M. H. S. A. (2022). Aplikasi Ilmu Adab al-Baḥth wa al-Munāẓarah dalam Isu Ru’yah Allah: Application of Adab al-Bahth wa al-Munazarah in the Issue of Ru’yah Allah. Jurnal Usuluddin, 50(2).

al-Sanusi. (2019). Sharh al-‘Aqidah al-Sughra, ed. Anas al-Sharfawi. Cet. pertama. Damsyik: Dar al-Taqwa.

al-Shafi‘i. (2013). al-Madkhal Ila Dirasah ‘Ilm al-Kalam. Kaherah: Maktabah Wahbah.

al-Taftazani. (2022). Sharh al-Risalah al-Shamsiyyah fi Tahrir al-Qawa‘id al-Mantiqiyyah, ed. Mas‘ad Sa‘idi. Cet. pertama. Kuwait: Dar al-Diya.

Wahab, M. R., & Hamat, M. F. (2020). Kedudukan Ilmu Mantik Dalam Pemikiran Islam: The Position of Logic in Islamic Thought. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 22(2), 1-42.

al-Yusi. (2019). Mashrab al-‘Am wa al-Khas min Kalimah al-Ikhlas, ed. Ahmad Farid al-Mazidi. Cet. . Beirut: Kitab Nashirun.

Zainul Abidin, A.H. (2021). Sejarah Ringkas Mazhab Ash‘arī Di Barat Dunia Islam: Perkembangan, Tokoh-Tokoh Utama dan Karya-Karya Penting, Cet. ke-2. Kuala Lumpur: Nizamiyyah Institute.
Published
2023-12-31
How to Cite
Saful Amin, M. S. A. N., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2023). Pengaruh Ilmu Mantik Terhadap Polemik Kalimah al-Tawhid: Satu Kajian Terhadap Khatimah al-Sa‘adah. [The Influence Of Logic On The Polemic Of Kalimah Al-Tawhid: A Study On Khatimah Al-Sa’adah]. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 24(2), 73-83. https://doi.org/10.37231/jimk.2023.24.2.799
Section
Articles