Analisis kaedah pendalilan hukum terhadap fatwa orang Islam menyambut perayaan Valentine’s Day di Jabatan Mufti Sarawak

Analysis of legal methods of determining the fatwa on Muslims celebrating Valentine's Day at the Mufti Department of Sarawak

Authors

  • Faizal Abdullah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Shahir Akram Hassan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
  • Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300, Kuala Nerus, Terengganu.

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2025.26.2.932

Keywords:

Kaedah Pendalilan, Hukum, Fatwa, Valentine’s Day, Lafziyyah, Jabatan Mufti Sarawak, Argumentative Method, Law, Mufti Department of Sarawak

Abstract

Fatwa mengenai hukum umat Islam menyambut perayaan Valentine’s Day adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Sarawak pada 11 Ogos 2008. Setiap hukum yang diputuskan perlu melalui kaedah pendalilan dan proses istinbat yang teliti sebelum dimuktamadkan jenis hukumnya. Sebahagian besar kajian yang dilakukan mengenai isu penfatwaan dan perayaan seperti Valentine’s Day tertumpu kepada fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri-negeri di Malaysia. Namun, kajian khusus terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Sarawak masih terhad, dan ini menimbulkan jurang pengetahuan dalam bidang fekah kontemporari di Malaysia Timur. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneliti kaedah pendalilan yang diaplikasikan dalam penentuan fatwa tersebut. Dua objektif utama kajian ditetapkan, iaitu untuk mengenal pasti dan menganalisis kaedah pendalilan hukum yang digunakan dalam fatwa tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif asas dengan kaedah pengumpulan data melalui kajian dokumen, manakala data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa fatwa hukum umat Islam menyambut perayaan Valentine’s Day ditentukan melalui kaedah lafziyyat, iaitu kaifiyyat dilalat al-lafz ‘ala al-ma’na yang merangkumi empat pendekatan utama: ‘ibarat nas, isyarat nas, dilalat nas dan iqtida’ nas. Kajian ini merumuskan bahawa pendekatan ini memperlihatkan keprihatinan institusi fatwa dalam menjaga kemurnian akidah dan akhlak umat Islam, khususnya dalam mengekang pengaruh budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai syariah.

 

The fatwa regarding the permissibility of Muslims celebrating Valentine's Day was issued by the Mufti Department of Sarawak on 11 August 2008. Each ruling  that is decided must go through a thorough method  of reasoning and istinbat  process before finalization. Most research on fatwas and celebrations like Valentine's Day  focuses on fatwas at the national and state levels in Malaysia. However, specific studies focusing on the fatwas issued by the Sarawak Mufti Department remain limited,  and this creates a knowledge gap in the field of contemporary fekah in East Malaysia. Therefore, this study aims to examine the  method of reasoning applied in determining the fatwa. Two main objectives were established: to identify and analyze  the method of legal reasoning used in the fatwa.  This study used a basic qualitative research design with data collection methods through document review, while the data was analyzed using content analysis methods. The findings revealed that the legal fatwa of Muslims celebrating Valentine's Day was determined through the method of lafziyyat, namely kaifiyyat dilalat al-lafz 'ala al-ma'na which includes four main approaches: ‘ibarat nas, isyarat nas, dilalat nas dan iqtida’ nas. This study concluded that this approach shows the concern of the fatwa institution in maintaining the purity of the aqidah and morals of Muslims, especially in curbing the influence of external cultures that can damage shariah values.

References

Al-Qaradhawi. Y. (1992). Al-Fatwá bayna al-inḍibaṭ wa al-tasayyub. Kaherah: Darul Sahwah Lilnasyr wa Tauzi’.

Al-Syarkhasi, A. B. M. (1993). Usul al-Syarkhasi. Beirut: Dar al-Kutub Ilmiyyah.

Al-Zuhayli, W. (2007). Usul al-fekah al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

Hashim, S. (2017). Pengurusan hukum syarak menurut perspektif usul fekah siri III: Kaedah penetapan dan perundangan hukum syarak. Johor Bharu: Penerbit UTM Press.

Hassan, S. A. and Khairuldin, W. M. K. F. W. (2020). Research Design Based On Fatwa Making Process: An Exploratory Study. International Journal of Higher Education, 9(6), 241.https://doi.org/10.5430/ijhe.v9n6p241.

Ibrahim, N. A., Ashaari, M. F., & Ghani, M. Z. A. (2024). Pendekatan Pendakwah dalam Masyarakat Multi-Etnik: Kajian Kuantitatif di Sarawak: Preacher's Approach in Multi-Ethnic Society: A Quantitative Study in Sarawak. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 25(3), 26-38.https://doi.org/10.37231/jimk.2024.25.3.851.

Junaidi, A., & Samudin, S. A. (2022). Penetapan Hukuman bagi Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis Perbandingan Mengikut Undang-undang dan Fekah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 23(2), 324-346. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.2.639.

Kamaruddin, K. (2020). Aplikasi kaedah usuliyyat al-lughawiyyat dalam penganalisisan data kualitatif kaedah penyelidikan berteraskan Islam. (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia)

Khallaf, A. W. (2003). ‘Ilm usul al-fekah. Kaherah: Dar al-Hadith.

Klenke, K. (2016). Qualitative Research in the Study of Leadership. United Kingdom: Emerald Group Publishing Limited.

Muda, A. L. dan Ali@Mat Zin, R. (2001). Perbahasan usul al-ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ramle, M. Z., Ramli, M. A., & Razif, N. F. M. (2023). Analisis Perubahan Hukum Dari Fasa Pandemik Kepada Fasa Endemik COVID-19 Di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 24(1), 51-74. https://doi.org/10.37231/jimk.2023.24.1.773

Schreier, M. (2012). Qualitative content analysis in practice. Los Angeles: Sage Publication.

Shamsuddin, M. M. J. (2025). The Permissibility of Selling Video Game Accounts: A Juristic Analytical Study. Journal of Fatwa Management and Research, 30(1), 123-141. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol30no1.633.

Sugiyono (2017). Metode penelitian kuantitatif, kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta.

Wan Khairuldin, W. M. K. F. (2014). Aplikasi proses penfatwaan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia).

Wan Khairuldin, W. M. K. F., Anas, W. N. I. W. N., Embong, A. H., Hassan, S. A., Hanapi, M. S., & Ismail, D. (2019). Ethics of mufti in the declaration of fatwa according to Islam. Journal of Legal, Ethical and Regulatory Issues, 22.

Wan Khairuldin, W. M. K. F., Hassan, S. A., Anas, W. N. I. W. N., Mokhtar, W. K. A. W., & Embong, A. H. (2020). Al-Takyif Al-Fekahi and its application in Islamic research methodology. Journal of Critical Reviews, 7(7), 462-467.

Zaidan, A. K. (1996). Al-Wajiz fi usul al-fekah. Beirut: Muassaah Risalah.

Zainudin, S, A., Hassan, S. A., & Wan Khairuldin, W. M. K. F (2024). Systematic literature review of the research design based on fatwa methods. International Journal of Islamic Thought, 25. https://doi.org/10.24035/ijit.25.2024.292.

Zurita, N. A. A. M., & Alwi, E. A. Z. E. (2022). Penyelewengan Akidah dalam Ajaran Sesat di Malaysia: Satu Analisis. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(2), 197-206. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.2.677.

Downloads

Published

2025-09-26

Issue

Section

Articles

How to Cite

Analisis kaedah pendalilan hukum terhadap fatwa orang Islam menyambut perayaan Valentine’s Day di Jabatan Mufti Sarawak: Analysis of legal methods of determining the fatwa on Muslims celebrating Valentine’s Day at the Mufti Department of Sarawak. (2025). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 26(2), 77-85. https://doi.org/10.37231/jimk.2025.26.2.932