PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN DI CURE & CARE SERVICE CENTRE: MOTIVASI UNTUK RAWATAN DAN EFIKASI DIRI DALAM KALANGAN RESIDEN DAN BUKAN RESIDEN

[CURE & CARE SERVICE CENTER TREATMENT AND REHABILITATION PROGRAMME: TREATMENT MOTIVATION AND SELF EFFICACY AMONG RESIDENTS AND NON-RESIDENTS]

  • Ruhani Mat Min
  • Madihah Shukri
  • Siti Salina Abdullah
  • Raba Aton Adawiyah Mohd Yusof
  • Zuhda Husain

Abstract

Tujuan dan Latarbelakang: Kajian bertujuan mengkaji program rawatan dan pemulihan di CCSC dalam kalangan residen dan bukan residen.  Residen merupakan penghuni sepenuh masa dan mengikuti program rawatan dan pemulihan yang dikendalikan oleh CCSC.  Bukan residen adalah disebaliknya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti peramal yang signifikan terhadap motivasi rawatan dan efikasi diri untuk tidak terlibat dari dadah dalam kalangan residen dan bukan residen.

 

Metodologi: Empat buat CCSC telah dipilih dalam kajian ini.  Seramai 102 responden iaitu 55 orang residen (53.4 %) dan 47 orang bukan residen (47.6%) daripada empat buah CCSC mengisi soal selidik berkaitan dengan motivasi rawatan dan efikasi diri untuk menjauhi dadah.

 

Dapatan: Tempoh tamat program rawatan dan pemulihan di CCSC berkenaan adalah berbeza, iaitu antara dua minggu hingga lapan bulan. Hasil analisis model regresi menunjukkan bahawa motivasi yang tinggi untuk mendapatkan rawatan adalah dalam kalangan penghuni residen dan dikaitkan tempoh penglibatan di CCSC yang lebih panjang. Seterusnya, tempoh tidak terlibat dengan dadah yang lebih panjang mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi diri yang tinggi untuk menjauhi dadah. Dapatan kajian ini juga mengenalpasti situasi berisiko tinggi yang boleh menyebabkan seseorang kembali menagih. Antara faktor risiko tersebut ialah terjumpa dadah, terjumpa rakan-rakan penagih serta dipelawa untuk menggunakan dadah, terjumpa dengan sesuatu yang mengingatkan kepada dadah dan terlibat dengan peristiwa-peristiwa yang boleh menimbulkan emosi negatif.

 

Sumbangan: Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan penilaian tahap motivasi rawatan dan tahap efikasi diri dalam kalangan residen dan bukan residen CCSC, yang seterusnya membantu kejayaan rawatan dan penilaian keberkesanan rawatan.

 

Kata kunci: Efikasi diri, motivasi untuk rawatan, pemulihan dadah, penagih dadah, relaps.

 

ABSTRACT

Background and Purpose: The study aims to analyze residents and non-residents who are participating in a treatment and rehabilitation programme at the Cure and Care Service Center (CCSC). The resident is a full-time residential and participates in the CCSC treatment and rehabilitation program. The non-resident is the opposite of this. The study also aims to identify significant predictors of the motivation of treatment and self-efficacy not to be involved in the drug.

 

Methodology: Four CCSCs have been selected in this study.  A total of 102 respondents, 55 residents (53.4%) and 47 non-residents (47.6%) at four CCSCs filled up questionnaires related to treatment motivation and self-efficacy to avoid drugs.

 

Findings: Duration of the treatment and rehabilitation programme at CCSC is different, ranging from two weeks to eight months. The results of the regression model analysis showed that high motivation for treatment is among residents and is associated with longer duration of engagement at CCSC. Furthermore, periods not involved with drugs have a significant relationship with high self-efficacy to avoid drugs. The findings also recognize high-risk situations that may lead to relapse. Among the identified risk factors is finding a drug, finding drug addicts and being invited to use drugs, finding something that reminds respondents of drugs and engages with events that can cause negative emotions.

 

Contributions: This study highlights the importance of screening the level of treatment motivation and the level of self-fficacy among CCSC residents, which contribute to treatment success and effectiveness evaluation.

 

Keywords: drug addicts, drug rehabilitation, relapse, self-efficacy, treatment motivation.

 

Cite as: Mat Min, R., Shukri, M., Abdullah, S. S., Mohd Yusof, R. A., & Husain, Z. (2020). Program rawatan dan pemulihan di Cure & Care Service Centre: Motivasi untuk rawatan dan efikasi diri dalam kalangan residen dan bukan residen [Cure & Care Service Center treatment and rehabilitation programme: Treatment motivation and self efficacy among residents and non-residents]. Journal of Nusantara Studies, 5(1), 27-53. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp27-53

Author Biographies

Ruhani Mat Min

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu,
21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Madihah Shukri

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu,
21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Siti Salina Abdullah

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu,
21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Raba Aton Adawiyah Mohd Yusof

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu,
21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Zuhda Husain

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu,
21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

Published
2020-01-30
How to Cite
Mat Min, R., Shukri, M., Abdullah, S. S., Mohd Yusof, R. A. A., & Husain, Z. (2020). PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN DI CURE & CARE SERVICE CENTRE: MOTIVASI UNTUK RAWATAN DAN EFIKASI DIRI DALAM KALANGAN RESIDEN DAN BUKAN RESIDEN. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 5(1), 27-53. https://doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp27-53