KAUM MUDA DAN MAJALAH PENGASUH PEMANGKIN PENYELESAIAN MASALAH SOSIAL MENERUSI PENDIDIKAN DI KELANTAN [YOUTH FACTION AND PENGASUH MAGAZINE CATALYSTS SOCIAL PROBLEMS SOLVING THROUGH EDUCATION IN KELANTAN]
Abstract
Artikel ini membincangkan mengenai peranan Kaum Muda dan majalah Pengasuh sebagai pemangkin kepada pembangunan agama Islam di Kelantan. Fokus utama adalah terhadap peranan Kaum Muda dan majalah Pengasuh pemangkin penyelesaian masalah sosial menerusi pendidikan kepada masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Kebijaksanaan intelektual yang di pamerkan oleh Kaum Muda juga menjadi asbab kepada pemangkin penyelesaian masalah sosial menerusi pendidikan di negeri Kelantan pada awal abad ke-20. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji akan menggunakan kaedah pendekatan sejarah dengan menggunakan kaedah tema supaya kajian lebih tersusun dan berbentuk analitikal. Hasil kajian mendapati bahawa Kaum Muda dan majalah Pengasuh berjaya mengasimilasikan kelebihannya sebagai medium utama dalam menyampaikan propaganda mengenai pendidikan kepada masyarakat Melayu Kelantan dengan mengutamakan kepentingan terhadap menuntut ilmu agama dalam memahami keadaan sosial serta dapat mengaplikasikannya dalam bentuk peraturan seharian. Kaum Muda dan majalah Pengasuh berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu di Kelantan sebagai salah satu medium utama dalam memartabatkan sosial masyarakat Melayu dan agama Islam.
This article discusses the role of Youth Faction and the Pengasuh magazine as a catalyst for the development of Islam in Kelantan. The main focus is on the role of Youth Faction and Pengasuh magazine catalysts social problems solving through education to the Malay community in the state of Kelantan. The intellectual wisdom displayed by Kaum Muda was also a catalyst for solving social problems through education in the state of Kelantan in the early 20th century. This study uses a qualitative method that includes the collection and analysis of data from primary sources obtained from the Islamic Religious and Customs Council of the State of Kelantan (MAIK) such as the Pengasuh magazine. In addition, secondary sources are also used such as journals and books to further strengthen the research conducted. The data obtained will be analysed to obtain real information about the research conducted. The researcher will use the historical approach method by using the theme method so that the study is more structured and analytical. The results of the study found that Youth Faction and the Pengasuh magazine succeeded in assimilating its advantages as the main medium in conveying propaganda about education to the Kelantan Malay community by prioritizing the importance of studying religion in understanding the social situation and being able to apply it in the form of daily rules. Kaum Muda and the Pengasuh magazine succeeded in bringing awareness to the Malay community in Kelantan as one of the main mediums in the social upliftment of the Malay community and Islam.