KAEDAH JIMAT CERMAT DALAM KALANGAN MAHASISWA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM [FRUGAL METHODS AMONG UNIVERSITY STUDENTS ACCORDING TO ISLAMIC PERSPECTIVE]
Keywords:
jimat cermat, mahasiswa, Islam rugal, university students, IslamAbstract
Konsep berjimat cermat merupakan suatu kaedah menguruskan kewangan dan harta benda dengan cara yang betul bagi mengelakkan pembaziran. Walaupun begitu, terdapat dalam kalangan mahasiswa yang tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik hingga terlalu boros dan menyebabkan pembaziran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan perbincangan tentang kaedah berjimat cermat yang seharusnya bagi seorang mahasiswa dalam berbelanja berdasarkan perspektif Islam. Kajian berbentuk kualitatif ini telah merujuk jurnal, artikel dan buku bagi mendapatkan data yang berkaitan. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan metode deskriptif bagi menghasilkan dapatan kajian. Kajian mendapati bahawa di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan isu pengurusan perbelanjaan. Hal ini terbukti apabila Nabi Yusuf a.s. telah memberi peringatan kepada rakyatnya bagaimana untuk menguruskan hasil pertanian agar bertahan dalam masa yang lama. Kajian merumuskan bahawa kemahiran menguruskan perbelanjaan merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang mahasiswa. Ini kerana, seandainya seseorang mahasiswa gagal untuk menguruskan kewangan dan perbelanjaan dengan baik dibimbing akan berlaku pembaziran dan memberi bebanan terutamanya kepada anggota keluarga untuk membantu mereka dalam memenuhi keperluan pembelajaran. Natijahnya, kajian ini merumuskan beberapa kaedah jimat cermat yang digariskan untuk panduan mahasiswa.
The concept of frugal is a method of managing finances and property in the right way to avoid waste. Even so, there are among students who are not able to manage their finances well to the point of being too extravagant and causing waste. Therefore, this study aims to highlight the discussion about frugal methods that should be used by a student in shopping based on an Islamic perspective. This qualitative study has referred to journals, articles and books to obtain relevant data. All the data obtained were analysed using a descriptive method to produce research findings. The study found that in the Qur'an there are verses of the Qur'an that are related to the issue of expense management. This is proven when Prophet Yusuf a.s. has reminded his people how to manage agricultural products to last for a long time. The study concludes that the ability to manage expenses is something important in the life of a student. This is because, if a student fails to manage finances and expenses well, there will be a risk of waste and burden especially on family members to help them in meeting their learning needs. In conclusion, his study summarizes some frugal methods for students’ guidance.
