ANALISIS PSIKOLINGUISTIK DALAM KELEMAHAN PELAJAR TINGKATAN TIGA MELALUI PENULISAN KARANGAN ESEI PANJANG BAHASA MELAYU [ANALYSIS OF PSYCHOLINGUISTIC IN FORM THREE STUDENTS’ WEAKNESSES THROUGH WRITING LONG ESSAY IN MALAY LANGUAGE]

Authors

  • Siti Noridayu Abd. Nasir Universiti Putra Malaysia
  • Hazlina Abdul Halim Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Psikolinguistik, karangan esei panjang bahasa Melayu, Teori Noam Chomsky Psycholinguistic, Malay essay writing, Noam Chomsky’s Theory

Abstract

Penulisan karangan esei panjang dalam bahasa Melayu adalah bahagian penting yang perlu dijawab oleh pelajar pada peringkat tingkatan tiga. Oleh yang demikian, kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti penilaian tahap penguasaan penulisan karangan esei panjang oleh pelajar tingkatan tiga. Kemudian, membincangkan aspek kelemahan dalam penulisan karangan esei panjang tingkatan tiga. Seterusnya, mencadangkan langkah yang boleh diaplikasikan dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan esei panjang tingkatan tiga. Selanjutnya, kajian ini mengaplikasikan Teori Noam Chomsky dalam kajian ini bagi penerapan analisis data penyelidikan. Malah, analisis kajian ini melihat dari aspek psikolinguistik pelajar dalam penulisan karangan esei panjang bahasa Melayu mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan hanya dua daripada lima subjek kajian berada pada tahap ‘cekap’ dalam penulisan esei panjang. Manakala, tiga subjek lagi hanya berada pada tahap ‘memuaskan’ dan ‘terbatas’. Melalui kajian ini juga lima cadangan dapat diaplikasikan bagi meningkatkan kemahiran dalam menulis karangan esei panjang bahasa Melayu. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar tingkatan tiga di Malaysia dalam menguasai penulisan karangan esei panjang.

Writing a long essay in Malay is an important part that students need to answer of form three level. Therefore, the study was carried out to identify the assesment of the level of mastery of writing long essays by form three students. Then, discuss aspects of weaknesses in writing long essays in form three grade. Next, suggest steps that can be applied an improving the skills of writing long essays to form three students. Futhermore, this study applies Noam Chomsky’s Theory in this study for an application of research data analysis. In fact, the analysis of this study looks at the psycholinguistic aspects of students in writing their long Malay essays. The findings of this study show that only two of the five subjects are ‘efficient’ level in writing long essays. Meanwhile, the other three subjects are only at ‘satisfactory’ and ‘limited’ levels. Through this study, five suggestions can be applied to improve skills in writing long essays in Malay. It is hoped that this study can help form three students in Malaysia to mastery in long essay writing.

Downloads

Published

2023-12-11

How to Cite

ANALISIS PSIKOLINGUISTIK DALAM KELEMAHAN PELAJAR TINGKATAN TIGA MELALUI PENULISAN KARANGAN ESEI PANJANG BAHASA MELAYU [ANALYSIS OF PSYCHOLINGUISTIC IN FORM THREE STUDENTS’ WEAKNESSES THROUGH WRITING LONG ESSAY IN MALAY LANGUAGE]. (2023). International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 2(2), 31-48. https://journal.unisza.edu.my/inspire/index.php/inspire/article/view/42