TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) BERKESAN MELALUI PSIKOLINGUISTIK DALAM PENULISAN ULASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA [TEACHING & LEARNING TECHNIQUES (P&P) EFFECTIVE THROUGH PSYCHOLINGUISTIC IN WRITING FORM THREE MALAY SHORT ESSAY]

Authors

  • Siti Noridayu Abd. Nasir Universiti Putra Malaysia
  • Hazlina Abdul Halim Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Teknik pengajaran, penulisan ulasan, Bahasa Melayu tingkatan tiga, psikolinguistik teaching techniques, short essay, Malay form three, psycholinguistic

Abstract

Teknik pengajaran dalam penulisan ulasan bahasa Melayu begitu penting kepada pelajar. Hal ini kerana, teknik pengajaran yang berkesan dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan yang baik. Malahan, penggunaan teknik pengajaran dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan pelajar yang lemah dalam penulisan. Kajian yang dijalankan ini mengamati teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran ulasan tingkatan tiga sepanjang enam bulan bermula Mac hingga September di Pusat Tuisyen Ilmu Imtiyaz. Selain itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan mencadangkan teknik pengajaran ulasan bagi menghasilkan penulisan yang baik. Hasil dapatan kajian mendapati teknik pengajaran di dalam kelas adalah berbeza mengikut kemahiran yang dimiliki pelajar. Oleh itu, teknik penggunaan rangka karangan dan peta minda hanya berkesan kepada pelajar yang mahir dalam penulisan dan mempunyai pengetahuan am yang baik. Manakala, teknik menyalin semula ulasan yang betul merupakan cara yang sesuai digunakan kepada pelajar yang lemah dalam penulisan. Begitu juga, teknik perbincangan dalam kumpulan dengan rakan sebaya begitu efektif digunakan bagi pelajar yang berada di tahap yang lemah. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat membantu guru-guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah dan pusat tuisyen. Selanjutnya, kajian ini menerapkan aspek psikolinguistik dalam teknik yang digunakan untuk proses pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran dalam penulisan bahasa Melayu.

The teaching techniques in writing Malay short essays are so important to students. This is because effective teaching techniques can help students produce good writing. In fact, the use of teaching techniques can improve the writing skills of students who are weak in writing. This study examines the teaching techniques used in the teaching of form three reviews over the course of six months from March to September at the Imtiyaz Tuition Center. In addition, this study was aimed at suggesting teaching techniques to produce good writing. The findings show that the teaching techniques in the classroom are different according to the skills of the students. Therefore, the use of skeletal techniques and mind maps is only effective for students who are proficient in writing and have good general knowledge. Whereas, reproducing the correct review techniques is a suitable way to apply to students who are weak in writing. Similarly, group discussion techniques with peer groups are so effective for students who are at a weak level. It is hoped that this study will help teachers in Teaching and Learning (P&P) processes at schools and tuition centers. Futhermore, this study applies psycholinguistic aspects in the techniques used for the learning process to improve skills in Malay writing.

Downloads

Published

2023-12-11

How to Cite

TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) BERKESAN MELALUI PSIKOLINGUISTIK DALAM PENULISAN ULASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA [TEACHING & LEARNING TECHNIQUES (P&P) EFFECTIVE THROUGH PSYCHOLINGUISTIC IN WRITING FORM THREE MALAY SHORT ESSAY]. (2023). International Journal of Islamic Products and Malay Civilization, 2(2), 49-67. https://journal.unisza.edu.my/inspire/index.php/inspire/article/view/43