IMPLEMENTASI PENGAJARAN TERBEZA TILAWAH AL-QURAN DAN KETERLIBATAN MURID DI SEKOLAH RENDAH DAERAH KERAMAT, KUALA LUMPUR [IMPLEMENTATION OF DIFFERENTIATED TEACHING OF AL-QUR'AN RECITATION AND PUPILS ENGAGEMENT IN KERAMAT DISTRICT PRIMARY SCHOOL, KUALA LUMPU
Keywords:
Pendekatan Pengajaran Terbeza, keterlibatan murid. Differentiated Teaching approach, pupils engagementAbstract
Pengajaran Terbeza ialah pendekatan yang meraikan kepelbagaian murid di dalam satu kelas dengan mengubahsuai penyampaian pengajaran mengikut perbezaan keupayaan dan kebolehan murid di dalam satu kelas. Pendekatan Pengajaran Terbeza yang berkesan juga bergantung kepada beberapa aspek antaranya pengetahuan dan amalan guru. Pengajaran Terbeza merupakan pendekatan yang baru diperkenalkan di dalam pendidikan di Malaysia. Guru menghadapi kesukaran untuk menjalankan proses pengajaran kepada murid yang mempunyai kepelbagaian di dalam satu kelas. Guru menggunakan kaedah pengajaran lama seperti chalk dan talk iaitu berpusat guru tanpa meraikan kepelbagaian murid di dalam kelas. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pendekatan Pengajaran Terbeza guru Pendidikan Islam (GPI) dan keterlibatan murid tahap satu sekolah rendah Daerah Keramat, Kuala Lumpur dalam pembelajaran Pendidikan Islam bidang Tilawah Al-Quran. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif yang melibatkan min, sisihan piawai dan interpretasi min. Kajian ini juga menggunakan analisis infrensi untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah. Kajian dilakukan di sekolah-sekolah rendah Daerah Keramat, Kuala Lumpur dengan menggunakan instrumen soal selidik. Jumlah sampel adalah seramai 186 orang guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah Daerah Keramat, Kuala Lumpur daripada jumlah populasi guru Pendidikan Islam (GPI) adalah seramai 368 orang. Melalui kajian ini, pengkaji mengharapkan dapat mengenal pasti keberkesanan pendekatan Pengajaran Terbeza terhadap keterlibatan murid dalam pembelajaran terutamanya dalam pembelajaran bidang Tilawah Al-Quran seiring dengan kajian-kajian yang lepas.
Differentiated Teaching is an approach that celebrates the diversity of pupils in one class by modifying the teaching delivery according to the difference in the ability and abilities of pupils in one class. An effective Different Teaching approach also depends on several aspects including the teacher's knowledge and practice. Differentiated Teaching is a newly introduced approach in education in Malaysia. Teachers have difficulty conducting the teaching process to pupils who have diversity in one class. Teachers use old teaching methods such as chalk and talk which is teacher-centered without celebrating the diversity of pupils in the classroom. The purpose of this study is to see the Differentiated Teaching Approach of Islamic Education teachers and the engagement of students of level one of the primary schools of Keramat District, Kuala Lumpur in learning Islamic Education in the field of Al-Quran Recitation. The design of this study is quantitative using descriptive research methods involving mean, standard deviation dan mean interpretation. The study also used infrequency analysis to identify relationships between variables. Studies were conducted in primary schools in the Keramat District, Kuala Lumpur using questionnaire instruments. The total sample was 186 Islamic Education teachers in primary schools in Keramat District, Kuala Lumpur out of a total population of 368 Islamic Education teachers. Through this study, the researchers hope to identify the effectiveness of the Different Teaching approach towards students' engagement in learning especially in learning the field of Quranic Tilawah in line with past studies.