SENI DAKWAH HAMKA KEPADA PEMUDI BERPENDIDIKAN TINGGI [THE ART OF DAKWAH HAMKA TO STUDENT’S HIGHER EDUCATION]
Keywords:
Angkatan Baru, dakwah, HAMKAAbstract
Buku HAMKA yang berjudul Angkatan Baru sarat dengan pesanan dakwah HAMKA kepada pemudi yang telah mencapai tahap pendidikan yang tinggi dalam bidang agama. HAMKA telah menonjolkan watak Syamsiar, seorang perempuan Minang iaitu berasal dari keluarga berada. Watak Syamsiar ini telah memberikan pengajaran kepada pembaca hari ni meskipun realiti ditulis ketika HAMKA masih hidup. Suatu watak yang membuka pemikiran anak muda walaupun dikhususkan kepada pemudi, namun sesuai diaplikasikan juga kepada pemuda. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka dengan lebih mendalam terhadap nasihat, dakwah dan teguran HAMKA kepada anak muda menerusi buku Angkatan Baru. Metodologi kajian ini adalah secara kepustakaan iaitu dengan meneliti kajian-kajian lepas yang telah dijalankan. Hasil carian ini menggunakan Google Scholar, carian buku-buku serta artikel jurnal yang mengupas tentang buku Angkatan Baru, HAMKA dan sejarah kehidupannya. Kajian ini dilihat memberi kesan yang mendalam kepada pembaca kerana ia sesuai dengan jiwa remaja di Malaysia dan sebahagian besar telah berjaya mendapat tahap pendidikan yang tinggi.
HAMKA's book entitled Angkatan Baru is loaded with HAMKA's preaching message to young women who have achieved a high level of education in the field of religion. HAMKA has highlighted the character of Syamsiar, a Minang woman who comes from a wealthy family. The character of Syamsiar has given lessons to today's readers even though the reality was written when HAMKA was still alive. A character that opens the minds of young people, although it is specific to young people, but it can also be applied to young people. The objective of this study is to explore more deeply HAMKA's advice, preaching and admonitions to young people through the Angkatan Baru book. The methodology of this study is bibliographic, which is by examining past studies that have been conducted. The results of this search using Google Scholar, book searches and journal articles that discuss the book Angkatan Baru, HAMKA and his life history. This study is seen to have a deep impact on the reader because it fits the soul of teenagers in Malaysia and most of them have managed to get a high level of education.
