MASALAH GANGGUAN KEBIMBANGAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI KUALA TERENGGANU [THE PROBLEM OF ANXIETY DISORDER AMONG PUBLIC STAFF IN KUALA TERENGGANU]
Keywords:
Kebimbangan, Kakitangan Awam, Kesihatan MentalAbstract
Isu gangguan kebimbangan atau lebih dikenali sebagai ‘Anxiety Disorder’ ini merupakan satu isu yang tidak asing lagi bagi sesetengah masyarakat dan pekerja serta begitu popular dalam kesihatan mental di dunia. Kes gangguan kebimbangan ini juga semakin meningkat pada setiap tahun berdasarkan keratan akhbar yang telah dikeluarkan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan tentang penyakit gangguan kebimbangan dalam kalangan kakitangan awam. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif iaitu secara tinjauan. Sampel kajian yang terlibat adalah kakitangan awam di Kuala Terengganu. Seramai 150 orang responden yang terlibat. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian iaitu menerusi Google Form bagi mendapatkan data tentang penyakit gangguan kebimbangan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden bersetuju bahawa faktor tekanan kerja daripada pihak atasan atau majikan adalah faktor utama berlakunya pengaruh penyakit gangguan kebimbangan dalam kalangan kakitangan awam. Oleh itu, cadangan kajian yang dapat dikemukakan adalah setiap pekerja haruslah melibatkan diri dalam apa-apa jenis aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan diri daripada terganggu dengan suasana atau bebanan pekerjaan yang berlebihan di tempat kerja tersebut. Dengan hasil kajian juga, diharap dapat menambahbaik polisi kesihatan mental dalam kalangan kakitangan awam.
The issue of anxiety disorder, better known as 'Anxiety Disorder’, is an issue that is no stranger to some communities and workers and is very popular in mental health in the world. Cases of this anxiety disorder are also increasing every year based on newspaper clippings that have been released. The objective of this study was to gain insight into anxiety disorders among civil servants. The design of this study was quantitative, which was a survey. The study sample involved were civil servants in Kuala Terengganu. A total of 150 respondents were involved. Data was collected using a questionnaire that was distributed online through Google Forms to obtain data about anxiety disorders. The results of the study found that majority of respondents agreed that work stress factors from superiors or employers are the main factors in the occurrence of the influence of anxiety disorders among civil servants. Therefore, the research proposal that can be presented is that every employee should engage in any beneficial activity to avoid being disturbed by the atmosphere or excessive workload at the workplace. With the results of the study, it is hoped to be able to improve the mental health policy among civil servants.
