TERAPI SIFAT RAKUS MAKAN DARI PERSPEKTIF TEORI SPIRITUAL AL-GHAZALI BERDASARKAN KARYANYA AL-ARBA‘IN FI USUL AL-DIN: SUATU SOROTAN [GLUTTONY OF EATING THERAPY FROM A SPIRITUAL THEORY PERSPECTIVES OF AL-GHAZALI BASED ON HIS WORK IN AL-ARBA’IN FI USUL AL-DIN
Keywords:
Sifat Rakus Makan, Terapi, al-Ghazālī, al-Arba‘in Fī Uṣul al-Dīn Gluttony of Eating, TherapyAbstract
Dalam disiplin ilmu tasawuf setiap tindakan zahir adalah sangat berkait rapat dengan sifat-sifat yang terdapat di dalam jiwa manusia. Namun begitu, terdapat beberapa sifat yang perlu disucikan daripada dalam jiwa melibatkan kategori sifat madhm?mah antaranya adalah sifat rakus makan atau syarhu al-?a‘am. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui terapi yang diperlukan oleh seseorang bagi menghakis sifat rakus makan berdasarkan teori spiritual al-Ghaz?l?. Kajian berbentuk kualitatif ini telah merujuk jurnal, artikel dan buku bagi mendapatkan data yang berkaitan. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan metode deskriptif bagi menghasilkan dapatan kajian. Kajian mendapati bahawa sifat rakus makan merupakan sesuatu yang keji dalam Agama Islam dengan bersandarkan kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis. Ini kerana, sifat ini mampu menjadikan seseorang itu malas untuk beribadah, tidak aktif dalam melakukan aktiviti seharian dan menjadi pendorong utama terhadap sifat-sifat madhm?mah yang lain. Kajian merumuskan bahawa sifat rakus makan merupakan antara penyakit batin yang sangat berbahaya dan perlu dihakis daripada jiwa agar dapat membentuk individu terbabit untuk berasa cukup dengan rezeki kurniaan Allah SWT di samping dapat mengelakkan daripada berlaku pembaziran. Dalam hal ini secara tidak langsung akan dapat mewujudkan individu dan masyarakat yang aktif dan merasa ringan untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT.
In the field of Sufism, every outward action is intricately related to the qualities found within the human soul. Nevertheless, there are some traits that need to be purified from the inner soul involving the category of madhm?mah attributes, among which is the gluttony of eating or known as syarhu al-?a‘am. Therefore, this study aims to find out the therapy needed by a person to erode the gluttony of eating based on al-Ghaz?l?'s spiritual theory. This qualitative study has referred to journals, articles and books to obtain relevant data. All the data obtained were analysed using a descriptive method to produce research findings. The study found that gluttony is something abominable in Islam based on evidence from the Quran and Hadith. It is because, this attribute can make a person feel lazy to worship, inactive in doing daily activities and become the main driver of other madhm?mah attributes. The study concludes that the gluttony of eating is one of the most dangerous spiritual illnesses and needs to be eradicated from the soul to enable individuals to feel satisfied with the sustenance of Allah SWT while also being able to avoid waste. Consequently, this indirectly fosters individuals and communities that are active and feel light to perform worship to Allah SWT.
