GANDINGAN AL-SAMAWAT DENGAN AL-ARD DALAM SURAH AL-BAQARAH [THE PAIRING OF THE HEAVENS AND THE EARTH IN SURAH AL-BAQARAH]
Keywords:
al-Quran, as-Samawat dan al-Ard, keunikan Bahasa Arab, konteks maknaAbstract
Al-Quran merupakan bahan rujukan terbaik apabila ingin mengkaji mengenai keindahan dan kecantikan bahasa terutamanya keunikan yang terdapat di dalam bahasa Arab. Allah mewujudkan gandingan perkataan di dalam al-Quran sebagai salah satu peranan bagi menyampaikan mesej serta pesanan kepada umat manusia serta menunjukkan bahawa kitab suci al-Quran sebagai mukjizat agung yang tiada tandingannya. Artikel ini membincangkan mengenai salah satu gandingan perkataan yang terdapat di dalam al-Quran iaitu penulis memfokuskan kajiannya kepada perkataan al-Samawat dan al-Ard di dalam surah al-Baqarah. Terdapat perbezaan pada perkataan al-Sama’ apabila digabungkan dengan al-Ard iaitu dan adakalanya susunan kedua-dua lafaz ini juga turut berbeza iaitu didahulukan perkataan as-Samawat berbanding al-Ard ataupun sebaliknya. Setiap daripada perbezaan itu mempunyai tujuan sera fokus tertentu bagi menentukan konteks makna sesuatu ayat al-Quran. Data kajian tersebut dikumpul serta dipilih berdasarkan kerelevanan serta kesesuaian dengan tajuk kajian. Kajian mendapati bahawa setiap perbezaan yang ditemui di dalam al-Quran pada perkataan-perkataan ini merupakan salah satu tanda kemukjizatan al-Quran yang terbesar bagi memastikan umat manusia khususnya umat Islam tidak was-was akan kewujudanNya sebagai pencipta sekalian alam.
The Quran is the best reference material for studying the beauty and elegance of language, especially when it comes to the beauty of Arabic language. Allah SWT created the pairing of words in Quran as one of the ways to convey messages to humans and also to demonstrate that the Quran is the greatest miracle for all the mankind. This article discusses the pairing of words found in the Quran, focusing on the words "al-Samawat" and "al-Ard" in Surah al-Baqarah. There are differences in the word "al-Sama’" when combined with "al-Ard," and sometimes the arrangement of these two phrases also varies, with "as-Samawat" sometimes preceding "al-Ard" and vice versa. Each of these differences has a specific purpose in determining the context of the meaning of a particular verse in the Quran. The research data were collected and selected based on relevance and suitability with the study's topic. The study finds that each difference found in the Quran regarding these words is one of the greatest signs of the Quran's miraculous nature, ensuring that the people especially the Muslims do not doubt His existence as the Creator of all the worlds.