CIRI-CIRI AKUSTIK KONTRAS PENYUARAAN BUNYI FRIKATIF ARAB BERASASKAN PARAMETER TEMPOH FRIKASI

[THE ACOUSTIC PROPERTIES OF ARABIC FRICATIVE VOICING CONTRAST BASED ON THE FRICATION DURATION PARAMETER]

  • Shahidi A. Hamid
  • Majdan Paharal Radzi
  • Rahim Aman
  • Mumad CheLaeh
  • Anwar Omar Din

Abstract

Latar Belakang dan Tujuan: Makalah ini bertujuan menyerlahkan perbezaan penyuaraan bunyi frikatif Arab bersuara dan tak bersuara yang dihasilkan oleh penutur Melayu. Kajian lepas membuktikan bahawa penutur Melayu sering melakukan kesalahan pertuturan faringealisasi Arab.

 

Metodologi: Analisis ciri-ciri akustik bunyi frikatif Melayu dan Arab di awal kata menggunakan parameter tempoh frikasi, justeru, dilaksanakan bagi menyerlahkan persamaan dan perbezaan bunyi konsonan berkenaan. Kaedah analisis spektrograf menerusi perisian Praat dimanfaatkan bagi membolehkan pengkaji memindahkan data rakaman ujaran dalam bentuk spektrogram dan melakukan penelitian akustik. Hasil dapatan analisis akustik dimanipulasikan menerusi SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Data spektogram sebanyak 2960 diperoleh daripada rakaman ujaran subjek kajian seramai 24 orang pelajar ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Proses rakaman terlebih dahulu dijalankan di studio rakaman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM menggunakan alat perakam TASCAM MP3/WAV. Senarai perkataan mengandungi bunyi frikatif di awal kata bagi kedua-dua bahasa dibaca oleh subjek kajian dengan keadaan tahap pertuturan yang selesa, iaitu tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Subjek diminta mengulangi perkataan tersebut sebanyak lima kali.

 

Dapatan Kajian: Hasil kajian ini mendapati bahawa bunyi frikatif tak bersuara /s/ adalah lebih panjang berbanding bunyi bersuara /z/. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada hubungan signifikan antara bunyi /س/ dan /sˤ/ dan /ز/ dan /zˤ/. Secara khususnya, kajian ini mengesahkan bahawa tidak semua bunyi faringealisasi Arab dipengaruhi bahasa ibunda. Bunyi ini mampu juga dikuasai oleh bukan penutur natif Arab.

 

Implikasi: Kajian ini memberi implikasi signifikan terhadap pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Malaysia serta perkembangan ilmu fonetik akustik di Malaysia khususnya bagi menambah baik sebutan frikatif Arab dalam kalangan penutur natif Melayu.

 

Kata kunci: Akustik, bahasa Arab, gangguan bahasa, pemindahan bahasa, tempoh frikasi.

 

Abstract

 

Background and Purpose: This paper aims to highlight the voicing contrast of Arabic and Malay fricatives produced by Malay native speakers. Previous studies show that Malay speakers often make mistakes on Arabic pharyngealisation.

 

Methodology: This study, thus, analysed the frication duration characteristics of Malay and Arabic fricatives in initial word position and highlight their similarities and differences. The spectrographic analysis method via Praat software was utilized to enable the researcher to transfer speech recording data into a spectrogram and analysed acoustically. A total of 2960 spectrograms was obtained from the recording of 24 subjects’ utterences. The subjects are undergraduate students of Arabic Studies and Islamic Civilization of the Universiti Kebangsaan Malaysia. The recording process was performed in the Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM recording studio using TASCAM MP3 / WAV recorder. A word list that contains the fricative sound at the beginning of each word in both languages was ​​read by subjects with comfortable speech level, i.e. neither slow nor too fast. Subjects were asked to repeat the word five times.

 

Findings: The result of the acoustic analysis was manipulated using Statistical Package for Social Sciences. This study found that the fricative sound / s / is longer than the sound / z / for both languages. The findings also show that there is no significant relationship between sound / س / and / sˤ / and / ز / and / zˤ /. In particular, this study confirms that not all Arabic pharyngealisation are influenced by their native language. It can be mastered also by non-native speakers of Arabic.

 

Contributions: This study provides significant implications for learning Arabic as a second language in Malaysia as well as the development of acoustic phonetics, particularly, in improving the fricative pronunciation of Arabic among native speakers of Malay.

 

Keywords: Acoustic, Arabic, frication duration, language interference, language transfer.

 

Cite as: Shahidi A. H., Radzi, M. P., Aman, R., CheLaeh, M., & Anwar, O. D. (2020). Ciri-ciri akustik kontras penyuaraan bunyi frikatif Arab berasaskan parameter tempoh frikasi [The acoustic properties of Arabic fricative voicing contrast based on the frication duration parameter]. Journal of Nusantara Studies, 5(1), 143-168. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp143-168

Author Biographies

Shahidi A. Hamid

Malay Excellence and Sustainable Heritage Centre Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Majdan Paharal Radzi

Malay Excellence and Sustainable Heritage Centre Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Rahim Aman

Malay Excellence and Sustainable Heritage Centre Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Mumad CheLaeh

Rajabhat University, Mueang Nakhon Pathom District, Chang Wat Nakhon Pathom, 73000 Thailand

Anwar Omar Din

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Lingkungan Ilmu, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Published
2020-01-30
How to Cite
Hamid, S. A., Radzi, M. P., Aman, R., CheLaeh, M., & Omar Din, A. (2020). CIRI-CIRI AKUSTIK KONTRAS PENYUARAAN BUNYI FRIKATIF ARAB BERASASKAN PARAMETER TEMPOH FRIKASI. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 5(1), 143-168. https://doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp143-168