KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) DI RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA

[LEARNER SATISFACTION OF SERVICE QUALITY IN TECHNICAL VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) IN MALAYSIAN TECHNICAL UNIVERSITIES]

  • Mohamad Zuber Abd Majid
  • Muhammad Hussin
  • Muhammad Helmi Norman

Abstract

Modal manusia berpengetahuan dan berkemahiran merupakan indikator penggerak kepada perkembangan ekonomi negara. Justeru itu, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam penyediaan perkhidmatan pendidikan untuk melahirkan produk modal manusia seperti mana yang dikehendaki oleh industri. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk membuat penilaian perkhidmatan pendidikan dalam kalangan pelajar aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di IPTA dalam aspek penerimaan dan perbandingan kepuasan perkhidmatan pendidikan berdasarkan demografi jantina. Populasi kajian yang dilibatkan seramai 6252 orang pelajar dengan saiz sampel seramai 448 sampel. Kajian ini melibatkan kaedah pensampelan rawak berstrata dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Kebolehpercayaan instrumen adalah baik pada nilai alfa Cronbach = 0.887 bagi kualiti perkhidmatan institusi pengajian dan nilai alfa Cronbach = 0.918 bagi kualiti perkhidmatan latihan dan amali. Analisis deskriptif yang dilibatkan adalah min, peratusan dan kekerapan manakala analisis inferensi melibatkan pengujian MANOVA sehala. Hasil dapatan menunjukkan tahap kepuasan perkhidmatan pendidikan yang sederhana dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan perkhidmatan pendidikan berdasarkan demografi jantina. Penemuan kajian jelas menunjukkan bahawa IPTA perlu meningkatkan keberkesanan pelaburan dalam perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan dalam usaha mempromosikan pendidikan tinggi di negara ini.

 

Kata kunci: Jantina, kepuasan perkhidmatan pendidikan, pendidikan tinggi, penilaian, TVET

 

ABSTRACT

A knowledgeable and skilled human capital is a driving indicator of the country's economic development. Hence, educational institutions play an important role in the provision of educational services to produce human capital products as required by industry. The purpose of the study was to evaluate the educational services among Technical Vocational Education and Training (TVET) university students in terms of acceptance and delivery satisfaction based on gender demographic. The study population involved 6,252 students with a 448 sample size. This study involved random stratified method, and questionnaires were used to collect data. The reliability of the instrument is good as Cronbach's alpha value = 0.887 for the quality of the institution's services and the alpha value of Cronbach = 0.918 for the training and practical service quality. Descriptive analysis involved mean, percentage and frequency while inference analysis involved one-way MANOVA testing. The finding shows that the level of satisfaction of education services is moderate and there is no significant difference in satisfaction of educational services based on gender demographic. The findings clearly show that the universities need to increase the effectiveness of investment in education services offered in the efforts to promote higher education in the country.

 

Keywords: Assessment, education services satisfaction, gander, higher education, TVET

 

Cite as: Abd Majid, M. Z., Hussin, M., & Norman, M. H. (2019). Kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di rangkaian universiti teknikal Malaysia [Learner satisfaction of service quality in technical vocational education and training (TVET) in Malaysian technical universities]. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 410-428. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp410-428

Author Biographies

Mohamad Zuber Abd Majid

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi, Selangor, Malaysia

Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Muhammad Helmi Norman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Published
2019-12-18
How to Cite
Abd Majid, M. Z., Hussin, M., & Norman, M. H. (2019). KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) DI RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(2), 410-428. https://doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp410-428