PENYALAHGUNAAN AYAT AL-QURAN DAN PENYELEWENGAN PUSAT PENGUBATAN ISLAM DI MALAYSIA

[THE MISUSE OF QURANIC VERSES AND DEVIANT OF ISLAMIC MEDICAL CENTRE IN MALAYSIA]

Authors

  • Monika @ Munirah Abd Razzak
  • Khadher Ahmad
  • Nik Mohd Zaim Ab Rahim

DOI:

https://doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp429-448

Abstract

Mutakhir ini, banyak isu-isu berkaitan Islam mendominasi kehidupan masyarakat Malaysia. Masyarakat Muslim khasnya, sering berhadapan dengan pelbagai polemik dan persoalan-persoalan terutamanya perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan isu ekonomi, politik dan sosial.  Antara isu hangat ialah isu sensitiviti agama yang berkaitan penyalahgunaan ayat al-Quran sebagai medium untuk melariskan jualan perkhidmatan dan produk. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan ayat-ayat al-Quran yang telah salah digunakan bagi kepentingan peribadi dalam kalangan pengamal pengubatan Islam di Malaysia. Melalui metode temu bual dan observasi, kajian ini dijalankan di zon utara dan zon timur Malaysia untuk mewakili sampel rawak kajian bagi Pusat Pengubatan Islam.   Sebanyak 36 orang pengamal dan 45 orang pesakit dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah ditemu bual dan dijalankan observasi untuk mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran dalam kalangan pengamal pengubatan Islam di Malaysia berlaku dalam empat aspek. Pertama, ayat al-Quran yang digabungkan dengan jampi serapah yang tidak difahami sehingga bercampur aduk dan mengelirukan. Kedua, ayat al-Quran yang dibacakan secara terbalik (iaitu bacaan bermula dari belakang ke pangkal ayat) yang juga dijadikan sebagai bacaan ruqyah atau jampi kepada pesakit. Ketiga, al-Quran atau ayatnya dijadikan sebagai azimat yang digunakan sebagai tangkal untuk menolak bala; dan keempat naskhah al-Quran atau sebahagian helaiannya dijadikan sebagai bahan untuk berdamping dengan makhluk halus. Tegasnya, dapatan membuktikan wujudnya sebahagian para pengamal menyalahgunakan ayat al-Quran dalam amalan pengubatan mereka. Justeru dengan menjelaskan fungsi al-Quran secara tepat kepada masyarakat dan pemantauan terhadap pusat perubatan Islam oleh pihak berkuasa, diharapkan penyalahgunaan ayat Quran tidak akan berlaku lagi.

 

Keywords: Al-Quran, Malaysia, penyalahgunaan, penyelewengan, pusat pengubatan Islam

 

ABSTRACT

Recently, many issues related to Islam have dominated the Malaysian’s societies. Muslim societies, are often faced various polemics and concerns, especially those relating to economic, political, and social issues. One of provocative issues is the concern of religious sensitivity related to the misuse of Quranic verses as a medium in the pursuit of service and product sales. This article aims to study the Quranic verses which have been misused for personal purpose    among medical Islamic practitioners in Malaysia. Through the methods of interview and observation, the study was conducted in the northern and eastern zones of Malaysia to represent a random sampling from the Islamic Medical Center. A total of 36 practitioners and 45 patients from Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu and Pahang were interviewed and observed for data collecting purposes. This present study found that the misuse of Quranic verses among medical Islamic practitioners in Malaysia occurred in four aspects.  First, Quranic verses are combined with an unintelligible spell which create confusion. Second, the Quranic verses are read in reverse in which the reading begins from the end to the beginning of the verse which is also used as a ruqyah or spell to treat the patient. Third, Quranic verses are used as a charm to resist calamity; and forth, Quranic recitation or parts of its page is used as a material to accompany the supernatural. In fact, the findings prove that some practitioners have misused Quranic verses in their practice of Islamic medicine. Thus by explaining the function of the Quran accurately to the community and monitoring the Islamic medical center by the authorities, it is hoped that the misuse of Quranic verses will not be repeated.

 

Keywords: Al-Quran, deviation, Islamic medical center, Malaysia, misuse

 

Cite as: Abd Razzak, M. M., Ahmad, K., & Ab Rahim, N. M. Z. (2019). Penyalahgunaan ayat al-Quran dan penyelewengan dalam pusat pengubatan Islam di Malaysia [The misuse of Quranic verses and deviant of Islamic medical centre in Malaysia]. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 429-448. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp429-448

Author Biographies

  • Monika @ Munirah Abd Razzak

    Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

  • Khadher Ahmad

    Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

  • Nik Mohd Zaim Ab Rahim

    Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur, Malaysia

Downloads

Published

2019-12-18

How to Cite

PENYALAHGUNAAN AYAT AL-QURAN DAN PENYELEWENGAN PUSAT PENGUBATAN ISLAM DI MALAYSIA: [THE MISUSE OF QURANIC VERSES AND DEVIANT OF ISLAMIC MEDICAL CENTRE IN MALAYSIA]. (2019). Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(2), 429-448. https://doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp429-448