[Cash Waqf Status in Brunei Darussalam: Its Contirubtion towards The Development of The Ummah] Status Wakaf Tunai di Brunei Darussalam: Sumbangannya ke Arah Pembangunan Ummah

Authors

  • Mas Nooraini Mohiddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali

DOI:

https://doi.org/10.37231/mjis.2022.6.1.194

Abstract

Waqf is known and popular in the form of assets or real estate. The majority of the Muslim community thinks that waqf can only be done for religious purposes, while the actual function and role of waqf covers all areas including agriculture, business, education, medicine and socio-economy. Although cash waqf is a form or instrument of waqf that has been introduced for a long time, it is a new waqf model that has spread in most Islamic countries. In Brunei Darussalam, all matters regarding waqf are handled and administered by the Brunei Islamic Religious Council (MUIB) based on the laws enshrined in the laws of Brunei Darussalam, namely the Islamic Religious Council and Kadi Courts Act Chapter 77 in section 98 and 100. Observation and interview methodologies were used for the writing of this paper. Thus, this paper will look at how the status of cash waqf is practiced by the Muslim community in Brunei Darussalam. It is also to assess the extent to which waqf in this form can fulfill the vision of progress and development of Brunei Darussalam that can contribute towards the development of the ummah. This paper concludes by submitting some suggestions to improve the implementation of cash waqf in order to function better and increase motivation among the community to continue the contribution towards welfare in line with the role of cash waqf which is to help and ease the burden of the government in providing various facilities for the welfare of Muslims in particular.

Wakaf lebih dikenali dan popular dalam bentuk aset atau hartanah. Majoriti masyarakat Islam beranggapan wakaf hanya boleh dilakukan bagi tujuan keagamaan, sedangkan fungsi dan peranan sebenar wakaf  meliputi semua bidang termasuk pertanian, perniagaan, pengajian, perubatan, sosio-ekonomi dan sebagainya. Meski pun wakaf Tunai merupakan satu bentuk atau instrumen wakaf yang telah lama diperkenalkan namun ianya merupakan model wakaf yang baru tersebar di kebanyakan negara Islam. Di Negara Brunei Darussalam, semua urusan mengenai wakaf dikendalikan dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) berdasarkan undang-undang yang termaktub dalam undang-undang Negara Brunei Darussalam iaitu Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dalam bab 98 dan 100. Metodologi pengamatan dan temu bual digunakan bagi penulisan kertas kerja ini. Justeru, kertas kerja ini akan melihat bagaimana status Wakaf Tunai ini diamalkan masyarakat Islam di Brunei Darussalam. Seterusnya, menilai sejauh mana wakaf dalam bentuk ini dapat memenuhi wawasan kemajuan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam yang dapat menyumbang ke arah pembangunan ummah.  Kertas kerja ini diakhiri dengan mengemukakan beberapa cadangan bagi menambahbaikkan pelaksanaan Wakaf Tunai agar dapat berfungsi lebih baik sekaligus meningkatkan motivasi di kalangan masyarakat untuk terus menyumbang ke arah kebajikan sejajar dengan peranan wakaf iaitu berusaha untuk membantu dan meringankan bebanan kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi kesejahteraan ummah Islam khususnya.

Downloads

Published

2022-03-27

Issue

Section

Articles

How to Cite

[Cash Waqf Status in Brunei Darussalam: Its Contirubtion towards The Development of The Ummah] Status Wakaf Tunai di Brunei Darussalam: Sumbangannya ke Arah Pembangunan Ummah. (2022). Malaysian Journal Of Islamic Studies (MJIS), 6(1), 33-43. https://doi.org/10.37231/mjis.2022.6.1.194