[Online Learning Challenges for Islamic Studies Programs in Higher Education Institutions (IPT)] Cabaran Pembelajaran Online bagi Program Pengajian Islam di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Kamal Azmi Abd. Rahman Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mustafa Kamal Amat Misra Kolej Universiti Islam Selangor
  • Nurhanisah Senin Kolej Universiti Islam Selangor
  • Mohd Manawi Mohd Akib Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

The rapid development of multimedia technology has witnessed the high dependence of 21st century society on technology. Not to mention living in a movement control environment following the COVID-19 pandemic, causing almost everything to be done online. In the field of higher education, online learning has been introduced earlier and it is in line with the Malaysian Higher Education Development Plan (PPPM PT) 2015-2025. Online learning has proven to have advantages especially in terms of flexibility, however, there are issues in terms of student readiness, instructors and infrastructure. While in the field of Islamic Studies (especially in the study of the Quran), the traditional method that needs to be preserved is the method of talaqqī mushāfahah which emphasizes the relationship between teachers and students face to face. Therefore, this paper analyzes several issues and challenges for the implementation of online studies for Islamic Studies programs in IPT. The study uses content analysis methods on previous studies on issues and problems in online studies as well as studies on the method of talaqqī mushāfahah which is often used in Islamic Studies, especially in the study of the Qur'an. The results of the study found that the issues and challenges in online studies for Islamic Studies program are almost the same as other studies, namely the readiness of students and lecturers, the stigma that teaching can only be done face to face, the readiness of facilities, the negative effects of technology and the importance of continuity of talaqqī. While the proposed solution that can be considered is to provide good infrastructure and services for students and lecturers, the preparation of lecturers and institutions as well as the construction of a new model of talaqqī in accordance with online learning methods. Therefore, the findings of this study provide preliminary information to answer the question of how traditional aspects of Islamic studies such as talaqqī can be preserved in the development of online studies and whether talaqqī methods can be adapted to new and innovative forms as e-talaqqi.

Perkembangan pesat teknologi multimedia telah menyaksikan kebergantungan yang tinggi masyarakat abad ke-21 kepada teknologi. Apatah lagi hidup dalam suasana kawalan pergerakan berikutan pandemik COVID-19, menyebabkan hampir semua urusan dilakukan secara online. Dalam bidang pendidikan tinggi, pengajian online telah diperkenalkan lebih awal lagi dan ianya menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025. Pengajian online terbukti mempunyai kelebihan terutamanya dari aspek fleksibiliti namun begitu, terdapat isu dari aspek kesediaan pelajar, pengajar dan prasarana. Manakala dalam bidang Pengajian Islam (terutamanya dalam pengajian al-Quran), kaedah tradisi yang perlu dipelihara adalah kaedah talaqqī mushāfahah yang menekankan hubungan guru dengan murid secara bersemuka. Justeru, penulisan ini menganalisis beberapa isu dan cabaran bagi perlaksanaan pengajian online bagi program Pengajian Islam di IPT. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap kajian lepas tentang isu dan masalah dalam pengajian online dan juga kajian berkenaan dengan kaedah talaqqī mushāfahah yang sering diguna pakai dalam Pengajian Islam khususnya dalam pembelajaran al-Quran. Hasil kajian mendapati, isu dan cabaran yang dalam pengajian online bagi program Pengajian Islam adalah hampir sama dengan pengajian lain iaitu kesediaan pelajar dan pensyarah, stigma bahawa pengajaran hanya dapat dilakukan secara bersemuka, kesediaan prasarana, kesan negatif daripada teknologi serta kepentingan kesinambungan talaqqī. Manakala cadangan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan ialah menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang baik untuk pelajar dan pensyarah, persediaan pensyarah dan institusi serta pembinaan model talaqqī yang baharu sesuai dengan kaedah pembelajaran online. Oleh itu, dapatan kajian ini memberikan maklumat awal untuk menjawab persoalan bagaimana aspek tradisi pengajian Islam seperti talaqqī dapat dipelihara dalam perkembangan pengajian online dan adakah kaedah talaqqī boleh disesuaikan dengan bentuk yang baru dan diinovasi sebagai e-talaqqi.

Published
2022-03-27
How to Cite
Abd. Rahman, K. A., Amat Misra, M. K., Senin, N., & Mohd Akib, M. M. (2022). [Online Learning Challenges for Islamic Studies Programs in Higher Education Institutions (IPT)] Cabaran Pembelajaran Online bagi Program Pengajian Islam di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT). Malaysian Journal Of Islamic Studies (MJIS), 6(1), 10-21. https://doi.org/10.37231/mjis.2022.6.1.195
Section
Articles