ANALISIS PERBANDINGAN KAEDAH JAM‘ AL-QIRA’AT DALAM KARYA AL-TUHFAT AL-MARDIYYAH DAN AL-MINAH AL-ILAHIYYAH BERDASARKAN QIRA’AT AL-SAB‘ TARIQ AL-SHATIBIYYAH

[COMPARATIVE ANALYSIS OF JAM' AL-QIRA'AT METHODS IN AL-TUHFAT AL-MARDIYYAH AND AL-MINAH AL-ILAHIYYAH BASED ON QIRA'AT AL-SAB' TARIQ AL-SHATIBIYYAH]

Authors

  • M. Jismani Yusoff Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nor Hafizi Yusof Universiti Sultan Zainal Abidin

DOI:

https://doi.org/10.37231/mjis.2024.8.1.251

Abstract

Jam‘ al-Qira’at merupakan salah satu kaedah menghimpunkan bacaan Qira’at yang dicipta bagi mempraktikkan wujuh al-Qira’at dalam pembacaan al-Qur’an. Kaedah Jam‘ al-Qira’at merupakan satu langkah yang wajar bertujuan memelihara dan mengekalkan wujuh al-Qira’at dalam al-Qur’an sebagaimana ia diturunkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis dan membandingkan kaedah Jam’ al-Qira’at dalam dua karya penting dalam Jam‘ al-Qira’at iaitu al-Tuhfat al-Mardiyyah dan al-Minah al-Ilahiyyah berdasarkan Qira’at al-Sab’ Tariq al-Shatibiyyah. Kedua-dua karya ini menjadi rujukan utama dalam bidang Ilmu Qira’at dari sudut praktikal Jam‘ al-Qira’at. Sumbangan kedua-dua karya ini sangat besar terhadap perkembangan Ilmu Qira'at khususnya dalam mengaplikasi bacaan secara Jam‘ al-Qira’at. Penerimaan kedua-dua karya ini tidak dapat dinafikan dalam konteks praktikal Jam‘ al-Qira’at al-Sab‘ Tariq al-Shatibiyyah. Dalam kajian ini, pendekatan yang digunakan adalah bersifat kualitatif iaitu menganalisis struktur dalam konteks Jam‘ al-Qira'at dan membuat perbandingan dalam dua karya tersebut. Hasil daripada kajian dan analisis pula ialah dapat mengetahui perbezaan kaedah kedua-dua karya tersebut yang digunakan dalam Jam‘ al-Qira'at selain dapat memahami hukum-hukum dan syarat-syarat berkaitan Jam‘ al-Qira'at.

Jam' al-Qira'at is one of the methods of gathering Qira'at readings created to practice the appearance of al-Qira'at in reading the Qur'an. The Jam' al-Qira'at method is a reasonable step aimed at preserving and maintaining the appearance of al-Qira'at in the Qur'an as it was revealed. Therefore, this study was conducted to analyze and compare the method of Jam' al-Qira'at in two important books in Jam' al-Qira'at, namely al-Tuhfat al-Mardiyyah and al-Minah al-Ilahiyyah based on Qira'at al- Sab' Tariq al-Shatibiyyah. These two books are the main references in the field of Ilmu Qira'at from the practical point of view of Jam' al-Qira'at. The contribution of these two books is very great to the development of the Ilmu Qira'at, especially in the application of Jam' al-Qira'at reading. The acceptance of these two books cannot be denied in the practical context of Jam' al-Qira'at al-Sab' Tariq al-Shatibiyyah. In this study, the approach used is qualitative, which is to analyze the structure in the context of Jam' al-Qira'at and make comparisons in the two books. The result of the study and analysis is to be able to know the difference between the methods of the two works used in Jam' al-Qira'at as well as being able to understand the laws and conditions related to Jam' al-Qira'at.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

ANALISIS PERBANDINGAN KAEDAH JAM‘ AL-QIRA’AT DALAM KARYA AL-TUHFAT AL-MARDIYYAH DAN AL-MINAH AL-ILAHIYYAH BERDASARKAN QIRA’AT AL-SAB‘ TARIQ AL-SHATIBIYYAH: [COMPARATIVE ANALYSIS OF JAM’ AL-QIRA’AT METHODS IN AL-TUHFAT AL-MARDIYYAH AND AL-MINAH AL-ILAHIYYAH BASED ON QIRA’AT AL-SAB’ TARIQ AL-SHATIBIYYAH]. (2024). Malaysian Journal Of Islamic Studies (MJIS), 8(1), 57-67. https://doi.org/10.37231/mjis.2024.8.1.251