PERSAMAAN ANTARA AJARAN BIBLE DAN AJARAN AL-QURAN: ANALISIS TEKSTUAL TERHADAP BEBERAPA ISU [COMMON TEACHINGS IN THE BIBLE AND QURAN: A TEXTUAL ANALYSIS OF SEVERAL ISSUES]

Authors

  • Zaifuddin Md Rasip Universiti Malaysia Sabah
  • Anis Malik Toha Universiti Islam Sultan Sharif Ali

DOI:

https://doi.org/10.37231/mjis.2024.8.1.273

Abstract

Ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw berasal daripada sumber yang sama iaitu Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Mereka merupakan antara rasul yang telah Allah mengutuskah ke muka bumi ini. Justeru itu, terdapat banyak persamaan antara ajaran kedua-dua rasul ini seperti yang termaktub di dalam Bible dan Al-Quran. Kajian ini meneliti dan menganalisis persamaan-persamaan yang terdapat dalam ajaran Jesus seperti yang tercatat dalam Bible dan ajaran Nabi Muhammad saw seperti yang terdapat dalam al-Quran, dalam bidang akidah dan hukum hakam. Fokus kajian ini ialah melakukan analisis tekstual terhadap beberapa isu utama. Metodologi yang digunakan melibatkan analisis komparatif terhadap teks-teks kitab suci daripada kedua-dua agama iaitu Bible dan al-Quran, dengan menggunakan pendekatan hermeneutika untuk mengenal pasti dan membandingkan tema-tema utama serta persamaan substantif dalam kedua-dua ajaran ini. Hasil kajian ini mendedahkan keselarasan dalam bidang akidah, iaitu setiap rasul utusan Allah membawa akidah tauhid dan hukum hakam yang perlu diikuti dalam ajaran kedua-dua kitab suci, memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang titik-titik persamaan dalam ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw. Kajian ini diharapkan dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai keselarasan yang ada antara ajaran Jesus dengan ajaran nabi Muhammad seterusnya memperkukuhkan lagi dialog antara agama dengan menekankan persamaan-persamaan asas yang ditemui.

The teachings of Jesus and those of Prophet Muhammad pbuh originate from the same source, which is Allah, the All-Knowing and All-Powerful. Both of them are among the messengers whom Allah has sent to this world. As such, there are numerous similarities between the teachings of these two messengers, as enshrined in the Bible and the Quran. This study examines and analyzes the similarities found in the teachings of Jesus, as recorded in the Bible, and the teachings of Prophet Muhammad (peace be upon him), as revealed in the Quran, particularly in the areas of creed and jurisprudence. The focus of this research is to conduct a textual analysis of several key issues. The methodology employed involves a comparative analysis of the sacred texts from both religions, namely the Bible and the Quran, using a hermeneutical approach to identify and compare the main themes and substantive similarities in these two teachings. The findings of this study reveal a harmony in the area of creed, showing that every messenger sent by Allah brought the message of monotheism and the laws that must be followed, as outlined in the sacred texts of both religions. This deeper understanding of the commonalities between the teachings of Jesus and Prophet Muhammad pbuh aims to provide a more profound explanation of the alignment between the two, further strengthening interfaith dialogue by highlighting the fundamental similarities discovered.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

PERSAMAAN ANTARA AJARAN BIBLE DAN AJARAN AL-QURAN: ANALISIS TEKSTUAL TERHADAP BEBERAPA ISU [COMMON TEACHINGS IN THE BIBLE AND QURAN: A TEXTUAL ANALYSIS OF SEVERAL ISSUES]. (2024). Malaysian Journal Of Islamic Studies (MJIS), 8(1), 128-148. https://doi.org/10.37231/mjis.2024.8.1.273