PENGALAMAN LATIHAN PRAKTIKUM DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KECEKAPAN GURU NOVIS [PRACTICAL TRAINING EXPERIENCE AND ITS IMPLICATIONS FOR NOVICE TEACHER COMPETENCY]

Authors

  • Muhammad Shukri Abdul Halim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.37231/mjis.2025.9.1.289

Abstract

Latihan praktikum merupakan komponen penting dalam program latihan perguruan, di mana ia menyediakan peluang kepada guru pelatih untuk mengeksplorasi realiti dunia pendidikan. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman guru novis semasa menjalani praktikum dan menganalisis impaknya terhadap kecekapan mereka sebagai seorang guru. Reka bentuk yang digunakan oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian ini adalah reka bentuk kajian kes, di mana data diperoleh melalui sesi temu bual separa berstruktur melibatkan 10 orang guru novis yang dipilih menggunakan kaedah  pensampelan bertujuan. Analisis tematik dengan menggunakan perisian ATLAS.ti menunjukkan bahawa guru novis menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalani latihan praktikum seperti pengurusan kelas, perancangan pengajaran dan penyesuaian teori kepada amali. Sebagai respons kepada cabaran yang dihadapi ini, guru novis mengambil pelbagai langkah proaktif, termasuk mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing, menyesuaikan strategi pengajaran serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan masa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengalaman praktikum membantu meningkatkan kecekapan profesionalisme guru seperti kemahiran pedagogi, pengurusan emosi, penggunaan teknologi dan refleksi kendiri, sekaligus memainkan peranan dalam membentuk identiti profesional guru novis. Kajian ini memberikan panduan kepada institusi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan program praktikum dalam latihan guru. Di samping itu, kajian lanjut turut disarankan untuk dijalankan dengan menggunakan pendekatan longitudinal bagi menilai impak jangka panjang latihan praktikum terhadap kecekapan guru.

The practicum is an essential component of teacher training programs, providing teacher trainees with the opportunity to explore the realities of the education world. This study aims to explore the experiences of novice teachers during their practicum and analyze its impact on their competence as educators. The research design employed by the researcher is a case study design, where data was collected through semi-structured interviews involving 10 novice teachers selected using purposive sampling. Thematic analysis using ATLAS.ti software shows that novice teachers face various challenges during their practicum, such as classroom management, lesson planning, and adapting theory to practice. In response to these challenges, novice teachers took proactive steps, including seeking guidance from mentor teachers, adjusting teaching strategies, and improving time management skills. The study's findings indicate that the practicum experience helps enhance professional competence in areas such as pedagogical skills, emotional management, use of technology, and self-reflection, playing a significant role in shaping the professional identity of novice teachers. This study provides guidelines for educational institutions to improve the effectiveness of practicum programs in teacher training. Furthermore, further studies are recommended using a longitudinal approach to assess the long-term impact of the practicum on teacher competence.

Downloads

Published

2025-05-03

How to Cite

PENGALAMAN LATIHAN PRAKTIKUM DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KECEKAPAN GURU NOVIS [PRACTICAL TRAINING EXPERIENCE AND ITS IMPLICATIONS FOR NOVICE TEACHER COMPETENCY]. (2025). Malaysian Journal Of Islamic Studies (MJIS), 9(1), 88-109. https://doi.org/10.37231/mjis.2025.9.1.289