Ayat-ayat Terpilih Berkaitan dengan Botani dan Geologi dalam al-Quran dari Aspek I'jaz 'Ilmi dan Hubungannya dengan Akidah

Botany and Geology in The Quran Study from The I'jaz 'Ilmi Perspective and its Relationship with God

Authors

  • Karimah Mat Zin
  • Sharifah Norshah Bani Syed Bidin

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.384

Abstract

This article discusses the miracle of the Quran from the aspects of i‘jaz ‘ilmi which are verses related to botanical and geological and its relation to Islamic fundamentals creed. Muslims today are still surrounded by secularisation and liberalisation of culture and science. The separation between religion and science continues until today. Thus the researcher attempts to analyze the verses i‘jaz ‘ilmi in the Quran relating to botanical and geological aspects. This study uses qualitative study method that involves the analysis of text of Quranic verses based on definitive scriptures. In addition, the findings of modern science by related scholars are also analysed. The objective of the study was to identify selected verses related to botanical and geological aspects of the i‘jaz ‘ilmi. In addition, the analysis of these verses are also compared with the findings of modern science. Further analysis of these verses are related to the aspect of faith. The results show that the botanical and geological sciences in the Quran have similarities to the findings of modern science. The study also found that the verses were all related to the creed, whether from the aspects of monotheism rububiyyah, uluhiyyah, nature, angels, scriptures, apostles, the afterlife and qada' and qadar. The science verses contained in the Quran should be presented to the public to prove the truth of the Islamic creed. May this study make people believe that God is God who created and governs nature.

Artikel ini membincangkan mukjizat al-Quran dari aspek i‘jaz ‘ilmi iaitu ayat-ayat berkaitan dengan botani dan geologi serta hubungannya dengan akidah. Umat Islam hari ini masih dibelenggu dengan sekularisasi dan liberalisasi budaya dan ilmu pengetahuan. Pemisahan antara agama dan sains masih berterusan sehingga ke saat ini. Justeru itu pengkaji berusaha menganalisis ayat-ayat i‘jaz ‘ilmi di dalam al-Quran yang berkaitan dengan botani dan geologi. Kajian ini merujuk kepada metode kajian kualitatif yang melibatkan analisis teks ayat-ayat al-Quran berdasarkan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Selain daripada itu penemuan sains moden oleh sarjana berkaitan turut dianalisis. Objektif kajian ialah mengenal pasti ayat-ayat terpilih berkaitan botani dan geologi dari aspek i‘jaz ‘ilmi. Di samping itu, analisis ayat-ayat ini juga dibuat perbandingan dengan penemuan sains moden. Seterusnya analisis ayat-ayat ini dihubungkaitkan dengan aspek akidah. Hasil kajian menunjukkan bahawa ayat-ayat sains yang berkaitan dengan botani dan geologi di dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan penemuan sains moden. Kajian juga mendapati ayat-ayat tersebut semuanya dikaitkan dengan akidah, sama ada dari aspek tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma’ wa sifat, malaikat, kitab-kitab, rasul, hari akhirat serta qada’ dan qadar. Ayat-ayat sains yang terdapat di dalam al-Quran perlu di ketengahkan kepada masyarakat untuk membuktikan kebenaran akidah Islam. Semoga dengan kajian ini menjadikan manusia beriman dan yakin bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam.

Downloads

Published

2020-07-13

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ayat-ayat Terpilih Berkaitan dengan Botani dan Geologi dalam al-Quran dari Aspek I’jaz ’Ilmi dan Hubungannya dengan Akidah: Botany and Geology in The Quran Study from The I’jaz ’Ilmi Perspective and its Relationship with God. (2020). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 149-160. https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.384