Tahfiz Nurse Homecare dalam Perkhidmatan Kesihatan Berteraskan Islam: Satu Penerokaan
DOI:
https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.3.388Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu konsep perkhidmatan kesihatan berteraskan Islam atau dikenali sebagai Tahfiz Nurse Homecare, yang menggabungkan dua bidang utama iaitu bidang tahfiz dan bidang kejururawatan. Konsep Tahfiz Nurse Homecare adalah sebagai satu langkah persediaan bagi Malaysia menghadapi status Negara Tua. Jabatan Statistik Malaysia menyatakan bahawa Malaysia dijangka menjadi Negara Tua menjelang tahun 2035 iaitu seramai 15 peratus rakyat Malaysia merupakan warga tua. Tahfiz Nurse Homecare akan menyediakan perkhidmatan rawatan kepada warga emas merangkumi rawatan fizikal dan rohani. Persoalannya, apakah kaedah yang diguna pakai dalam perkhidmatan kesihatan berteraskan Islam? Bagaimanakah kaedah perlaksanaan Tahfiz Nurse Homecare di Malaysia? Bagi menjawab persoalan, kertas kerja ini menetapkan dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep perkhidmatan kesihatan berteraskan Islam (PKBI). Kedua, menganalisis konsep Tahfiz Nurse Homecare mengikut kaedah perkhidmatan berteraskan Islam. Dapatan kertas kerja ini merumuskan satu konsep perkhidmatan berteraskan Islam yang akan memberi sumbangan dan manfaat kepada negara dalam menghadapi Negara Tua dan juga dapat merealisasikan harapan kerajaan untuk melahirkan para huffaz yang mahir dalam bidang professional sekaligus dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia.
References
Ab. Mumin Ab. Ghani & Nor Azzah Kamri. (2008). Pembiayaan Keusahawanan Mengikut Prinsip Islam; Suatu Tuntutan Jihad dalam Prosiding Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Abdul Rahman Haji Abdullah .(1998). Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan aliran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Belly, Ahmad. (1990). Konsep Kurikulum Pendidikan Islam. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alimuddin Md. Dom. (2006). Outsanding Leaders Membina Sekolah Cemerlang. Putrajaya : Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Kepimpinan(PKIP).
Azmil Hashim & Ab.Halim Tamuri. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 1-10.
Azmil Hashim, Ab.Halim Tamuri & Mohd Aderi Che Noh. (2014). The Relationship between Etiquettes of Tahfiz (Memorization Al-Quran) and Tahfiz Achievement. 8(23), 212-218.
H. Ali Anwar Yusuf, M.Si. (2006). Ensiklopedi Mini Sosiologi. Published by Humaniora Press Utama (HUP).
Home Intensive Care Nursing (2018). Perkhidmatan Jururawat dan Fisioterapi Bergerak. jururawatbergerak.com/home/perkhidmatan.php?id=4. 20 Mac 2018
Kamarudin Haji Kachar. (1989). School Administration In Malaysia. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd. 20 Mac 2018
Kamarul Shukri Mat The. (2015). Reka Bentuk Kajian. https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/reka-bentuk-kajian-dr-kamarul. 12 Mac 2018
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kerjaya Jururawat di KKM. www.mohe.gov.my. 12 Januari 2019
Khadijah Alavi, Nor Farziana Karim & Siti Khadijah Mahamad Sakri. (2017). Kebolehcapaian Khidmat Bantu di Rumah di Luar Bandar: Perspektif Kerja Sains Sosial . Journal of Social Sciences and Humanities, 2(12), 150-164.
Luqman Arif Abdul Karim. (2019). Pegawai spiritual di hospital diwujudkan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/545825/pegawai-spiritual-di-hospital-diwujudkan. 28 Mac 2019
Mahmud Yunus. (1999). Kamus Arab-Indonesia .Jakarta: Hidakarya Agung.
Mohd Jamalil Ismail, Sabri Mohamad, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Nor Hafizi Yusof. (2017). Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.
Mohd Yacub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad. (2016). Memperkasa Generasi Penghafaz Al-Quran. Perpustakaan Negara Malaysia.
Mohd. Zain Mubarak. (2015). Konsep Keusahawanan Islam: Terminologi, Kerohanian dan Al-Falah. The International Conferences On Islamic Education And Social Intrepreneuship 2015.
Muhammad Hafiz Salleh, Zawawi Ismail, Zaharah Hussin (2018) Model Penilaian Program Tahfiz Al-Quran Di Nusantara Berdasarkan Model Penilaian Provus (Dsiscrepancy Evaluation Model), Jurnal Kepimpinan Pendidikan
Noor Hisham Md Nawi & Nasrun Hakim Salleh. (2017). Pembinaan Model Pengajian Tahfiz di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education.
Noor Hisham Md Nawi. (2017). Konsep Keusahawanan Sosial Islam : Suatu Pengamatan Awal. Jurnal Pendidikan Islam.
Nor Musliza Mustafa & Mokmin Basri. (2014). Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tradisional dan Moden. Malaysia: Organized by WorldConferences.net
Shuhairimi Abdullah & Ku Halim Ku Ariffin. (2010). Keusahawanan Islam. Penerbitan Universiti Malaysia Perlis. Kangar.
Siti Arni Basir, Sabri Mohamad, Bharudin Che Pa & Raja Hishamuddin Raja Sulong. (2009). Prinsip-prinsip Kualiti Ke Arah Melahirkan Usahawan Muslim Yang Berjaya. Jurnal Syariah.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2017). Senarai tugas jururawat dan kerjaya jururawat. http://www.spa8i.net/2017/09/senarai-tugas-jururawat-dan-kerjaya.html. 25 Jun 2018
Downloads
Published
Issue
Section
License
Submission of an article implies that the work described has not been published previously (except in the form of an abstract or as part of a published lecture or academic thesis), that it is not under consideration for publication elsewhere, that its publication is approved by all authors and tacitly or explicitly by the responsible authorities where the work was carried out, and that, if accepted, will not be published elsewhere in the same form, in English or in any other language, without the written consent of the Publisher. The Editors reserve the right to edit or otherwise alter all contributions, but authors will receive proofs for approval before publication.
Copyrights for articles published in JIMK journals are retained by the authors, with first publication rights granted to the journal. The journal/publisher is not responsible for subsequent uses of the work. It is the author's responsibility to bring an infringement action if so desired by the author.


