Penggunaan Mesin Basuh dan Dobi untuk Penyucian Pakaian Bernajis: Analisis Menurut Perspektif Fiqh dan Sains

Use of Washing Machine and Laundry for The Cleansing of Impurities Clothes: An Analysis From Fiqh and Science Perspective

Authors

  • Mohd Hapiz Mahaiyadin Universiti Teknologi MARA Penang Branch
  • Roshaimizam Suhaimi Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang
  • Hisyam Mohd Radzi Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang
  • Ainorkhilah Mahmood Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang
  • Nor Fariza Ismail Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.398

Abstract

Pada masa kini, timbul keraguan sesetengah pihak terhadap keupayaan mesin basuh dan mesin dobi menghilangkan najis kerana penggunaan mesin-mesin tersebut tidak pernah dibincangkan oleh fuqaha silam. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kenyahwujudan kesan najis selepas dibasuh berpandukan metod basuhan mengikut mazhab Syafie. Sebanyak tiga sampel najis iaitu darah, air kencing dan najis bayi telah digunakan pada pakaian. Pengujian semua sampel telah menggunakan dua kaedah iaitu ujian saringan Kestle-Meyer Test (KM-Test) dan Analisis Profil DNA Forensik di makmal forensik Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang. Melalui keputusan ujian KM-Test ke atas sampel yang mengandungi darah telah menunjukkan keputusan negatif. Manakala sampel air kencing dan najis bayi tidak dapat dikesan langsung. Di samping itu, hasil analisis profil DNA turut menunjukkan keputusan serupa iaitu sebelum dibasuh, kehadiran najis pada sampel kawalan darah dikesan hanya pada 44.80 ng/µl (sampel A) dan 65. 00 ng/µl (sampel B) dan selepas dibasuh, kesan yang tinggal pada sampel A dan B basuhan dobi hanya 1.78 ng/µl dan 3.28 ng/µl Manakala pada basuhan mesin basuh, hanya terdapat 3.28 ng/µl pada sampel A dan 1.11 ng/µl pada sampel B. Seterusnya kajian ini merumuskan bahawa basuhan mesin basuh dan dobi berjaya menghilangkan kesan najis dari pakaian.

Nowadays, some people have a doubts about the ability of washing machine and laundry machine to remove impurities (najis) because the use of these machines has never been discussed by fuqaha in the past. Therefore, this study aimed to identify the existence of impurities after washing according to the method of purification of Syafie's Mazhab. Three samples of blood, urine and baby stool were used on the clothes. All samples were tested using two methods - the Kestle-Meyer Test (KM-Test) and Forensic DNA Profile Analysis at the Penang State Department of Chemistry Forensic Lab. The results of the KM-Test test on blood samples have shown negative results. While urine samples and baby stools cannot be detected directly. In addition, the DNA profile analysis also showed similar results that before washing, the presence of najis in blood control samples was detected only at 44.80 ng / μl (sample A) and 65. 00 ng / μl (sample B) and after washing, the effect on samples A and B in the laundry wash were only 1.78 ng / μl and 3.28 ng / μl. While in the washing machine, there were only 3.28 ng / μl in sample A and 1.11 ng / μl in sample B. Furthermore, this study concluded that washing machine and laundry machine successfully removes the impurities from clothing.

Author Biography

  • Mohd Hapiz Mahaiyadin, Universiti Teknologi MARA Penang Branch

    Academy of Contemporary Islamic Studies

    Senior Lecturer

Downloads

Published

2020-04-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

Penggunaan Mesin Basuh dan Dobi untuk Penyucian Pakaian Bernajis: Analisis Menurut Perspektif Fiqh dan Sains: Use of Washing Machine and Laundry for The Cleansing of Impurities Clothes: An Analysis From Fiqh and Science Perspective. (2020). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 68-86. https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.398