THE [The Characters of A Project Manager According to The Qur’an: A Study Based on Surah al-Mu’minun Verses 1-11] Karakter Pengurus Projek Menurut al-Qur’an: Kajian Berdasarkan Surah al-Mu’minun Ayat 1-11

Authors

  • Musmuliadi Kamaruding School of Civil Engineering, College of Engineering, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Mohd Zamrus Mohd Ali Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.3.534

Abstract

The project manager plays an important role in ensuring that the project he or she manages is completed on time, cost, and quality that has been set. To be a project manager, it takes a superior character to be a leader in project management. Typically, the characters that are often expressed are of a physical, technical, and skillful nature. For example, experienced, good at communicating, and have good technical skills. However, apart from those characters, characters of a spiritual nature should also be present among project managers. This is because it can be a bulwark to them from committing negative acts such as corruption and embezzlement. Accordingly, this study aims to identify and analyze the characters of project managers according to the Qur’an by focusing on surah al-Mu’minun verses 1-11. The identification and analysis are based on document review methods and qualitative content analysis methods. The results of the study found that the characters that need to be present in a Muslim project manager according to surah al-Mu'minun verses 1-11 are like always keeping prayers and understanding the philosophy of prayer, avoiding useless actions and conversations, paying zakat, curbing lust and always maintaining self -esteem, as well as maintaining trust and promises. The implication is that the spiritual character can not only increase faith in Allah SWT but also enable the project manager to implement the demands of parallel work following the requirements of Islamic law.

Pengurus projek memainkan peranan penting untuk memastikan projek yang diurusnya itu berjaya disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang telah ditetapkan. Untuk menjadi seorang pengurus projek, ia memerlukan karakter yang unggul untuk menjadi pemimpin dalam pengurusan projek. Pada kebiasaannya, karakter yang sering dinyatakan adalah bersifat fizikal, teknikal dan kemahiran. Contohnya, berpengalaman, bijak berkomunikasi, dan mempunyai kemahiran teknikal yang baik. Walau bagaimanapun, selain daripada karakter-karakter tersebut, karakter bersifat rohaniah atau spiritual juga sepatutnya perlu ada dalam kalangan pengurus projek. Hal ini kerana karakter tersebut boleh menjadi benteng kepada diri mereka daripada melakukan perbuatan negatif seperti rasuah dan penyelewengan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis karakter pengurus projek menurut al-Qur’an dengan menumpukan surah al-Mu’minun ayat 1-11. Pengenalpastian dan penganalisisan tersebut adalah berasaskan kaedah kajian dokumen dan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian menemukan bahawa karakter yang perlu ada dalam diri pengurus projek Muslim menurut surah al-Mu’minun ayat 1-11 adalah seperti sentiasa menjaga solat dan memahami falsafah solat, menjauhi perbuatan dan percakapan sia-sia, mengeluarkan zakat, membendung nafsu syahwat dan sentiasa menjaga kehormatan diri, serta menjaga amanah dan janji. Implikasinya, karakter rohaniah bukan sahaja dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT bahkan membolehkan pengurus projek melaksanakan tuntutan kerja selari mengikut kehendak syariat Islam.   

Downloads

Published

2021-12-22

Issue

Section

Articles

How to Cite

THE [The Characters of A Project Manager According to The Qur’an: A Study Based on Surah al-Mu’minun Verses 1-11] Karakter Pengurus Projek Menurut al-Qur’an: Kajian Berdasarkan Surah al-Mu’minun Ayat 1-11. (2021). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 22(3), 70-76. https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.3.534