[The Criteria of Hadith Mawdu’ in the Book of Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah by al-Albani] Kriteria Hadith Mawdu’ dalam Kitab Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah oleh al-Albani

Authors

  • Arwansyah Kirin UTHM
  • Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahmad Sharifuddin Mustapha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nik Kamal Wan Muhammed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Shakila Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.582

Abstract

Imam al-Albani is a contemporary hadith scholar who has produced many great works like book of Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah which contains hadiths da’if and mawdu’. The position of hadith in the book caused controversy among hadith scholars because the status of hadith sahih by other scholars were considered da'if by al-Albani and hadiths that did not reach the martabat mawdu 'were considered as mawdu' by him and vice versa. So that, many hadith scholars evaluate al-Albani as a scholar who easily devised new methods of hadith. Therefore, this study aims to look at the criteria used by al-Albani in falsifying a hadith in his book. The methodology of this study is qualitative through the method of content analysis focusing on the book of Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah. This study finds that the criteria of hadith mawdu ’by al-Albani in the book of Silsilah uses the approach of criticizing sanad and matan; with the criteria of sanad which are (1) the confession of the narrator of the hadith, (2) the existence of qarinah which is almost the same as the confession, (3) the narrator is known as a liar among the scholars, (4) the hadith is narrated mawquf and (5) the narrator is majhul. While in the matan criteria are (1) weakness in the pronunciation (sound) of the hadith text, (2) the strange meaning of the hadith, (3) contrary to the dalil syar'i, and the mind, (4) related to the priority of the mind, (5) contains abominations, isra'iliyyat and bid'ah, (6) not found in the main hadith book and (7) exaggerates the reward or punishment for light deeds. This study found that al-Albani did not make an innovation in the criteria of hadith mawdu' except for a few criteria but in practice it makes a difference with others.

Imam al-Albani merupakan ulama hadith kontemporari yang banyak melahirkan karya-karya agung yang menarik seperti kitab Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah yang mengandungi hadith-hadith da’if dan mawdu’. Kedudukan hukum hadith dalam kitab tersebut menimbulkan kontroversi dalam kalangan ulama hadith kerana hadith-hadith yang dihukumkan sahih oleh ulama lain dianggap da’if oleh al-Albani dan hadith-hadith yang tidak sampai ke darjat mawdu’ dihukumkan mawdu’ oleh beliau begitu juga sebaliknya sehingga ramai ulama hadith menilai al-Albani sebagai ulama yang mudah membuat kaedah baru dalam ilmu hadith. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kriteria yang digunakan oleh al-Albani dalam memalsukan sesebuah hadith dalam kitabnya. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif melalui kaedah analisis kandungan kitab Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah. Kajian ini mendapati bahawa kriteria hadith mawdu’ oleh al-Albani dalam kitab Silsilah menggunakan pendekatan mengkritik sanad dan matan; dengan kriteria sanad iaitu (1) pengakuan pemalsu hadith, (2) wujud qarinah yang hampir sama dengan pengakuan, (3) perawi terkenal sebagai pendusta dalam kalangan ulama, (4) hadith diriwayatkan secara mawquf dan (5) perawi majhul. Manakala dalam kriteria matan adalah (1) kelemahan pada lafaz (bunyi) teks hadith, (2) makna hadith yang pelik, (3) bertentangan dengan dalil syar’i, dan akal fikiran, (4) berkaitan dengan keutamaan akal, (5) mengandungi kekejian, isra’iliyyat dan bid’ah, (6) tidak terdapat dalam kitab hadith induk dan (7) melebihkan pahala atau seksa terhadap amalan yang ringan. Kajian ini mendapati bahawa al-Albani tidak melakukan suatu pembaharuan dalam kriteria hadith mawdu’ melainkan beberapa kriteria sahaja namun dalam secara praktikknya menimbulkan perbezaan dengan yang lain.

Downloads

Published

2022-04-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

[The Criteria of Hadith Mawdu’ in the Book of Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah by al-Albani] Kriteria Hadith Mawdu’ dalam Kitab Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah oleh al-Albani. (2022). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(1), 76-94. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.582