[Wealth-Loving Therapy in Nurturing Generosity According to Al-Ghazali's Spiritual Theory through Kitab Al-Arba'in Fi Usul Al-Din]

Terapi Cintakan Harta dalam Memupuk Sifat Pemurah menurut Teori Spiritual Al-Ghazali Menerusi Karyanya Al-Arba’in Fi Usul Al-Din

Authors

  • Nur Syazana Adam Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Syed Hadzrullathfi Syed Omar Universiti Sultan Zainal Abidin

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.660

Abstract

Love of wealth is a feeling that is very attractive to worldly wealth to be willing to do anything to have a lot of wealth. This is further reinforced by the view of mystics such as al-Ghazali that the nature of the love of property is one of the ten main properties of mazmumah and this nature is the cause of greed for wealth and stinginess. Even to a degree, it is a pity to use the property owned in meeting one's own needs for fear of running out. In this case, it is understandable that an individual who has the nature of the love of property needs to find a solution in eroding that nature to be able to share the property he owns with those around him. Therefore, this study aims to analyze the nature of the love of wealth meant by al-Ghazali based on his spiritual theory through the book of al-Arba’in Fi Uṣul al-Dīn to treat the nature of stinginess that often chains the heart to spend wealth towards goodness. This qualitative study uses data collection methods by making the works that have been produced by al-Ghazali the main reference. All the data obtained were analyzed to produce the findings of the study. Studies have found that the nature of the love of property is among the main factors that drive a person to have a stingy nature and become a barrier to generosity. In addition, having this nature makes a person further away from Allah SWT because the focus of memory is only on the blessings of the world and cares about the owner who gives the blessings that is Allah SWT. Studies conclude that the nature of loving the world is a very dangerous disease and needs to be eroded from the soul to form a generous nature. Therefore, indirectly will be able to create a generous society and servants who can focus fully only on Allah SWT.

Cintakan harta merupakan suatu perasaan yang amat tertarik terhadap harta dunia hingga sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki harta yang banyak. Hal ini dikukuhkan lagi dengan pandangan ahli tasawuf seperti al-Ghazali bahawa sifat cintakan harta merupakan salah satu di antara sepuluh sifat mazmumah yang utama dan sifat ini adalah punca kepada tamakkan harta dan sifat bakhil. Malah hingga satu tahap, sayang untuk menggunakan harta yang dimiliki dalam memenuhi keperluan sendiri kerana dikhuatiri akan habis. Dalam hal ini, dapat difahami bahawa seseorang individu yang memiliki sifat cintakan harta perlu mencari penyelesaian dalam menghakis sifat tersebut hingga mampu untuk berkongsi harta yang dimiliki dengan orang sekelilingnya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sifat cintakan harta yang dimaksudkan oleh al-Ghazali berdasarkan teori spiritualnya menerusi kitab al-Arba’in Fi Uṣul al-Dīn bagi merawat sifat bakhil yang sering merantai hati untuk membelanjakan harta yang dimiliki ke arah kebaikan. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan metode pengumpulan data dengan menjadikan karya-karya yang telah dihasilkan oleh al-Ghazali sebagai rujukan utama. Kesemua data yang diperolehi dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian. Kajian mendapati bahawa sifat cintakan harta adalah antara faktor utama yang mendorong seseorang untuk memiliki sifat bakhil dan menjadi penghalang kepada sifat pemurah. Selain itu, dengan memiliki sifat ini menjadikan seseorang itu semakin jauh daripada Allah SWT kerana tumpuan ingatan hanya terhadap nikmat dunia dan menghiraukan pemilik yang memberi nikmat tersebut iaitu Allah SWT. Kajian merumuskan bahawa sifat cintakan dunia merupakan suatu penyakit yang sangat berbahaya dan perlu dihakis daripada jiwa agar dapat membentuk sifat pemurah. Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan masyarakat yang pemurah dan hamba yang dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya hanya kepada Allah SWT.

References

Al-Ghazali, Abu Hamid. 1988. Ihya' Ulum al-Din. Kaherah: Markaz al-Ihtiram li al-Tarjamah Wa al-Nashr.
Al-Ghazali, Abu Hamid. 2003. Al-Arba’in fi Usul al-Din. Beirut: Dar al-Shamiyyah.
Al-Hujwiri, Hazrat 'Ali bin Usman. 2001. Kashf al-Mahjub. Karachi: Zia-ul-Quran Pubblication.
Masakaree Ardae & Nik Muhammad Syukri Nik Wan. 2011. Keterbatasan Sumber Alam. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari 4: 43- 59.
Al-Muhasibi, al-Harith Bin asad. t.th. Mu’atabat al-Nafs. t.tp.: Dar al-'Itisam.
Muhd Norizam Jamian & Nor Asmaa Ab Aziz,. 2018. Akhlak Pemimpin Dalam Hikayat Isma Yatim: Satu Analisis Pendekatan Adab. Jurnal Melayu 17(2): 255- 276.
Nur Azuki Yusuff & Adi Syahid Mohd Ali. 2014. Konsep Keusahawanan Sosial Islam: Perkaitan Amalan Beragama dan Peningkatan Pendapatan. Dlm. 4th International Conference and Exhibition on Islamic Education (ICIEd 2014), 31 May-2nd June 2014, Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan, hal. 1-14.
Al-Qushayri, Abu al-Qasim 'Abd al-Karim bin Hawazin bin 'Abd Malik al-Qushayri al-Naysaburi al-Syafi’i. 1989. Al-Risalah al-Qushayriyyah. Kaherah: Dar al-Sha'b.
Salasiah Hanin Hamjah & Adawiyah Ishak. 2012. Kaedah Mengatasi Tekanan Dalam Kalangan Wanita Bekerjaya Dari Perspektif al-Ghazali. Jurnal al-Hikmah 4: 64-75.
Syamruddin Nasution. 2014. Kajian Naskah: Kitab Sa’iru al-Salikin li Babi Ihya 'Ulum al-Din Karya Shaykh ‘Ali Ibn ‘Abd al-Rahman al-Kalantani. Sosial Budaya: Media Komunikasi Ilmu-ilmu Sosial dan Budaya.
Syamsul Rizal Mz. 2018. Akhlak Islami Perspektif Ulama Salaf. Jurnal Edukasi Islami Jurnal Pendidikan Islam 7(1): 67-100

Downloads

Published

2022-04-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

[Wealth-Loving Therapy in Nurturing Generosity According to Al-Ghazali’s Spiritual Theory through Kitab Al-Arba’in Fi Usul Al-Din] : Terapi Cintakan Harta dalam Memupuk Sifat Pemurah menurut Teori Spiritual Al-Ghazali Menerusi Karyanya Al-Arba’in Fi Usul Al-Din. (2022). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(1), 185-192. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.660