Hadis Berkaitan Khutbah Jumaat dan Keberkesanannya dalam Metodologi Dakwah [Hadith Related To Friday Sermon And Its Effectiveness In Dakwah Communication]

Authors

  • Nurulhuda Izyana Hamzah UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
  • Syed Najihuddin Syed Hassan Universiti Sains Islam Malaysia
  • Nur Saadah Hamisan @ Khair Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.2.669

Abstract

Khutbah Jumaat ialah ucapan berbentuk syarahan yang disampaikan oleh seorang khatib pada hari Jumaat. Khutbah juga merupakan salah satu medium dakwah secara lisan yang menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, mutu khutbah pada masa kini masih dipengaruhi oleh jangka masa dan keadaan semasa yang mana dibimbangi tidak memberi kesan positif kepada pendengar. Sebagai contoh, wujud segelintir ahli jemaah yang tidak mengambil perhatian dan manfaat serta kebaikan daripada pelaksanaan solat Jumaat iaitu mendengar khutbah. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama: Untuk menjelaskan keberkesanan khutbah Jumaat sebagai salah satu metodologi dakwah; dan untuk menghuraikan hadis Nabawi yang membincangkan tentang kewajipan mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang kepentingan mendengar khutbah Jumaat serta perkara-perkara yang tidak digalakkan semasa khatib sedang berkhutbah. Hal ini kerana, khutbah mengandungi pelbagai pesanan dan intipati yang bermanfaat bagi pendengar untuk memantapkan akidah di samping untuk terus menguatkan kepercayaan kepada Allah SWT. Ia juga menjadi benteng penguat kepada iman umat Islam dan merupakan salah satu wasilah yang berkesan dalam konteks dakwah.

Friday sermon is a speech in the form of a lecture delivered by a preacher on Friday. It is also one of the forms of oral preaching, which is a channel to convey information and knowledge to Muslims. However, the quality of sermons nowadays is still influenced by the timeframe and the current situation, which is feared to have a negative effect on the listeners. For example, there are a few members of the congregation who do not pay attention to the benefits and virtues of performing the Friday prayer, which is listening to the sermon. Therefore, this study was conducted to achieve two main objectives: (1) to explain the effectiveness of the Friday sermon as one of the da'wah methodologies; and (2) to explain the Prophet's hadith, which discusses the obligation to listen to the sermon and perform the Friday prayer. By using a qualitative method, this study can give awareness to the Muslim community about the importance of listening to the Friday sermon as well as things that are not encouraged while the preacher is preaching. This is because the sermon contains various messages and essences that are beneficial for the listeners to strengthen their beliefs, in addition to continuing to strengthen their faith in Allah SWT. It is also a fortress that reinforces the faith of Muslims and is one of the most effective wasilahs in the context of da'wah.

Downloads

Published

2022-08-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hadis Berkaitan Khutbah Jumaat dan Keberkesanannya dalam Metodologi Dakwah [Hadith Related To Friday Sermon And Its Effectiveness In Dakwah Communication]. (2022). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(2), 183-196. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.2.669