Kajian Sensitiviti Agama: Tinjauan Awal di Sabah [Religious Sensitivity in Sabah: An Overview Study]

Authors

  • Nur Azian Aratin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Farhana Abdul Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.703

Abstract

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya, etnik, kaum, adat, pantang larang, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Walaupun wujudnya perbezaan-perbezaan tersebut dalam kehidupan bermasyarakat di Sabah. Ia tidak menjadi penghalang kepada pembentukan hubungan baik dan toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sabah. Keadaan ini jelas dilihat menerusi sikap keterbukaan masyarakat Sabah dalam beradaptasi dengan kepelbagaian adat dan budaya yang wujud dalam kalangan masyarakatnya serta penerimaan terhadap budaya kahwin campur merentasi kaum, agama, kewarganegaraan yang tinggi sehingga membentuk hubungan kekeluargaan yang mempunyai pelbagai anutan agama di Sabah. Suasana kehidupan masyarakat Sabah ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya toleransi yang tinggi serta suasana harmoni dalam kehidupan bermasyarakat di negeri itu. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu-isu sensitif agama yang dianggap mampu menyentuh sensitiviti keagamaan bagi masyarakat di negeri Sabah jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tahap hubungan, faktor pembentukan serta cabaran dalam pembentukan hubungan antara agama di Sabah. Selain itu, menganalisis isu-isu sensitif agama serta pihak bertanggungjawab dalam menguruskan konflik antara agama di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan iaitu dengan merujuk artikel, jurnal, tesis yang mempunyai hubungkait dengan tajuk perbincangan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap hubungan antara agama di Sabah adalah tinggi. Namun masyarakat beragama di Sabah turut berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengekalkan hubungan baik antara agama di Sabah. Antaranya, cabaran dari aspek politik, Media Massa serta sikap individu yang pentingkan diri sendiri. Namun kebangkitan isu keagamaan yang berbangkit di Sabah melibatkan isu teologi, isu tuntutan hak sosial dan isu sosial dalam kalangan masyarakat beragama di Sabah.

Sabah is a state rich in cultural diversity, ethnicities, races, customs, taboos, religions and different beliefs. Despite the existence of these differences in community life in Sabah, they do not become an obstacle to the formation of good relations and high tolerance among the Sabahan community. This situation is clearly seen through the openness of the Sabahan community in adapting to the diversity of customs and cultures that exist among the Sabahan community as well as the acceptance of the culture of intermarriage across races, religions, and high citizenships until the formation of family relationships that have various religious affiliations in Sabah. The atmosphere of life in Sabah clearly shows that there is a high tolerance and an atmosphere of harmony in community life in the state. However, in recent times, various sensitive issues have arisen that are considered capable of touching the religious sensitivities of the state of Sabah if not handled in the right way. Therefore, this study was conducted to analyze the level and challenges in interfaith relations in Sabah. In addition, analyzing religiously sensitive issues and parties responsible for managing inter-religious conflicts in Sabah. This study uses the bibliographic method by referring to articles, journals, theses that are related to the scope of the study discussion. The results of the study found that there is a good relationship between religions in Sabah. However, religious communities in Sabah are also faced with political challenges, mass media, individual attitudes that are self-important in maintaining the relationships that have been formed. The rise of religious issues in Sabah involves theological issues, social rights claims issues and social issues among religious communities in Sabah.              

References

Abd Hakim Mohad, Yusten Karulus, Saini Ag Damit, Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Ahmad Tarmizi Talib & Sarjit S. Gill. (2015). Memahami sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah: Pasca Isu larangan menggunakan kalimah Allah. Proceeding of International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 Century. Hlm: 515-527.
Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar & Mufidah Binti Ruji Juman. (2018). Peranan NGO Islam di Sabah dalam memupuk perpaduan masyarakat: satu tinjauan awal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Hlm:97-108
Ahmad Tarmizi Talib, Sarjit Singh Darshan Singh, Abdul Hakim Mohad dan Ridzuan Firdaus @ Agus Payong. 2017. Kajian Isu dan Cabaran Hubungan Antara Penganut Agama di Sabah, Malaysia. Pembiayaan Geran Penyelidikan: Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2017. Mengenali Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anon. 2020. Sabahans Lancar Kempen “Sabah Tolak PAS”. IniSabahBah. Https://IniSabahBah.com/Sabahans-lancar- kempen-Sabah-tolak-PAS/?lang=ms. Accessed [16 December 2020].
Alexzender Ginli. (2018). Isu Keagamaan dalam Era Pentadbiran Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), 1967-1976. Jurnal Borneo Arkhailogia. 3(2): 133-141.
Azlizan Mat Eh & Salbiya Jamaluddin. 2021. Struktural ekosistem dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6(8).
Bainol Lazimin. (2018). Strategi Kristianisasi di daerah Kota Marudu, 1985-1994. Jurnal Borneo Arkhailogian. 3(2): 185-199.
Budi Anto Mohd Tamring. (2008). Pengaruh Agama dalam Interkasi dan Toleransi Etnik: Kajian Kes terhadap pelajar Bumiputera Bajau dan Kadazan di Universiti Malaysia Sabah. Dr. Fal, Tesis Sarjana. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Budi Anto Mohd Tamring. (2018). Mikorot Dalam Konteks Kebudayaan Etnik Dusun di Sabah: Analisis Dari Perspektif Hubungan Etnik. MANU, 27. Hlm: 93-120.
Budi Anto Mohd Tamring &Saidatul Nornis Hj. Mahadi. (2020). Hubungan Kaum di Sabah: Satu PemerhatianAwal. Malaysian Journal of Science and Humanities (MJSSH): Universiti Malaysia Sabah. 5(10): 95-104.
Budi Anto Mohd Tamring & Saidatul Nornis Mahali. (2020). Amalan Kahwin Campur dalam kalangan masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 5(9): 149-162.
Chong Han San & Low Ai Fuah. 2008. The Tamu Sabah’s Native Market. Opus Publication.
Ginsari, S. (2015). Hubungan Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri Sabah 1963-1985. Tesis PhD. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Izham Unnip Abdullah. (2018). Perpaduan, toleransi kaum, agama, asas kekuatan di Sabah. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/node/408342/amp. accessed on Ogos 4 2022].
Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof & Husna Johari. (2014). Pendekatan Pengurusan Konflik dan Hubungannya dengan amalan Interest Based Bargaining (IBB): Kajian ke atas pemimpin kesatuan sekerja perindustrian di Sabah. Journal of Techo Social. 6(2): 63-80.
Nevashiny Karuppiah & Rasazman Hussin. (2021). Perkahwinan komuniti Sino-Kadazan di Kota Kinabalu, Sabah: Memahami Cabaran Identiti, pelbagai, adat dan hubungan harmoni dalam keluarga. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS). 7(1): 86-101.
Mat Zin Mat Kib. 2003. Kristian di Sabah, 1881-1884. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Adira Aratin. 2018. Sejarah Perkembangan Islam: Impaknya terhadap sosiobudaya masyarakat Dusun di mukim Kundasang (1950-2000an). Disertasi Dr, Fal, Fakulti Kemanusiaan, Seni Warisan. Sabah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Azian Aratin. (2021). Keharmonian Antara Penganut Muslim dan Kristian di Sabah. Disertasi Dr. Fal, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Azian Aratin, Nur Farhana Abdul Rahman & Jaffary Awang. (2021). Social interaction Pattern in Muslim-Christian Relation in Ranau, Sabah. International Journal of Business and Social Science. 12(5): 40-47.
Pg Ismail Pg Musa & Siti Zubaidah Ismail. (2015). Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah. Jurnal Syariah. 23(1): 55-78.
Pg Ismail Pg Musa, Siti Zubaidah Ismail & Narizan Abdur Rahman. (2018). Amalan sogit ke atas anak negeri Sabah beragama Islam di Mahkamah Anak Negeri: Kajian perspektif hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari: Universiti of Malaya. Bil.19: 1-17.
Pg Ismail Pg Musa, Siti Zubaidah Ismail & Narizan Abdur Rahman. (2020). Undang-undang perlanggaran adat di Mahkamah Anak Negeri: Konflik pemakaiannya terhadap orang Islam dalam kerangka perundangan plural di Sabah. E-journal of Islamic Thought and Understanding: Universiti of Malaya. Volume 1: 71-87.
Rafidah @ Malissa Binti Salleh, Lenny James Matah & Ku Mohd Amir Aizat Ku Yusof. (2019). Sistem Kehakiman Anak Negeri Sabah dalam Konteks Perlaksanaan Hukuman & Denda Adat. Borneo Akademika. 3(1): 9-18.
Rafidah Binti Ahmad, Noraini Binti Luchin & Johan Severinus Tati. (2021). Toleransi agama & budaya dalam perspektif Islam. Jurnal Pengajian Umum. Vol (2).
Rosazman Hussin, Johan Johnes, Jabil Mapjabil, Jeannet Stephen & Jurry Foo @ Jurry Bt. F. Michael. (2021). Struktural ekosistem dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Malaysian Journal of Social Science dan Humanities (MJSSH): Universiti Malaysia Sabah. 6(8): 281-292.
Sharifah Darmia Binti Sharif Adam. (2020). Pengaruh budaya dalam keharmonian etnik di Sabah.Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Hlm: 62-68.

Shaharuddin Badaruddin, Azman Ayob & Mazlan Che Sah. (2015). Beliia & 1 Malaysia: Antara Cabaran dan Harapan. Malaysian Journal of Youth Studies.
Supain & Siti Norshahanie. (2017). Toleransi Antara Umat Beragama di Sipitang Sabah, Malaysia. Diploma Tesis, UIN Sunan Gunung Djati Bandung: Indonesia.
Suraya Sintang & Budi Anto Mohd Tamring. 2015. Menjana Keharmonian Melalui Kahwin Campur: Kajian Kes di daerah Keningau. Laporan Kajian Geran SBK0113-SS-2013 UMS.
Suhaili Abdul Rahman & Kamarul Nizam Abdullah. (2018). Mengurus Keselamatan Sabah: Dilema dan Realiti. Malaysian Journal of Social Science and Humanities. 3(5): 55-67.
Suraya Sintang, Budi Anto Mohd Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Hj Lukin & Halina Sendera Mohd Yakin. (2019). Kesepaduan Sosial Hubungan Antara Agama di Pedalaman Sabah. Borneo International Journal. 2(1): 5-15.
Suraya Sintang, Budi Anto Mohd Tamring, Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin &Halina Sandera Mohd Yakim. (2019). Fenomena Agama di Pedalaman Sabah. Journal of History Department: Universiti of Malaya. 28(2): 187-199.
Suraya Sintang, Khadijah Hambali, Mohd Nazmi Mohd Khalil & Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin. (2022). Soladariti agama dalam hubungan Inter-Komuniti di Sabah. Akademika. 92(2). 187-205.
Tarmizi M. Jakfar & Nur Azizah Fayyadhah Binti Baharuddin. (2018). Peran Majelis Sulh dalam penyelesaian hak hadhanah pasca perceraian (studi kasus di Mahkamah Syariah Kabupaten Tawau, Provinsi Sabah, Negara Malaysia). Jurnal Hukum Keluarga & Hukum Islam. 2(1): 195-215.

Downloads

Published

2022-12-17

Issue

Section

Articles

How to Cite

Kajian Sensitiviti Agama: Tinjauan Awal di Sabah [Religious Sensitivity in Sabah: An Overview Study]. (2022). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(3), 182-200. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.703