Jurisprudens Watan: Suatu Pengenalan Prinsip Tadbir Urus yang Baik Dilihat Melalui Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia [Watanic Jurisprudence: An Introduction To The Principles of Good Governance Viewed from Article 181(1) of The Federal Cons

Authors

  • Wan Ahmad Fauzi Wan Husain Universiti Malaya
  • Amer Hudhaifah Hamzah Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.704

Abstract

Tadbir urus yang baik mempunyai prinsip etika yang tertakluk pada doktrin suatu perlembagaan. Doktrin perlembagaan pula mempunyai hubungan yang kuat dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Banyak pihak membahaskan tentang kedaulatan undang-undang, malangnya Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan sering diabaikan. Perkara 181(1) penting kerana dalam peruntukan itu menjelaskan prinsip kedaulatan Malaysia. Makalah ini mengemukakan prinsip tadbir urus yang baik berlandaskan doktrin undang-undang Malaysia. Metodologi jurisprudens watan digunakan untuk menentukan prinsip kedaulatan dan doktrin undang-undang Malaysia. Dapatan menunjukkan prinsip Tadbir urus yang baik berteraskan konsep khalifah, keadilan dan syura. Tiga buah konsep tersebut melahirkan prinsip integriti, akauntabiliti, amar maaruf, nahi munkar, teliti, muhasabah, ketelusan, persamaan dan kebebasan. Dari aspek perlaksanaannya pula, prinsip Tadbir urus yang baik dapat dikuatkuasakan melalui prinsip kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong. Kesimpulannya, implikasi kedaulatan watan tanah air memberi legitimasi kepada pemakaian prinsip Tadbir urus yang baik menurut Islam dalam kerangka undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Tadbir urus yang baik berprinsipkan Islam bukan sahaja terpakai kepada Yang di-Pertuan Agong, malah kepada sesiapa sahaja yang melaksanakan kuasa eksekutif baginda.    

Good governance has ethical principles that are subject to the doctrine of a constitution. The constitutional doctrine, in turn, has a strong relationship with the principle of the rule of law. Many parties debate the rule of law, unfortunately, Article 181(1) of the Federal Constitution is often ignored. Article 181(1) is important because the provision explains the principle of Malaysia's sovereignty. This paper presents the principles of good governance based on Malaysia's legal doctrine. The Watanic jurisprudence methodology is used to determine the principles of sovereignty and the legal doctrine of Malaysia. The findings show good governance principles are based on the concept of the caliph, justice, and shura. These three concepts produce the principles of integrity, accountability, Amar ma'aruf, Nahi Munkar, prudence, self-reflection, transparency, equality, and freedom. In terms of implementation, good governance principles can be enforced through the principle of executive power of the Yang di-Pertuan Agong. In conclusion, the implications of the indigenous sovereignty of the homeland give legitimacy to adopting good governance principles in Islam within the framework of the Federal Constitution. The good governance of Islamic principles is not only applicable to the Yang di-Pertuan Agong but also to anyone executing his executive powers.                    

References

Abdul Monir Yaacob. 2005. Kuasa perundangan dalam sebuah negara Islam: Kes Malaysia, dlm. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: IKIM.
Abdul Rahman I. 2008. Non-Muslim Under Shariah, Kuala Lumpur: A.S Noordeen.
Abdul Rashid Moten. 2005. Malaysia as an Islamic State: A political analysis? dlm. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: IKIM.
Abdullah @ Alwi Haji Hasan. 2005. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: IKIM.
Abdul Hamid Mohamad. 2016. ‘The Truth Shall Prevail.’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Samat Musa, 2005. Hak dan tanggungjawab rakyat dan ulil-amri, mlm. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, Kuala Lumpur: IKIM.
Arief Salleh & Yahaya Jusuh. 2015. Tafsir Maudhu’iy: Politik dan Urus Tadbir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Omar bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] 2 MLJ 55.

Ibn Kathir. 2022. https://qurano.com/en/42-ashshura/verse-13/ yang diakses Accessed 30 May..
Indira Gandhi A/P. Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] MLJU 69.
Manzooruddin Ahmed. 1983. Islamic Political System in the Modern Age: Theory and Practices, Karachi: Saad Publishing.
Mohammad Hashim Kamali. 2005. Criteria and characteristics of an Islamic state, dlm. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: IKIM.
al-Mubarakfuri, Shafiyurrahman. 2013. Rahiq al-Makhtum: Sirah Nabawiyah. Selangor: Pustaka Ibu Katsir Sdn.Bhd.
Nooh Gadut. 2005. Ulil Amri: Takrif dan konsep, dlm. Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: IKIM.
Perlembagaan Persekutuan, Pejabat Peguam Negara.
Supreme Court of Canada. 2014. Re: Reference re Senate Reform.
Shellabear, W.G. t.th. Sejarah Melayu, Cet. Ke-25, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Turabi, Hassan. 1983. The Islamic State, Dlm. Esposito, J.L., Voices of Resurgent Islam, New York: Oxford University Press.
Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain. 2017. Konsep Kedaulatan Watan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut Sejarah Perundangan, Tesis PhD Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2017. Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu Menurut Kerangka Peribumi. KANUN 29(2): 41-73.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah & Mohamed Anwar Omar Din. 2017. Islam Agama Bagi Persekutuan Satu Kajian Sejarah Perundangan. Akademika 87(3): 179-195.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2018. Kedaulatan Raja-Raja Melayu: Jurisprudens, Governan dan Prinsip Perlembagaan Persekutuan. Selangor: Abad Sinergi Sdn. Bhd.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2020. Kenegaraan Malaysia: Sejarah, Kedaulatan dan Kebangsaan, Perlis: Penerbit Universiti Malaysia Perlis.
Wan Husain, W.A.F. 2020. Insights: The Conceptual Framework for Building the World Class Good Governance Ethics. Journal of Governance and Integrity, 4(1), 1–5.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2021. Yang di-Pertuan Agong: Kedaulatan, Prerogatif dan Amalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2021. Watanic Jurisprudence: Articulating the Legitimate Elements of the Basic Structure of the Federal Constitution. IIUM Law Journal 29(1): 1-2.
Wan Husain, W.A.F. 2021. Insight: The Interpretation of Islam Within the Legal Framework of the Indigenous Malaya. Journal of Governance and Integrity, 4(2): 64-72.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2022. Kedaulatan Malaysia Governan Utama Negara. Selangor: Abad Sinergi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Penerbit UMP.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2022. Watanic Jurisprudence: Governing Principles in Legislative Powers Under the Federal Constitution, Journal of the Malaysian Parliament, 2: 128-148.

Downloads

Published

2022-12-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

Jurisprudens Watan: Suatu Pengenalan Prinsip Tadbir Urus yang Baik Dilihat Melalui Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia [Watanic Jurisprudence: An Introduction To The Principles of Good Governance Viewed from Article 181(1) of The Federal Cons. (2022). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(3), 218-231. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.704