Pendekatan Pendakwah dalam Masyarakat Multi-Etnik: Kajian Kuantitatif di Sarawak

Preacher's Approach in Multi-Ethnic Society: A Quantitative Study in Sarawak

Authors

  • Nor Azlina Ibrahim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhamad Faisal Ashaari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Zulkifli Abdul Ghani

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2024.25.3.851

Keywords:

Pendekatan, Dakwah, Akidah, Multi-etnik, Sarawak

Abstract

Kehidupan dalam multi-etnik akan berhadapan dengan kepelbagaian cara hidup, adat dan budaya yang sebahagiannya bercanggah dengan Islam. Dakwah dalam persekitaran ini sangat mencabar kerana orang Islam perlu untuk mengekalkan akidah dah jati diri serta tidak boleh larut dalam kepelbagaian ini. Pihak berkuasa agama Islam di Sarawak mengambil pendekatan yang jelas dalam dakwah dan tidak menerima pluralisme agama. Biarpun masyarakat Islam di negeri ini hidup secara harmoni dalam pelbagai etnik, tetapi tidak bertolak ansur atas urusan agama. Objektif artikel ini ialah untuk mengkaji cara pendekatan berhikmah dan harmoni dalam mendekati masyarakat multi-etnik di negeri ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui kajian tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 116 orang pendakwah di Sarawak. Kajian mendapati pendakwah menggunakan  pendekatan yang berhati-hati dan membezakan antara menghormati dan mengiktiraf cara hidup, adat dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Mereka juga terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang membolehkan mereka memperkenalkan Islam secara tidak langsung serta mempraktikkan dakwah secara hikmah. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berkenaan memperkukuh strategi dan pelaksanaan dakwah melalui tiga pendekatan ini yang mampu mengekalkan akidah dan jati diri, sambil memelihara keharmonian dalam persekitaran multi-etnik.

References

Aziz Deraman, A. 1975. Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (suatu pengenalan latar belakang dan sejarah ringkas. Kuala Lumpur: Penerbit Cahaya Pantai (M).

Azra, A. (2000). Islam substantif: agar umat tidak jadi buih. Jakarta: Penerbit Mizan.

Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath. (1995). Al-madkhal ila ‘Ilm al-Da’wah. Beirut: Mua’assat al-Risalah.

Efendi, Z., (2021). Religious plurality in Dayak Bidayuh Lara society (portrait of inter-religious harmony in Kendaie Lundu Village, Sarawak): pluralitas agama pada masyarakat Adat Dayak Bidayuh Lara (potret kerukunan antar umat beragama di Kampung Kendaie Lundu, Sarawak), Dialog 44(1), 75-88.

Fitriani, S. (2020). Keberagaman dan toleransi antar umat beragama. Analisis: Jurnal Studi Keislaman 20(2), 179-192.

Ibrahim, M. and Riyadi, A. (2023). Concepts and principles of da’wah in the frame of Islamic community development, Prosperity: Journal of Society and Empowerment, 3(1), 30-42.

Kiyai, G., Halabi, K. N. M., Ismail, N. H., Nasir, N., & Liman, J. E. L. J. E.. (2023). Mali dalam kepercayaan masyarakat Iban di Sarawak. Jurnal Sains Sosial 8(1), 44-54.

Madjid, N. (1992). Islam: doktrin dan peradaban, sebuah telaah kritis tentang keimanan, kemanusiaan dan kemodenan. Jakarta: Penerbit GT Gramedia Pustaka Utama.

Mujani, W.K. and Yusuf, N. (2010). Islam dan missionari di Sarawak: kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841-1941, Sosiohumanika 3(2).

Pratama, A. W. S., Nuraini, I., Thama, T. A., Hardiansyah, M., & Subarkah, M. A.. (2024). Pendidikan karakter al-Islam kemuhammadiyahan di era disrupsi. Masterpiece: Journal of Islamic Studies and Social Sciences 2(1), 13-22.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1994). Al-sahwah al-Islamiyyah bayn al-juhud wa al-tatarruf. Al-Qahirah: Dar al-Sahwah li al-Nashr wa al-Tauzi’.

Rizha, F. (2021). Implementasi amar ma'ruf nahi mungkar dalam kehidupan sosial. At-Tanzir: Jurnal Ilmiah Prodi Komunikasi Penyiaran Islam, 123-138.

Rofiq, M. (2022). Persiapan dakwah dan segenap sarananya dalam kitab al-qudwah hasanah fi manhaji al-da’wah ilallah; kajian dakwah berbasis perencanaan perspektif konteks kekinian. RISDA: Jurnal Pemikiran dan Pendidikan Islam 6(1), 87-107

Sabtu, M. and Omar, M.N., (2023). Metodologi dakwah bil hikmah terhadap saudara baru di PERKIM bahagian Melaka. Jurnal 'Ulwan 8(3), 1-7.

Shalabi, Rauf. (1973). Da’wah Islamiyyah fi ahdiha al-makki. Al-Qahirah: Majma’ Buhuth al-Islamiyyah.

Tamuri, A.H. (2021). Konsep dan pelaksanaan fungsi masjid dalam memartabatkan masyarakat. International Journal of Mosque, Zakat and Waqaf Management (Al-Mimbar) 1(1), 1-12.

Downloads

Published

2024-12-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

Pendekatan Pendakwah dalam Masyarakat Multi-Etnik: Kajian Kuantitatif di Sarawak: Preacher’s Approach in Multi-Ethnic Society: A Quantitative Study in Sarawak. (2024). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 25(3), 26-38. https://doi.org/10.37231/jimk.2024.25.3.851