Konsep Pemerintahan Islam Berasaskan Konsep Pengurusan Ekonomi Khalifah Umar Al-Khattab RA

The Concept Of Islamic Government Based On The Caliph Of Umar Al-Khattab Ra Economic Management Concept)

Authors

  • Mohd Syakir Mohd Rosdi Dr
  • Suwandi Simangunsong Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37231/jimk.2024.25.3.874

Keywords:

Konsep; Pemerintahan Islam; Pengurusan Ekonomi; Khalifah Umar al-Khattab RA, Konsep, Pemerintahan Islam, Pengurusan ekonomi, Khalifah Umar al-Khattab RA

Abstract

Banyak kajian berkaitan kepemimpinan dalam Islam dilakukan oleh para pengkaji, tinggal lagi kajian berkenaan konsep pemerintahan Islam yang belum banyak dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Kajian ini penting dilakukan bagi mengisi lompang kajian tersebut. Hal ini juga menunjukkan bahawa konsep pemerintahan Islam sangat penting dibina agar ia menjadi panduan kepada para pemimpin pada hari ini. Jika disoroti kembali sejarah, kepimpinan Islam pada masa lalu banyak meninggalkan ketamadunan dan kejayaan. Persoalannya, kenapa tidak dikembalikan kegemilangan tersebut dengan menggunakan konsep pemerintahan berteraskan Islam? Lebih menarik, terdapat seorang khalifah pada awal-awal pemerintahan Islam iaitu Umar al-Khattab RA yang berjaya memadu banyak perkara secara komprehensif sehinggakan berjaya memperoleh kejayaan dalam pemerintahannya. Justeru itu, kajian ini ingin menumpukan konsep pengurusan kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA agar ia dapat dijadikan panduan pembinaan konsep pemerintahan berteraskan Islam. Daripada kepentingan-kepentingan tersebut, kajian ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kajian metod naratif kerana ia bertepatan dengan data sekunder yang dikumpulkan iaitu dengan menggunakan kaedah kajian dokumen. Data-data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya didapati bahawa kerangka konsep pengurusan ekonomi kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA yang meliputi dua prinsip, satu ciri, dan satu kaedah dapat dijadikan sebagai sebahagian konsep pemerintahan berteraskan Islam. Bagi dua prinsipnya ialah takut hanya kepada Allah SWT dan mempertahankan syariat Islam. Satu ciri kepemimpinan Umar al-Khattab RA ialah berakhlak mulia dan satu kaedah kepemimpinan Baginda pula mengembangkan tajdid. Kerajaan seperti ini terbukti mendapat jaminan keselamatan, keharmonian sosial dan tidak berlaku sebarang kezaliman.

Many studies related to leadership in Islam have been conducted by researchers, but there is still a study on the concept of Islamic governance that has not been done by any researcher. This study is important to fill the gaps in the study. This also shows that the concept of Islamic governance is very important to build so that it can be a guide for leaders today. If we look back at history, Islamic leadership in the past left a lot of civilization and success. The question is, why not restore that glory by using the concept of Islamic-based governance? More interestingly, there was a caliph at the beginning of the Islamic rule, namely Umar al-Khattab RA who managed to combine many things comprehensively to the point of achieving success in his rule. Therefore, this study wants to focus on the concept of Islamic-based leadership management of Umar al-Khattab RA so that it can be used as a guide for building the concept of Islamic-based governance. From these interests, this study was conducted using a narrative method research design because it coincides with the secondary data collected, namely by using the document study method. This data was then analyzed using the qualitative content analysis method. The results found that the framework of the concept of economic management based on Islamic leadership of Umar al-Khattab RA which includes two principles, one characteristic, and one method can be used as part of the concept of Islamic governance. The two principles are fear only of Allah SWT and defending Islamic law. One characteristic of Umar al-Khattab RA's leadership is having noble character and one method of his leadership is developing tajdid. This kind of government has been proven to guarantee security, social harmony and no injustice.

References

A. Mustofa. (2010) Akhlak Tasawuf. Bandung: Pustaka Setia.

Abul A'la al Mawdudi. (1978). Khilafah dan Kerajaan. Bandung: Mizan.

Al-‘Alwani, Thaha Jabir. 1995. Huquq al-Muttaham fi al-Islam. Tapa Kota: Association of Muslim Sosial Scientists.

Al-Attas, S. M. N. (1996). The Worldview of Islam: An Outline. Dalam Islam and the Challenge of Modernity: Historical and Contemporary Contects, diedit oleh S. S. Al-Attas. Kuala Lmpur: International In-stitute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Awang, Abdul Hadi. (2021). ‘Khalifah Umar RA (Fiqh Siasah Khulafa’ Al-Rasyidin 2. Kuala Lumpur. Pustaka Permata Ummah.

Baltaji, Muhammad. (2007). Ijtihad Umar bin Khattab dalam Penetapan Syari’at Islam. Terj. H. ‘Abdul Rachman Soleh Siregar. Selangor: Berlian Publications SDN. BHD.

Al-Bukhari, al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah Ibn Isma’il. (2003). Shahīhul-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Hazm.

Damsar & Indrayani. (2016). Pengenalan kepada sosiologi luar bandar. Jakarta: Kencana.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi keempat. Pustaka: Kuala Lumpur.

Al-Ghazali. (2005). Ayyuhal Walad. Singapura-Jeddah-Indonesia: al-Haramain.

Al-Haritsi, Jaribah Ahmad. (2020). Fiqh Ekonomi Umar bin al-Khathab. Terj. Asmuni Solihan Zamakhsyari. Jakarta: Perpustakaan Al-Kautsar.

Husseini Zamburi. (2013). The Golden Story of Umar bin Khaththab. Jakarta. Maghrifah Pustaka.

Ibnu Katsir. (2013). Al-Bidayah Wan Nihayah. Terj. Muhammad Isfahan. Crescentt News

Ibn Khaldun. (2010). Muqaddimah, Terj. Masturi Irham. Jakarta: Bumi Aksara.

Kosim, E. (1988). Kaedah Sejarah. Asas dan Proses. Sumedang: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Padjadjaran.

Krippendoff, Klaus. (1993). Analisis Kandungan Pengenalan kepada Teori dan Metodologi. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.

Kuntowijoyo. (1995). Pengantar Ilmu Sejarah. Yogyakarta: Yayasan Benteng Budaya.

Al-Mawardy. (2000). Al-Ahkam al-Sulṭaniyyah wa al-Wilayat al-Dniyyah, ed. In, Hukum Tata Negara dan Kepemimpinan dalam Takaran Islam. Terj: ‘Abdul Hayyie al-Kattani dan Kamaluddin Nurdin. Gema Insani Press: Jakarta.

Marwa, M. (2018). Umar Bin Khattab: Potret Keteladanan Sang Pemimpin Umat. Al-Tadabbur, 4(2), 1-20.

Murad, Mustafa. (2014). Kisah Hidup Umar Ibn Khattab. Terj. Ahmad Ginanjar & Lulu M. Sunman, cet. 7. Jakarta. Zaman.

Al-Qaradawi, Yusuf. (1997). Membina Masyarakat Baru. terj. Rushdi Helmi. Jakarta. Gema Human Press.

Al-Qardhawi, Yusuf. (2001). Norma dan Etika Ekonomi Islam. Jakarta: Gema

Ramayulis. (1998). Modernisasi dalam Islam. Padang: Zaky Press.

Al-Shallabi, Ali Muhammad. (2020). Biografi Umar bin Khattab. Terj. Khairul Amru Harahap dan Akhmad Faozan. Pustaka Al-Kausar.

Serbaguna, B.S. (2005). Analisi Data pada Penelitian Kualitatif. Yogyakarta. Graha Ilmu.

Shihab, M. Quraisy. (2004). Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan, dan Keserasian Al-Qur’an, Tangerang: Lentera Hati.

Syukri Salleh, Muhammad. (2021). "Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam" Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia.

Al-Zamakhsyari al-Khawarizmi, Abu al-Qasim Jar Mahmud Umar (2009). Al-Kasysyaf can Ḫaqaiq at-Tanzilwa cUyun at-Ta’wil fi Wujuh at-Ta’wil. Bayrut: Dar al-Macrifah.

Downloads

Published

2025-01-01

Issue

Section

Articles

How to Cite

Konsep Pemerintahan Islam Berasaskan Konsep Pengurusan Ekonomi Khalifah Umar Al-Khattab RA: The Concept Of Islamic Government Based On The Caliph Of Umar Al-Khattab Ra Economic Management Concept). (2025). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 25(3), 119-132. https://doi.org/10.37231/jimk.2024.25.3.874