MANHAJ DAKWAH AL-HISSI DALAM Al-QUDWAH AL-HASANAH MELALUI UMMUHĀT AL-AKHLĀK : AL-HIKMAH, AL-SYAJA’AH, AL-‘IFFAH DAN AL-‘ADL
(An Analysis Of The Methods Of Al-Hissi Da’wah In Ummuhāt Al-Akhlāk : Al-Hikmah, Al-Syaja’ah, Al-‘Iffah Dan Al-‘Adl)

Authors

  • Azyyati Mohd.Nazim Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Delivering da’wah (preaching) is effectively executed if Prophet Muhammad’s (PBUH) examplary of akhlaq is inculculated in the recipients of da’wah.  In this case, all prophet’s (PBUH) verbal and non-verbal actions are deemed necessary for all preachers to follow. Muslim preachers have to be alert to any religious deviations which may exploit humans’ natural behaviour; that is, to be easily influenced and coaxed by new ideas and views, by getting ashtray from the right path. Starting from this ground, Islamic preachers are higly recommended to employ the al-Hissi method of da’wah as a means of bringing up a generation of Muslim ummah that  possesses good thinking and behaviours.  This study aims to analyse the al-Hissi methods of da’wah exemplified in the book ummuhāt al-akhlak which include al-Hikmah, al-Syaja’ah, al-‘Iffah dan al-‘Adl. Using the content analysis approach and inductive method, this study analyses the primary sources of data (Al Quran and Ahadith) through the lens and perspectives of Muslim scholars’ and preachers. Results showed that the al-Hissi method of da’wah is very effective in delivering da’wah. Besides,   Prophet Muhammad’s (PBUH) method of da’wah was contended to be the best  guidance for a beginner Muslim preacher to deliver his message. This study is significant in terms of uncovering the essentail role played by a preacher as an ambassador to chain and strengthen the relationship among communities (الربط العام).

 

Keywords: Da’wah, methods of da’wah, al-Hissi, al-Qudwah al-Hasanah, ummuhāt al-akhlak

 

ABSTRAK

Proses menyampaikan dakwah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan melalui kaedah ikutan contoh akhlak dalam membina keperibadian al-mad’u(sasaran dakwah). Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan bagi para pendakwah dalam semua perilaku Rasulullah s.a.w, baik ucapan mahupun perbuatan. Golongan pendakwah masa kini hendaklah peka terhadap para penyebar dakyah sonsang yang telah mempergunakan kecenderungan tabiat meniru manusia supaya mengikuti cara hidup manusia yang sesat dan menyimpang. Maka, bertitik tolak daripada persoalan pelaksanaan dakwah masa kini, golongan pendakwah hendaklah menggunakan manhaj dakwah al-Hissi supaya dapat menggerakkan fikiran dan perasaan manusia untuk mengikuti yang baik dan mulia. Maka, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis manhaj dakwah al-Hissi dalam ummuhāt al-akhlak iaitu al-Hikmah, al-Syaja’ah, al-‘Iffah dan al-‘Adl. Kaedah kajian ini menggunakan teknik analisis kandungan yang disokong dengan sumber-sumber primer iaitu al-Quran dan hadith melalui analisis induktif dan perbandingan pandangan tokoh-tokoh dalam bidang pengajian Islam dan disiplin ilmu dakwah. Hasil kajian didapati, kepentingan manhaj dakwah al-Hissi bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah yang dapat dilihat dan berkesan. Selain itu, kewajipan mencontohi Rasulullah s.a.w adalah penting sebagai panduan asas dakwah bilhal kepada seorang pendakwah dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini telah mendedahkan kepentingan seorang pendakwah untuk bertindak sebagai pengikat hubungan kemasyarakatan yang dikenali sebagai (الربط العام).

 

Kata Kunci: Dakwah, Manhaj, al-Hissi, al-Qudwah al-Hasanah, Ummuhāt al-akhlak

Author Biography

  • Azyyati Mohd.Nazim, Universiti Sultan Zainal Abidin
    Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Downloads

Published

2017-07-04

Issue

Section

Articles

How to Cite

MANHAJ DAKWAH AL-HISSI DALAM Al-QUDWAH AL-HASANAH MELALUI UMMUHĀT AL-AKHLĀK : AL-HIKMAH, AL-SYAJA’AH, AL-‘IFFAH DAN AL-‘ADL (An Analysis Of The Methods Of Al-Hissi Da’wah In Ummuhāt Al-Akhlāk : Al-Hikmah, Al-Syaja’ah, Al-‘Iffah Dan Al-‘Adl). (2017). Malaysian Journal Of Islamic Studies (MJIS), 1(2), 43-54. https://journal.unisza.edu.my/mjis/index.php/mjis/article/view/34