KAEDAH MENINGKATKAN KESEDARAN MENUTUP AURAT DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Muhamad Zahiri Awang Mat, Zariah Zakaria Zabariah Ahmad, Siti Salwa Md. Sawari

Abstract


Islam sets out guideline to the believer in order to distinguish themselves with the non-Muslims, whether in traditional, religious or personal. One of the significant difference is guidelines for covering aurah. This study aims to discover awareness in covering aurah, expose and educate standard six student in protecting their aurah according to Islamic teaching obligate the Islamic Law. Observation and interview were used in this study. The sample consisted of 10 standard six students and four teachers. Overall, the study showed that some girls have practically cover their aurah, while others only cover when learning of Islamic subject. After the Islamic subject lesson finish, there are students who open their scarf. During the Physical subject exercise activities and co-curricular activities, more students choose not to cover their aurah. Through the interview, teachers proposed several method to increase awareness among student in cover aurah, thera are; “Role model" to students, using power, campaigns and workshops, giving gift and Da’wah Fardiyah. Keywords: Aurah, teacher of Islamic education.

Keywords: Aurah, Teaching, Islamic Education.

 

ABSTRAK

 

Agama Islam menggariskan satu panduan kepada umatnya untuk membezakan diri mereka dengan orang-orang bukan Islam, sama ada dalam adat, ibadat mahupun peribadi. Salah satu perbezaan yang ketara ialah garis panduan pemeliharaan aurat. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesedaran menutup aurat seterusnya memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada murid tahun enam khususnya, dalam penjagaan aurat yang merangkumi pensyariatan pakaian yang memenuhi tuntutan syariat Islam. Kaedah pemerhatian, dan temubual telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang tahun enam dan 4 orang guru yang telah dipilih oleh sebagai responden. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan sebahagian murid perempuan telah menutup aurat dengan sempurna, manakala sebahagian lagi hanya menutup aurat ketika belajar Pendidikan Islam. Selepas habis waktu Pendidikan Islam, terdapat murid yang membuka tudung. Sewaktu menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kegiatan ko- kurikulum lebih ramai murid yang tidak menutup aurat dengan sempurna.. Para guru mencadangkan, “Role model” kepada Murid, menggunakan Kuasa, kempen dan Bengkel, memberi Hadiah dan Dakwah Fardiyah.

 

Kata kunci: Aurat, Pengajaan, Pendidikan Islam.


Full Text:

PDF

References


Asmawati Suhid, Mohd Faizal Mohd Zain, Abdul Muhsin Ahmad & Mohd Aderi Che Noh.

(2013, Januari). Tahap Pengetahuan Murid Tentang Konsep Menutup Aurat: Suatu

Tinjauan Umum. The Online Journal of Islamic Education, 1(1), 40-47.

Farahwahida Mohd Yusof & Nur Afzan Muhamad. (n.d.). Aurat Wanita Muslim Menurut Perspektif Islam: Penerimaan Dan Pengamalan Di Kalangan Masyarakat. 1-7.

Mohd Nor Mamat. (1999, Februari). WAnita, Eksploitasi dan Media Massa: Dedah Aurat Pengaruhi Fikiran dan Gaya Hidup . Muslimah, pp. 28-32.

Suhid, A., Zain, M., Faizal, M., Ahmad, A. M., Noh, C., & Aderi, M. (2013). Tahap Pengetahuan Murid Tentang Konsep Menutup Aurat: Suatu Tinjauan Umum. Online Journal of Islamic Education, 1(1).

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff & Ahmad Arifin Sapar. (2013, Januari). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Murid Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, 1(1), 17-27.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.