[MS] Fungsi Sembang Santai dalam Komunikasi Masyarakat Arab
The Functions of Small Talk in Arabic Communication
Keywords:
komunikasi, fungsi, sembang santai, fasa komunikasi, masyarakat ArabAbstract
Sembang santai ialah perbualan yang tidak rasmi dan tidak meliputi sesuatu topik perbualan yang perlu ditangani. Ia adalah perbualan sopan tentang perkara yang dianggap tidak penting. Sehingga kini fungsi sembang santai dalam komunikasi masyarakat Arab masih belum difahami dengan jelas kerana masih kurang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi sembang santai dalam masyarakat Arab mengikut fasa komunikasi. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan pendekatan kualitatif. Data sembang santai dianalisis berlandaskan Teori Komunikasi Fatik Malinowski (1923). Pengkaji mengumpul data kajian daripada sebuah drama Arab, iaitu Lembaran Masa yang Pahit dengan teknik analisis kandungan. Kemudian, data sembang santai telah dianalisis dan dikod dengan menggunakan perisian ATLAS.ti versi 9. Penemuan kajian ini mengetengahkan 91 ungkapan sembang santai beserta fungsinya yang kemudian dikategorikan kepada 3 fasa komunikasi iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Dapatan kajian juga mendapati fungsi sembang santai pada setiap fasa perbualan ada kalanya berbeza dan ada kalanya mempunyai persamaan. Ini kerana setiap fungsi sembang santai berkait rapat dengan faktor seperti fasa perbualan, konteks situasi, budaya, topik perbualan, status sosial penutur dan pendengar serta jarak hubungan antara penutur dan pendengar. Kajian ini dijangka dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi sembang santai dalam budaya lain untuk mengelakkan kegagalan komunikasi kerana jurang budaya dan bahasa. Ia juga dijangka dapat meningkatkan kefahaman orang ramai tentang fungsi sembang santai yang bersifat universal dan boleh berubah-ubah mengikut faktor tertentu.