FITRAH MANUSIA: ANALISIS TERHADAP NOVEL AYAT-AYAT CINTA 2 KARYA HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY

Human Nature: An analysis of Ayat-Ayat Cinta 2 by Habiburrahman El-Shirazy

Authors

  • Rosmah Derak Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37231/apj.2024.7.1.499

Abstract

Abstract: Habiburahman El-Shirazy is an Indonesian novelist who writes novels with Islamic messages. Among his noteworthy works are Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana, Ayat-Ayat Cinta 2, Bumi Cinta dan Api Tauhid. This research will examine one of his novels, ‘Ayat-Ayat Cinta 2’, using a method to study works based on Islam known as a fitrah criticism of Sohaimi Abdul Aziz's views. Employing a textual analysis, the study focuses on the author-created characters and characterizations. The study indicates that the moral character pattern dominates the entire narrative when the author emphasizes human nature that tends towards goodness and nobility. It was also demonstrated that the human nature that possesses Asmaul Husna’s attributes can manifest them in themselves. The core pattern of religion, which is to recognize God’s uniqueness, may be noticed in the characters’ Islamic faith beliefs. Several characters return to the fitrah of a Muslim, demonstrating the probable Islamic, holy, and safe aspect of fitrah, as understood by fitrah's critics. The pattern of fitrah connected with worship also suggests that the featured characters are aware of their nature that was created to worship God. The findings of the analysis indicate that the author has successfully employed three patterns in Islamic teachings, namely belief, worship, and morals, to develop a character who adheres to the Islamic faith and can serve as a role model for the readers to be good believers.

Keywords: Novel ‘Ayat-Ayat Cinta 2’; Fitrah Criticism; Islamic Faith, Human’s Nature; Asmaul Husna

 

Abstrak: Habiburahman El-Shirazy merupakan penulis novel dari Indonesia yang tampil dengan novel-novel yang membawa mesej-mesej Islam. Antara karya-karyanya yang terkenal ialah Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana, Ayat-Ayat Cinta 2, Bumi Cinta dan Api Tauhid.  Kajian ini akan menganalisis salah satu novelnya yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta 2 dengan menggunakan satu pendekatan untuk mengkaji karya yang berasaskan Islam yang disebut sebagai kritikan fitrah gagasan Sohaimi Abdul Aziz. Kajian ini melibatkan analisis tekstual terhadap novel yang dikaji dengan memberi tumpuan kepada watak dan perwatakan yang digarap oleh pengarang dalam novel tersebut. Hasil daripada analisis terhadap novel Ayat-Ayat Cinta 2 didapati bahawa pola fitrah akhlak mendominasi keseluruhan novel ini apabila pengarang memberi perhatian kepada fitrah manusia yang cenderung kepada kebaikan dan berakhlak mulia, fitrah manusia yang memiliki sifat-sifat Asmaul husna dan dapat mengaktualisasikan sifat-sifat asmaul husna dalam diri. Pola fitrah akidah iaitu mengakui keesaan Allah juga dapat ditelusuri melalui pegangan dan kepercayaan watak-wataknya terhadap akidah Islamiah. Terdapat juga watak yang kembali kepada fitrah yang beragama Islam dan seterusnya dapat menyerlahkan maksud fitrah yang berpotensi Islam, suci dan selamat sebagaimana yang difahami dalam kritikan fitrah. Pola fitrah yang berkaitan dengan ibadah juga menunjukkan bahawa watak yang ditampilkan sedar akan fitrah mereka yang diciptakan untuk tujuan beribadah kepada Allah. Dapatan analisis menunjukkan tiga pola dalam ajaran Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak berjaya digembeling oleh pengarang dalam usaha menampilkan watak yang taat kepada agama Islam dan boleh memberi teladan kepada pembaca untuk menjadi seorang mukmin yang baik.

Kata kunci: Novel Ayat-Ayat Cinta 2; Kritikan Fitrah; Akidah Islamiah; Fitrah Manusia; Asmaul Husna

References

Al Qur’an. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur’an. (2000). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Atin, M. M. (2018). Nilai-Nilai Aqidah dalam Novel Ayat-Ayat Cinta 2 Karya Habiburrahman El Shirazy. INSANIA: Jurnal Pemikiran Alternatif Kependidikan, 23(2), 244-255.

Aziz, S. A. (2008). Kritikan fitrah ke atas novel Ayat-Ayat Cinta: Satu pendekatan psikologi Islam. Persidangan Kebangsaan Kesusasteraan Remaja, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 23–24 Disember 2008.

Aziz, S. A. (2010). Citra fitrah dalam Intan yang Tercanai: Satu kritikan fitrah ke atas drama Noordin Hassan. Dewan Sastera, Mac: 47–61.

Aziz, S. A. (2014). Teori dan kritikan sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz, S. A. (2018). Ranjau Sepanjang Jalan: Menganalisis rezeki sebagai satu fitrah. Kertas kerja Seminar Sehari Membaca Semula Ranjau Sepanjang Jalan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 14 Oktober 2009.

Derak, R. (2013). Novel popular Islami Indonesia dan Malaysia: satu kajian generik dan psikologi Islam (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia).

Derak, R. (2022). Fitrah dalam novel. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

El-Shirazy, H. (2017). Ayat-ayat cinta 2. Republika Penerbit.

Hassan, U. H. A., & Hun, K. Y. (2018). A Comparison of The Concept of Romantic Love in The Novels Ayat-Ayat Cinta 2 And Salju Sakinah. Malay Literature, 31(1), 98-123.

Hassan, U. H. A., & Pawi., A. A. A. (2019). Romantik, kaya dan sempurna: Representasi Pasca-Islamism dalam novel Ayat-Ayat Cinta 2 karya Habiburrahman El-Shirazy. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 440–454. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3504-27.

Ibrahim, K. (2006). Maria Zaitun dalam Salam Maria lambang wanita mukmin masa kini. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 6(1), 11-20.

Mukti, W. I., Andayani, A., & Wardani, N. E. (2018). Portrait of Pesantren Education In Novel Ayat-Ayat Cinta 2 (Potret Pendidikan Pesantren Dalam Novel Ayat-Ayat Cinta 2). Indonesian Language Education and Literature, 3(2), 181-195.

Mulyani, D. K. (2019). Pendidikan Akhlak Dalam Novel Ayat Ayat Cinta 2 Karya Habiburrahman El Shirazy (Doctoral dissertation, UIN Raden Intan Lampung).

Rani, M. Z. A. (2010). Popular Islamic novels of Indonesia and Malaysia: A preliminary exploration. Kertas kerja syarahan umum di Asia Research Institute (ARI) Weekly Seminar Series, anjuran Cultural Studies Research Cluster of ARI, National University of Singapore, 28 Jun 2010.

Rani, M. Z. A. (2011). Kisah cinta di bumi anbiya: Satu analisis teks terhadap novel-novel popular Islami karya para penulis lulusan Timur Tengah. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VII, Universiti Putra Malaysia, 8-9 November 2011.

Rani, M. Z. A. (2012). Islam, romance and popular taste in Indonesia: A textual analysis of Ayat ayat cinta by Habiburrahman El-Shirazy and Syahadat cinta by Taufiqurrahman Al-Azizy. Indonesia and the Malay World, 40(116), 59-73.

Rozak, A., Rasyad, S., & Atikah, A. (2019). Fakta Kemanusiaan dalam Novel Ayat-Ayat Cinta 2 Karya Habiburrahman El Shirazy. Deiksis: Jurnal Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia, 6(1), 9-29.

Tahir, U. M. M. (2012). Wanita Sebagai Objek Seks: Penanganannya Dalam Novel Bila Hujan Malam. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(2), 1-9.

Downloads

Published

2024-04-30

How to Cite

FITRAH MANUSIA: ANALISIS TERHADAP NOVEL AYAT-AYAT CINTA 2 KARYA HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY: Human Nature: An analysis of Ayat-Ayat Cinta 2 by Habiburrahman El-Shirazy. (2024). Asian People Journal (APJ), 7(1), 1-16. https://doi.org/10.37231/apj.2024.7.1.499