PENDEKATAN KEAGAMAAN DAN KESEJAHTERAAN ROHANI TERAS PENCEGAHAN HIV & AIDS: PERSPEKTIF RESPONDEN HIV/AIDS
Abstract
AbstrakÂ
Latar belakang: Penularan HIV dan AIDS di seluruh dunia seperti yang dilaporkan dalam Global Summary of the AIDS Epidemic (UNAIDS, 2006), iaitu “orang yang hidup dengan HIV/AIDS di seluruh dunia berjumlah 39.5 juta, di mana sebanyak 8.6 juta daripada mereka dianggar dari Asia. Di Asia Selatan dan Asia Tenggara, anggaran bilangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS adalah sebanyak 7.8 jutaâ€, telah memberi impak besar dalam kehidupan manusia termasuk sistem pendidikan Malaysia selepas kementerian pendidikan Malaysia telah bersetuju pengajaran pendidikan seks dijadikan sebahagian kurikulum pendidikan di peringkat sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Walaupun pelbagai punca penyebaran virus HIV sehingga seseorang berpenyakit AIDS telah dikenalpasti tetapi umumnya masyarakat Melayu Islam mempersepsi bahawa punca utama penyebaran HIV/AIDS adalah daripada amalan seks tidak sihat sama ada homoseksual atau heteroseksual serta juga daripada penagihan dadah yang menggunakan jarum suntikan. Objektif & Metodologi: Objektif utama kajian ialah mendapatkan pendapat dan persepsi responden HIV&AIDS mengenai keagamaan dan kesejahteraan rohani (spirit) bagi menangani penyebaran penyakit HIV/AIDS. Untuk merealisasikan objektif ini, pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual. Soalan-soalan yang dibina dalam temu bual adalah berdasarkan objektif utama dan telah diajukan kepada pesakit AIDS atau pembawa HIV di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Antaranya ialah Apabila anda telah disahkan sebagai penghidap penyakit AIDS atau pembawa HIV, adakah anda tahu mengenai HIV/AIDS? Apakah punca penyakit yang dialami oleh anda? Seterusnya mereka diminta memberi pendapat dan justifikasi secara bertulis terhadap kenyataan “Saya bersetuju/tidak bersetuju/tidak pasti (sila pilih yang paling sesuai) bahawa agama dan kesejahteraan rohani (spirit) remaja masa kini boleh membantu untuk mencegah remaja tersebut daripada penyakit AIDS atau pembawa HIV. Hasil Kajian: Didapati, langkah-langkah yang dilakukan untuk mencegah HIV/AIDS melalui program yang dilaksanakan ke atas mangsa-mangsa HIV/AIDS seperti mengurangkan bekalan dadah dan penguatkuasaan undang-undang seringkali kurang berkesan. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan pendekatan dan kaunseling keagamaan kepada pesakit AIDS atau pembawa HIV di kalangan orang Islam amat sesuai selaras dengan kepercayaan responden. Ia boleh mencegah daripada penularan HIV/AIDS kepada masyarakat awam dan juga membantu pesakit AIDS dan pembawa HIV dapat menjalankan aktiviti seperti orang lain kerana ada jangka hidup pembawa HIV mungkin akan panjang.
Kata Kunci: Kaunseling, Pencegahan, Agama; Rohani; HIV & AIDS, Islam
References
Abramson, P.P. & Herdt, G. (1990). “The Assessment of Sexual Practices Relevant to The Trasnmission of AIDS: A Golobal Perspective†dalam Journal of Sex Research. 27, h. 215-232.
Anupong Chtwarakorn. (2004). “HIV/AIDS and Sexually-Transmitted Infections in Thailand: Lessons Learned and Challenges Ahead†in Aids in Asia: The Challenge Ahead. New Delhi: World Health Organization.
Arunya, T & John, R (2005). “Pyschological Well-Being of Thai Drug Users: Implications for Prevention†dalam International Journal for The Advancement of Counceling. 27(3), h. 431-444.
al-Attas, S.M.N. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.
al-Attas, S.M.N. (1980). The Concept of Education: A Framework for Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ABIM.
al-Attas, S.M.N. (2002). (Ma’na Kebahagian dan Pengalaman dalam Islam) (trj. Muhammad Zainiy Uthman). Kuala Lumpur: ISTAC.
Faisal Tehrani. http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/10/salah-siapa-kadar-hiv-di-kelantan.html.
Goo Keh Hong @ Goh Keng Hong. (2003). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan yang Berkaitan dengan HIV/ AIDS di Kalangan Pelajar Cina di Sekolah Menengah Taman Sinar Jaya 1, Johor Bharu, Johor. Tesis B.S ( Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) Universiti Putra Malaysia.
KPTM. (2007). Kemasukan Pelajar Di IPTA Mengikut Jantina dan Tahap Pengajian, Tahun 2006. Malaysia: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Lance, L.M, Morgan, M & Columbus, S. (1998). “Assessment of Student’s Knowledge†dalam College Student Journal. Vol. 32 (2), h. 179-190.
Malaysian AIDS Council. (2007). AIDS in Malaysia. Malaysia: AIDS/STI Unit Ministry of Health Malaysia.
Malaysian AIDS Council. (2008). HIV/AIDS Basic [Internet]. Available: http://www.mac.org.my/hhivbasic.htm (2 Mac 2008).
Mujahid Bakar. 29 Mei 2011 di School Of Health Sciences (Pensyarah), Universiti Sains Malaysia, Health Campus, Kubang Kerian, Kelantan.
Ong Hooi Bee. (1998). Konsep Kendiri dan Tahap Pengetahuan dan Sikap terhadap HIV/AIDS di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Tracisian Convent, Ipoh. Tesis B.S. (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti). Universiti Putra Malaysia.
Parker R., Aggleton P., Attawell K., Pulerwitz J. & Brown L. (2002). HIV/AIDS-Related Stigma and Discrimination: A Conceptual Framework and An Agenda for Action. The Population Council.
Payne I. R., A. E. Bergin, K.A. Bielema & P.H. Jenkins. (1991). “Review of Religion and Mental Health: Prevention and The Enhancement of Psychosocial Functioning†dalam Prevention in Human Services. 9, h. 11-40.
Roziah Omar & Sivamurugan Pandian. (2005). Malaysia Isu-Isu Sosial Semasa. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Ruslin Nordin et al., (1997) AIDS: Suatu Pendekatan Bersepadu di Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Sayce L. (1998). “Stigma, Discrimination and Social Exclusion: What's in A Word?†dalam Journal of Mental Health. 7, h. 331-343.
Suhaini Ismail. 4 September 2011 di Pengarah/Komandan, PUSPEN Jeli, Kelantan.
Swarup Sarkar, Anindya Chatterjee & Anne Bergenstrom. (2004). “Drug-Related HIV in South and South-East Asia, in Aids in Asia: The Challenge Ahead†dalam Jai P. Narain (Ed.). New Delhi: World Health Organization.
Tina Uys. (2002). “Student, Sex and AIDS: A Methodology Controversy. Department of Sociology†dalam Journal of Society in Transition. Vol. 33 (3): HIV/AIDS. South Africa: Raw Afrikans University.
Umaruddin, Muhammad. (1970). The Ethical Philosophy of al-Ghazzali. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.
UNAIDS. (1999). Kaunseling dan Ujian HIV Secara Sukarela untuk Ibu-Ibu Mengandung di Negara-negara yang Mempunyai Prevalens HIV yang Tinggi. Joint Programme of United Nation and World Health Organization. Geneva.
UNAIDS. (2006). Global Summary of The AIDS Epidemic. Joint Program of United Nation and World Health Organization. Geneva.
Wan Mohd. Nor Wan Daud. (2001). Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Fahaman Baru yang Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: ISTAC.
WHO. (2005). Joint ILO/WHO Guidelines on Health Services and HIV/AIDS. World Health Organization.
Wong, L.P., Low, W.Y. & Jaafar, N. (2007). HIV/AIDS Related Stigma, Discrimination and Negative Attitudes: Findings from A Nationwide HIV/AIDS Survey. Thesis of Master in Public Health. Universiti Malaya.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Submission of an article implies that the work described has not been published previously (except in the form of an abstract or as part of a published lecture or academic thesis), that it is not under consideration for publication elsewhere, that its publication is approved by all authors and tacitly or explicitly by the responsible authorities where the work was carried out, and that, if accepted, will not be published elsewhere in the same form, in English or in any other language, without the written consent of the Publisher. The Editors reserve the right to edit or otherwise alter all contributions, but authors will receive proofs for approval before publication.
Copyrights for articles published in JIMK journals are retained by the authors, with first publication rights granted to the journal. The journal/publisher is not responsible for subsequent uses of the work. It is the author's responsibility to bring an infringement action if so desired by the author.


