Pola Kajian Tafsir Al-Mawdu‘iy di Malaysia

Authors

  • Mohd Shukri Hanapi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Abstract

Makalah ini bertujuan meneliti pola kajian tafsir al-mawdu‘iy (tematik) yang dilakukan di institusi-institusi pengajian tinggi Islam awam terpilih di Malaysia. Pola di sini merujuk kepada bentuk, isu dan tema kajian tafsir al-mawdu‘iy. Di Malaysia, kajian tentang al- Quran secara tafsir al-mawdu‘iy ini merupakan suatu perkara baru. Ia bermula sekitar awal tahun 1990-an. Selain itu, pengkajiannya pula dilakukan dalam pelbagai bentuk, isu dan tema. Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia ini? Adakah ia selari dengan bentuk-bentuk kajian tafsir al-mawdu‘iy yang tersedia ada? Apakah pula isu-isu dan tema-tema yang dikaji? Makalah ini cuba menjawab ketiga-tiga persoalan ini dengan memfokuskan perbincangan kepada dua perkara berikut. Pertama, mengenal pasti konsep tafsir al- mawdu‘iy menurut pandangan ulama tafsir. Kedua, mengenal pasti dan menganalisis bentuk-bentuk, isu-isu dan tema-tema kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia. Akhirnya makalah ini merumuskan bahawa kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia dilakukan dalam empat bentuk. Ia melibatkan pelbagai isu dan tema. Kebanyakannya sangat penting dan sesuai dengan realiti kehidupan masyarakat.

Kata Kunci: Pola; Tafsir al-Mawdu‘iy; Tafsir al-Quran 

Downloads

Published

2014-02-23

Issue

Section

Articles

How to Cite

Pola Kajian Tafsir Al-Mawdu‘iy di Malaysia. (2014). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 4, 137-158. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/18